Kadang-kadang terdetik juga dihati kita bila bertandang ke rumah jiran atau rakan taulan yang terlihat begitu kemas dan teratur, bagaimana rumah mereka boleh sebersih itu? Hal ini bukan menimbulkan tanda tanya sahaja, malah buat kita rasa cemburu pula bila ingin membandingkan dengan keadaan rumah sendiri.
Bukannya kita tidak mengemas, tapi entah apa silapnya masih tidak puas hati. Masih juga nampak tidak bersih dan bersepah. Adakah mereka yang jenis rumah bersih dan rapi sentiasa ini perlu mengemas 24 jam?
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Menjawab keraguan ini, sebenarnya untuk pastikan rumah kita sentiasa dalam keadaan kemas ada kerja-kerja rumah yang perlu dibuat secara rutin.
Ini sebagaimana apa yang dilakukan oleh Anis Syuhada yang menjadi rutin hariannya yang telah dipraktikkan sejak kecil lagi hasil didikan ibunya.
“Menjadi rutin Anis dari kecik lagi sebelum pergi sekolah ada beberapa kerja rumah Anis wajib buat. Rutin setiap pagi ialah sapu sampah luar dan dalam rumah, kemas tempat tidur dan pastikan tiap bilik kemas, sidai kain dan siram pokok bunga mak,” dedahnya dengan ikhlas dan turut menyenaraikan rutin kerja yang lainnya untuk dijadikan panduan yang lain.
Sampai ke tua juga la menjadi rutin Anis sehingga hari ini. Mak selalu pesan:
1- Sapu sahaja sampah walaupun tak nampak kotor. Sat lagi dalam penyodok kita akan nampak ada ka dak sampah.
Ads
2- Sambil sapu tu kaih-kaih sama sawang jangan menyapu macam orang takdak mata dan takdak tulang. (Menusuk ke sanubari pesan hat ni)
3- Lapik kaki luar ka dalam ka basuh. Jangan tunggu keraih melekat kat lantai na. Ya la nama lap kaki kalau dah kotor baik tak payah lap.
4- Kabinet kasut susun, jangan la selipar tinggai sebelah pun hang simpan nak pakai lagu mana hahaha putuih pon simpan sayang kena bertempat. Tapak kasut retuk dulu jangan berselut pon rajin dok susun.
5- Tong sampah cuci na ceq.. ada depan rumah hang tak cuci mengaummm bau hahahah selalu kalau detergent dah abis Anis selalu letak air goncang-goncang untuk cuci tong sampah lepas lori datang kutip sampah.
Ads
6- Tiap kali lepas masak cuci sinki wajib! Lepas masak terus kemas semula macam sebelum masak. Kalau malas nak kemas balik “toksah masak”. Mak kami ni dia sangat utamakan kebersihan sebab tak boleh cakap apa la kalau dia masak licin dapur dia kemas. Kalau hang cakap “kejap lagi buat la” maka hang akan murung dengaq dia bebel lagi-lagi bila dia ckp ”takpa biaq mak buat semua hangpa rehat tengok tv” elok-elok ja dia cakap tapi hang akan rasaaaa berdosa seumur hidup.
7- Sudah masak juga wajib sapu, mop balik dapur sebab berminyak. Takdak dapur yang bersih secara sendiri. Sebab rumah perlukan maintanance. Warna apa pun dapur kena rajin putih melepak ka hitam melegam ka kelabu asap ka kuning merengau ka kena bersih.
8- Penyapu penyodok kena basuh lepas guna. Ya la sapu sampah pun kalau penyapu sendiri bersampah rambut bergumpal kat hujung penyodok tebai 5 inci habuk macam-macam melekat tengok pun tak lalu. Lepas basuh keringkan sangkut balik simpan dalam stor. Jangan dok letak kat lantai pas tu nak sapu abih bulu penyapu melentik bengkok.
Ads
Tapi kan betui la apa yang mak pesan tu beri impak besar walaupun kadang kita rasa “alahhhh tu pun nak bagi tahu ke?” Mak selalu cakap rumah kita paling penting bersih barang lama pun tak apa kalau rumah mahal barang cantik tapi kotor pun tetap rasa tak lengkap. Sebab tu la bila rumah kita bersih automatik cantik dan tenang.
Mekasih ampa rajin baca. Sebenarnya kami rindu kat ayah dan mak Fauziah Said sebab depa balik kampung sebab tu dok teringat ja apa dia cakap selalu. Kali ni tak boleh balik kampung sekali sebab kami kena siapkan kerja deco inshaAllah minggu ni kita update rumah segak baru ok. Nak handover kunci pada owner inshaAllah.
Sesetengah mak-mak happy kalau gas habis, maknanya tak perlu masak. Makan kat luar je! Tapi… Kalau habis tengah syok memasak, ‘potong’ mood juga kan?
Nak-nak lagi kalau masak waktu malam, siapa je nak layan kita hantar gas ke rumah. Betul tak?
