Penyanyi, Min Yasmin ditahan wad di Hospital Wanita dan kanak – Kanak Likas, Kota Kinabalu, Sabah selama tiga hari susulan mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Min atau nama sebenarnya, Nurul Yasmin Abdul Aziz, 35, berkata dia terpaksa dikejarkan ke hospital berkenaan ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik kesihatan kerajaan di Kota Kinabalu untuk membuka buku pink untuk ibu mengandung.

Bagaimanapun, doctor kemudiannya mengarahkan dia dikejarkan ke hospital dengan maniki ambulans bagi mendapatkan rawatan lanjut kerana tidak mahu merisikokan kandungannya yang memasuki usia lima bulan termasuk berisiko terkena serangan sawan.

“Pada awalnya saya ke klinik kesihatan sebab nak buka buku rekod kehamilan atau buku pink dan apabila doctor memeriksa tekanan darah dia mendapati bacaannya tinggi.

“Disebabkan itu pihak klinik berkenaan terus memanggil ambulans untuk bawa saya ke hospital…merasalah pertama kali naik ambulans.

“Doktor nasihatkan saya menerima rawatan di hospital kerana tidak mahu memberi risiko kepada bayi dalam kandungan dan kalau dibiarkan saya mungkin boleh terkena serangan sawan,” katanya kepada mStar.

IKLAN

Berkongsi keadaan terkini, Min Yasmin memberitahu dia sudah dibenarkan pulang ke rumah sejak petang Rabu dan dinasihatkan untuk tidak melakukan kerja berat selain perlu banyak berehat.

Disebabkan itu, dia membatalkan beberapa komitmen sepanjang tempoh kehamilan kerana tidak mahu memberi kesan buruk kepada bayi dalam kandungan.

“ini adalah anak pertama saya selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga. Jadi mestilah saya risau jika ada apa – apa perkara buruk berlaku.

“Saya pun sudah tangguhkan semua tawaran kerja buat masa sekarang. Tunggulah sehingga selesai bersalin nanti baru fikir kerja. Doakan semoga kesihatan saya dan bayi dalam kandungan ini selamat,” ijarnya.

IKLAN

Teruja bakal bergelar ibu, Min juga mahu merasai semua proses yang biasa dilalui oleh kebanyakkan ibu mengandung termasuk melakukan pemeriksaan di hospital kerajaan.

“Soal nak bersalin nanti takt ahu lagi di mana tetapi buat masa sekarang saya mahu lalui proses macam yang biasa wanita hamil buat. Sebab itu saya mulakan dengan mahu membuka buku pink di klinik kesihatan.

“Saya rasa nak pengalaman itu semua. Memanglah teruja selepas sekian lama menanti, ini adalah rezeki yang amat bermakna buat saya,” ujatnya.

Untuk rekod, Min Yasmin telah mendirikan tangga pada April 2014 dengan komposer Julfekar.

IKLAN

Sumber: mStar

Baca artikel menarik lain di sini:

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

“Tidak Mahu Merisikokan Kandungannya Yang Memasuki Usia Lima Bulan Termasuk Berisiko Terkena Serangan Sawan” – Min Yasmin

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI