Tengok buahnya yang bergantungan membuatkan kecur liur kan. apa lagi kalau rasanya yang manis memang tak cukup sebiji.

Bagi yang rajin berkebun, bolehlah cuba tanam sendiri pokok jambu air. Penuhkan ruang di kebun anda dengan buah yang enak rasanya ini.

Jom cuba tip yang dikongsikan oleh Iffah Effah menerusi page Group Kebun Kampung – Tanam, Teknik, Sendiri….( KGTTS)

salam n selamat petang.. nk kongsi sikit ilmu 😊 kalau salah blh tegur.. jambu sy ni x pakai racun pon buah padat n sedap cara sy buat

masalah org kita bila tanam jambu dia biar pokok besar2 pastu susah nk kutip sayang buah akan jadi busuk nk dapat baka yg cantik pon dh payah

1- kalau pokok dh lama tpi x berbuah cara dia korg blh guna garam kasar sedikit cara tabur dia diri dekat batang pokok dan campak ke arah luar (sbb akar dh gerak jauh dari batang, sama jugak kalau cara kita bagi baja) garam tu tujuan dia tambah kn manis pada buah org dulu2 kn ada ckp (sblom kau hidup aku dulu dh mkn garam ) jgn korang tabur gula pulak sbb nk bg manis hahahaha

2- pokok jangan bagi terlalu tinggi cantas bahagian atas kalau blh tinggi bwh 10 kaki senang nk kutip hasil dan senang kita nk balut

IKLAN

3- masa buah berputik rasa2 dh besar dlm 20sen tu dh blh balut buah guna plastik n surat kabar pasti kn gunting kiri n kanan supaya air hujan x bertakung

4- tujuan kita balut tu supaya lalat buah x serang (buah x cacat & rosak ) kalau sblom balut tu ada dot2 hitam tu blh la buang awal2 pilih yg cntik2 je

IKLAN

5- masa korang kutip hasil tu kalau blh buah yg ada busuk tu yg jatuh bwh2 dahan tu sebaiknye korg sapu (bakar atau buang jauh ) bagi kosong bwh pokok tu sbb buah yg busuk tu ada fangus jadi ulat tu akan merebak cari akar jambu sbb tu elok kene bersih kn supaya pokok blh tahan lama..

 

6- buang sedikit daun supaya ada udara blh masuk.. banyan sngt daun nanti buah kurang (gila daun) hehe

sekian terima kasih😊 good luck

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club