Setuju tak kalau kata orang Malaysia ni ramai yang cerdik? Kalau plan A tak berjaya, ada je idea mereka mengolah ke plan B!
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok berkenaan seorang wanita berkongsi ‘backup plan’ untuk memasak kalau gas tiba-tiba habis. Menerusi video yang dimuat naik oleh @miss_donyaa, kelihatan dia sedang menunjukkan cara memasak apabila gas habis dengan menggunakan beberapa barangan yang ada di rumah.
Apa yang anda perlukan adalah loyang, kain dan minyak masak terpakai. Pertama sekali, gumpalkan kain sehingga menjadi bentuk bulat dan masukkannya ke dalam loyang. Kemudian, isi loyang tersebut dengan minyak masak terpakai. Hidupkan api dan siap!
Pada akhir video itu, kelihatan wanita itu sedang memasak steamboat bersama keluarganya dengan menggunakan teknik tersebut. Dia juga berpesan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan kerana teknik ini melibatkan penggunaan api.
Perkongsiannya menarik perhatian ramai orang dengan meraih 1.7 juta penonton di Tiktok. Malah bukan sahaja berkongsi cara menghidupkan api, pemilik akaun Tiktok tersebut juga menunjukkan teknik untuk memadamkan api tersebut di video lain yang dimuat naik.
Kipas siling di rumah akan menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun. Walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum, tetapi kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut membuatkan ia menjadi sedemikian.
Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru.
Malah, kaedah ini cukup menjimatkan, anda hanya keluarkan modal dalam RM 5.00 sahaja. Mudah kan, tak perlu beli kipas baru, tukar barang ni jer!
Cara lajukan kipas
1. Mula-mula buka bawah ni ikut arah lawan jam.. sebab board dan kapasitor dok dalam ni
2. Bila buka dia terburai macam ni la.. ada klip tu, tekan klip tu supaya kita boleh bawa turun belas ni
3.Bila dah bawa turun letak atas lantai.. cari kapasitor kipas, kapasitor kipas ni dah terbakar.. yang ada wayar kelabu dan merah tu.. cabut kapasitor tu dan p kedai beli.. yang dulu 2.0 ja saya beli 2.5 laju sikit
4. Ini adalah kapasitor yang lama.. yang baru saya lupa nak snap sebab kalut dengan anak.. saya bawa p kedai cari jenis ni tak ada, jadi saya beli yang lain.. wayar dia saya sambung.. tgk dalam pic seterusnya
5. Ok..nampak tak kapasitor baru yang saya pasang.. disebabkan wayar tu takdak jadi saya sambungkan saja wayar kapasitor baru dgn wayar lama.. balut dengan selotep hitam.. dan pasang balik..
6. Lepastu, tutup bekas tu dan pasang balik 3 skru tu balik.. dan pasang macam mula-mula bukak tadi.. dan siappp
7. Ni hasilnya, alhamdulillah laju betoi kipas ni pusing.. terima kasih semua..
Antara dekorasi dinding yang menarik untuk gayakan selain konsep wainscoting dan dinding shiplap, ada satu lagi gaya yang juga mendapat tempat di hati peminat dekorasi iaitu dengan kaedah ‘brick painting wall’.
INi sebagaimana yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini dengan melakukan tranformasi dinding di rumahnya secara DIY tanpa perlu bajet yang tinggi. Difahamkan dengan menggunakan teknik ‘melukis’ dinding batu bata merah di ruangan dinding tersebut hanya RM150 sahaja dibelanjakan. Memang berbaloi!
Untuk itu, jom kita lihat dan fahami cara membuatnya sepertimana yang dikongsikan oleh Farah Hisyam.
Saya nak share project feature wall yang kami laki bini buat. We choose diy brick painting untuk rumah kecil kami.
Nak upah contractor mahal, jadi kami gagahkan diri buat sendiri. Sampai nak demam-demam buat benda alah ni.
Kos tak sampai RM150 pun, tp effort tu yang mahal. Moga sharing ni bermanfaat.
Cara Membuat ‘Brick Painting Walls’
Langkah 1 : Lukis dahulu garisan pada dinding.
Langkah 2 : Proses seterusnya tampal-tampal sellotape ikut garisan yang dah dilukis terlebih dahulu.
Langkah 3 : Bancuhkan serbuk plaster ceiling dan tampalkan pada dinding.
Langkah 4 : Tanggalkan sellotape ketika plaster tersebut masih basah, akan nampak bentuk brick yang cantik.
Langkah 5 : Biarkan plaster ceiling kering.
Langkah 6 : Cat dengan warna pilihan.
“Inilah warna yang kami gunakan untuk membuat brick painting wall”
1. Nippon paint 2058a firelight cc super matex
2. Jotun essence easy clean code 2059 brick red
"Suami gembira dapat anak perempuan lepas 10 tahun menanti kini dia sudah tiada" - Isteri Koperal Amiruddin Zabri. Sudah menanti selama sedekad untuk dikurniakan anak perempuan, namun kebahagiaan itu tidak bertahan lama.