Air tangan ibu dan isteri bukan hanya masakan semata-mata tetapi adunan perasaan dan pengorbanan bersusah payah menyediakan hidangan untuk keluarga.

Ia juga merupakan aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati  sang ibu memasak untuk suami dan anaknya.

Hasil kajian yang dilakukan pakar motivasi dan psikologi menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti.

Tidak Mahu Anak Degil & Mendengar Kata, Ustaz Ini Kongsikan Doa Yang Patut Ibu-Ibu Amalkan Ketika Memasak..

Ini antara  doa semasa memasak yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu ketika memasak yang dikongsikan oleh Ustaz Ahmad Farkhan Daie menerusi laman facebooknya.

Tidak Mahu Anak Degil & Mendengar Kata, Ustaz Ini Kongsikan Doa Yang Patut Ibu-Ibu Amalkan Ketika Memasak.


Saya dapat khidmat sebagai penyedia makanan dan memasak untuk Para Jemaah yang keluar BerDakwah di Jalan Allah

Saya nak kongsi adab2 memasak dari Kitab mudzakarah masturat. Sangat2 hebat mereka para2 isteri para jemaah Dakwah menjaga adab masakan pada suami dan anak2

1. Berwuduk dan solat 2 rakaat

2. Baca doa masuk dapur surah alkahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

IKLAN

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yg besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa
yang di sisi Allah adalah kekal

4. Doa cuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ

IKLAN

Segala puji bagi Allah yang telah memberi
kami makanan yang lebih baik darinya

5. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Segala puji bagi Allah yang telah mmberikan makan setelah lapar

6. Doa letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

IKLAN

7. Doa mengacau lawan ke arah kanan dan lawan arah jarum jam iaitu putaran tawaf
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu
selain Allah

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al baqarah 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa basuh Sayur
ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah: Surah al kautsar ayat 1 hingga 3

Kalau tak mampu buat macam ni cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan alquran, zikir dan JANGAN bercakap hal2 dunia semasa memasak..apatahlagi buka lagu2 ketika memasak..tutuplah aurat atau berpakaian sopanlah ketika memasak..kalau nak kacau lauk atau nak rasa lauk gunakanlah tangan kanan.. InsyaaAllah

Tidak Mahu Anak Degil & Mendengar Kata, Ustaz Ini Kongsikan Doa Yang Patut Ibu-Ibu Amalkan Ketika Memasak.

Sila amalkan untuk Keberkatan dalam keluarga. InsyaaAllah.. Supaya beroleh keluarga dan anak2 yang soleh dan solehah. Pentingnya air tangan orang yang memasak..terutamanya Ibu dan Isteri2 yg Solehah…
#dakwahitucinta

Semoga hidangan makanan yang dimasak sentiasa diberkati oleh Allah SWT di samping suami dan anak-anak yang makan juga mempunyai akhlak terpuji yang menyenangkan hati.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI