Tip bawa 7 anak ‘travel’ ke Vietnam, mak ayah kongsi persiapan, bila semua teratur barulah seronok. Tidak mudah untuk ibu pada tujuh orang anak untuk bercuti namun ibu ini berjaya membuktikan ia bukan perkara mustahil untuk dilakukan.
Bercuti dengan tujuh orang anak terutama yang masih kecil dan seorang anak istimewa memang tak mudah. Banyak perkara yang perlu difikirkan bermula dari itinerari sepanjang percutian, kelengkapan ketika bercuti dan banyak lagi.
Persiapan untuk bercuti perlu dibuat awal supaya perjalanan lebih lancar dan teratur. Lebih-lebih lagi jika mahu bercuti ke tempat yang jauh atau ke luar negara.
Ibu Kongsi Persiapan Mak Ayah Bawa 7 Anak ‘Travel’ Ke Vietnam
Mempunyai tujuh orang puteri pastinya satu cabaran buat Shaeriani A Hamat dan suami bila nak bercuti. Namun dengan perancangan dan persiapan dibuat lebih awal, ia memudahkan Shaeriani dan pasangan setiap kali mereka hendak bercuti bersama anak-anak.
Berkesempatan membawa tujuh orang puterinya yang berumur dari 16 tahun hingga dua tahun bercuti ke Vietnam baru-baru ini pastinya satu cabaran buat pasangan ini. Tambahan pula mempunyai seorang anak Kekurangan Upaya (OKU) bersama mungkin cabaran menjadi berganda.
Namun syukur dengan izin Allah semuanya dipermudahkan. Segala persiapan dan perancangan awal sangat membantu urusan percutian keluarga ini ke Vietnam selama lima hari pada Februari yang lalu.
Nak tahu apa yang perlu dipersiapkan bila nak bercuti dengan anak ramai, ini perkongsiannya:
Bila Semua Teratur Barulah Seronok
Tip Persiapan Bawa 7 Anak Bercuti Ke Vietnam
Hari ini mama nak share tip persiapan yang mama buat untuk bawa anak 7 travel jauh
(dalam negara atau oversea)(kali ini trip vietnam)
Ads
Tips ‘PERSIAPAN’ untuk bawa anak 7 bercuti:
1) Persiapan kena 2 hari sebelom bertolak ( beg baju ‘WAJIB ‘ 1 sorang dan kalau boleh bag sandang untuk mudah perjalanan ) nanti baru ada tanggungjawab bawa barang sendiri)
2) Anak 7 kena simpan sendiri bila mama baca berdasar ‘SENARAI’ baju , tudung, seluar dan berapa lama akan tinggal kat sana (mama akann tentukn color & jenis baju) biasa mama akan bagi yang ringan kurangkan berat nak pikul – list tu mama dah buat seminggu awal
3) Bag mestila ‘DITANDA’ nama sebab senang untuk cam beg masing-masing( senang untuk ank 7 cari keperluan masing-masing sebab bag kami semua sama tapi keperluan berbeza masing-masing ..ada yang uzur & sebagainya)
4) Semua anak 7 mestila ‘BERKASUT’ untuk keselamatan & melancarkan perjalanan sepanjang travel ( banyak pegerakan semasa travel – walaupun puteri tapi ke sana ke mari jugak)
5) Semua ‘PASSPORT’ akan ditanda mengikut susunan ikut kelahiran 1-7 untuk senangkan urusan semasa di airport (sebab passport papa akan pegang dan bila smpi giliran pengenalan identiti papa akan bagi ikut numbering- tak perlu dah bukak bukak)
Ads
6) Keluar awal untuk ke airport sebab anak ada 7, ramai dan masih kecil (sampai awal takpe sebab kita tak tau apa terjadi kat tengah jalan)
7) Semua anak yang bawa hanset perlu memakai sling bag ( kan berhati-hati dan memudahkan benda berharga ada dekat dengan kita baru tak tertinggal) ( mama bagi 1 org jer bawa sebab tak nak diaorg asyik main gadjet semasa dalam hotel..1 tu pun supaya mama nak berhubung sebab bilik berasingan)
8)Bawa makanan ringan seperti biskut, cococrouch & honeystar dan lain-lain yang ringan untuk keperluan sebab supaya tak lapar dalam perjalanan( baby tak tahan lapar dan tak nak dia merengek sebab urusan airport memang lama dan kita tak tau cam mana tempat orang kan)
9) Selalu pesan pada anak 7 supaya ‘ TEPATI MASA’ agar boleh selari dengan program travel ( bagi diaorg tau masa itu emas baru la boleh atur kehidupan sendiri)
10) Ni yg ‘LAST’ mama suka pakaikan anak 7 baju, tudung, seluar, anak tudung semua ‘ SAMA’ sebab senang nak ‘CAM’ anak 7 jika jauh sikit dari kiter..( sebab diaorang nama jer pompuan tapi sama jer cam anak lelaki..heheheh..) ( kalau tak travel pon memang selalu sama..hahahah)
Ads
Inilah tip mama untuk memudahkan perjalanan mama dan papa handle puteri 7 kami.
Semoga tip ini menjadi panduan buat ibu ayah yang ada anak ramai ketika sedang membuat perancangan untuk pergi bercuti.
Seorang kanak-kanak perempuan telah menyentuh hati ramai kerana membawa ibunya yang berstatus OKU penglihatan ke klinik kesihatan.
