Tip Mudah Hilangkan Lilin Pada Buah, Guna Tepung Jer. Begini Caranya!

Share

Lilin atau Wax berfungsi bagi menjadikan lapisan luar kulit buah-buahan kelihatan segar, licin dan baik serta melindungi buah dari serangan kulat yang boleh menyebabkan ia cepat busuk.

Sebab itu, anda harus mencuci buah-buahan yang dibeli dengan teliti bagi menghilangkan kesan tersebut.

Namun ada cara mudah yang dikongsi oleh saudari Azleen Azlinda yang boleh anda cuba. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

CARA MUDAH HILANGKAN LILIN PADA BUAH

BAHAN-BAHAN:

Buah
Tepung gandum secukupnya

CARA-CARA:

Masukkan anggur ke dalam bekas yang bersesuaian.

Taburkan tepung gandum dengan secukupnya.

Gosok buah dengan perlahan-lahan bagi menanggalkan kesan wax.

Bilas dengan air bersih. Hasilnya buah anggur anda akan lebih bersih dan berkilat.

Kredit Info : Azleen Azlinda via Masak Apa Hari Ni ( MAHN)

IKLAN