Biarpun masih lagi kecil namun anak kecil itu pandai berdikari malah membantu ibu tersayang untuk berurusan di sana.
Menerusi perkongsian yang dibuat oleh pengguna TikTok dikenali sebagar mrbennjo, dia memuji kehebatan anak kecil itu kerana kebiasaannya kanak-kanak di usia tersebut masih lagi memerlukan bantuan orang lebih berusia dalam melakukan aktiviti seharian.
Anak kecil ini terlebih dahulu mendapatkan nombor giliran dan membawa ibunya ke kaunter bagi mendapatkan ubat. Dia juga mendengar penerangan tentang ubat yang perlu diambil walaupun tidak pasti sama ada benar-benar memahami atau sebaliknya.
Menurut mrbennjo lagi, orang ramai yang melihat situasi tersebut turut membantu kanak-kanak berkenaan dan ibunya dalam menyelesaikan urusannya di klinik.
“Semoga hang berjaya dunia akhirat.
“Uncle pun tak tahu nak kata apa. Hebat jalan cerita hidup hang hari ni, untuk kami faham macam mana tentang kehidupan,” tulisnya.
Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai respon positif daripada netizen di media sosial apabila masing-masing mengakui kagum dengan kanak-kanak berkenaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Raut wajahnya yang tenang dan sentiasa mengukir senyuman membuatkan, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa mendapat perhatian ramai. Malah Raja Permaisuri Agong sememangnya gemar memasak dan pandai beraksi di dapur. Jika melihatnya baginda memasak, boleh buat teringin untuk merasai air tangannya.
Terbaru menerusi hantaran Instagram Istana Negara, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong sekali lagi menarik perhatian ramai dengan sikap murninya itu. Naluri keibuannya terserlah apabila berkenan berangkat ke Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat melawat pesakit kanser, adik Mya Zara Damia Faizal, di Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia di Cheras, hari ini.
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua pada jam 11.00 pagi disambut Pengerusi Lembaga Pengarah UKM Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abdul Razak, Naib Canselor UKM Prof. Dato’ Ts. Gs. Dr. Ekhwan Toriman dan barisan kepimpinan tertinggi UKM.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
TUNAI IMPIAN ADIK MYA ZARA DAMIA
Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua bagi menunaikan impian adik Mya Zara Damia yang juga menghidap leukemia bertemu Seri Paduka Baginda berdua sejak dari kecil. Ianya juga atas usaha pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Make-A-Wish Malaysia.
Dalam lawatan itu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertitah agar adik Mya Zara Damia menjaga permakanan, berehat dengan sebaiknya selain mendoakan adik Mya Zara Damia sembuh seperti sedia kala dan boleh kembali bersekolah serta berjumpa rakan-rakan.
Manakala, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong pula bertitah menzahirkan hasrat untuk menunaikan impian Mya Zara Damia merasai masakan daripada air tangan Baginda sendiri.
Raja Permaisuri Agong Bertitah Tunaikan Impian Adik Mya Zara Nak Rasa Air Tangan
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga adik Mya Zara Damia bagi meringankan beban yang ditanggung.
Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa lebih sejam melawat 25 lagi pesakit kanser kanak-kanak di Wad Hematologi-Onkologi, selain berkenan beramah mesra bersama petugas HPKK dan waris pesakit di hospital itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum melihat sikap kasih sayang KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang menyantuni adik Mya Zara Damia. Mengalir air mata melihat hasrat adik ini mahu merasa air tangan Permaisuri Agong.
Rezeki dikurniakan anak ramai. Pasangan suami isteri yang dikenali sebagai Shamsuri Shafie dan Rosnaida Ismail selamat menimang cahaya mata ke-12 mereka sekitar jam 3.43 petang Isnin.
Pasangan yang viral menerusi perkongsian satu akaun di Tik Tok itu sudah pun mendirikan rumahtangga selama 19 tahun dan ia merupakan rezeki anak ke 12 pasangan ini.
Memetik laporan Harian Metro, Shamsuri yang menimang cahaya mata lelaki itu meluahkan rasa syukur kerana masih dikurniakan lagi rezeki untuk menimang cahaya mata dan berasa sangat lega kerana urusan isterinya untuk melahirkan anak dipermudahkan.
“Alhamdulillah, perasaan sangat teruja dan bersyukur kerana Allah SWT permudahkan urusan kehamilan isteri dan tidak alami alahan sehingga dia selamat bersalin.
“Sebenarnya, bukan hanya saya dan isteri malah anak lain pun teruja dapat adik baru. Sebagai suami, saya ucapkan terima kasih kepada isteri atas pengorbanannya melahirkan cahaya mata kami.
“Sukar nak mencari seorang isteri yang tabah, penyayang, tenang serta bertanggungjawab sepertinya malah dia adalah tulang belakang serta penguat semangat saya,” katanya berkongsi.
Shamsuri, 39 yang merupakan seorang pengamal perubatan tidak menolak jika dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata lagi pada masa akan datang.
“Jika ada rezeki, saya nak lagi kerana anak pun anugerah Allah SWT.
“Anak pun pembawa rezeki dan menjadi penguat hubungan serta pengikat kasih sayang dengan isteri sepanjang 19 tahun kami berumah tangga,” luahnya.
Terdahulu, kisah hidup Shamsuri dan isterinya pernah tular di TikTok dan meraih perhatian wargamaya kerana dikurniakan 11 cahaya mata terdiri daripada enam lelaki serta lima perempuan.