Tisu bahu koyak, muntah, Hospital Istanbul maklum keadaan Ardell lemah. Pelakon Nadzmi Adhwa menerusi siaran langsung di media sosial berkongsi perkembangan terbaharu mengenai isterinya, Ardell Aryana, yang kini dirawat di sebuah hospital di Istanbul.
Tisu Bahu Koyak, Muntah
Menurut Nadzmi, pihak hospital memaklumkan bahawa keadaan Ardell bukan sekadar mengalami tekanan darah rendah seperti yang dilaporkan sebelum ini, tetapi lebih serius daripada itu.
Hospital Istanbul Maklum Keadaan Ardell Lemah
“Saya menerima panggilan daripada hospital di Istanbul. Mereka beritahu keadaan Ardell agak lemah selepas melalui tempoh tahanan di penjara tentera Israel beberapa hari lalu,” katanya.
Ads
View on Threads
Jelas Nadzmi lagi, hasil pemeriksaan mendapati tisu bahu isterinya terkoyak dan beliau turut beberapa kali mengalami muntah hingga menyebabkan keadaannya semakin lemah.
Ads
“Katanya, tisu bahu Ardell terkoyak, malah beberapa kali muntah hingga mengakibatkan keadaannya lemah,” ujarnya.
Perkongsian itu menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan orang ramai yang mengikuti perkembangan misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). Namun, dalam masa yang sama, ramai mendoakan agar Ardell segera pulih dan diberikan kekuatan untuk kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
Ibu Sedih Anak Maut Kemalangan “Malam Tadi Hantar Fatin Naik Bas, Pagi Ini Dapat Berita Dia Meninggal Dunia. “Baru malam tadi kami sekeluarga menghantar anak sulung menaiki bas, namun pagi ini saya dapat berita dia meninggal dunia dalam kemalangan,” kata Fieza iaitu ibu kepada Fatin Nasrin Fadli, 22, salah seorang daripada 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang maut dalam kemalangan bas di Lebuhraya Timur Barat berdekatan Tasik Banding, Perak pada jam 1 pagi tadi.
Kemalangan tragis itu melibatkan sebuah bas dan sebuah kenderaan jenis PERODUA Alza, mengakibatkan 15 nyawa pelajar melayang manakala tujuh lagi mengalami kecederaan parah dan kini menerima rawatan di Hospital Gerik.
Menurut Fieza, keluarganya hanya mengetahui tentang kemalangan tersebut kira-kira jam 6 pagi selepas terbaca maklumat mengenainya di Facebook.
“WAKTU ITU SAYA CUMA TAHU ANAK TERLIBAT DALAM KEMALANGAN, TAPI SAYA TIDAK PASTI KEADAANNYA, SAMA ADA CEDERA ATAU TELAH TIADA. KAMI TERUS BERTOLAK DARI JERTIH, DAN DALAM PERJALANAN, PIHAK HOSPITAL MENGHUBUNGI MEMBERITAHU ANAK SAYA TELAH MENINGGAL DUNIA,” KATANYA SEBAK.
Fieza memaklumkan, setakat jam 10.50 pagi, beliau masih berada di Tanah Merah, Kelantan akibat kesesakan jalan raya dan tidak pasti berapa lama lagi akan tiba di Hospital Gerik.
“Allahuakbar… sedih sangat sebab dia baru balik beraya dan malam tadi, kami menghantarnya dengan gembira kerana sepatutnya anak ada kelas hari ini,” katanya.
“Kami masih terkejut. Arwah anak sulung daripada lima beradik dan sepanjang berada di rumah untuk sambutan Hari Raya, dia nampak sangat ceria,” katanya lagi.
Dalam kejadian tragis itu, kesemua 15 pelajar UPSI disahkan maut apabila bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan sebelum terbalik di Jalan Jeli – Gerik, berhampiran Tasik Banding, awal pagi tadi.
Pemergian bayi berusia 19 bulan, Hud Aryan yang ditemukan meninggal dunia dekat sebatang sungai di Kampung Kerila, Tanah Merah disahkan tiada unsur pengabaian oleh kedua ibu bapanya.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, maklumat tersebut hasil keterangan lima individu termasuk ibu bapa kanak-kanak berkenaan yang telah diambil sebelum ini.
“Setakat kesemua keterangan diambil, tiada unsur pengabaian dikesan.
“Bagaimanapun siasatan kita belum ditutup dan akan mengambil keterangan individu lain sekiranya terdapat saksi baharu dalam kes ini,” jelasnya.
Tambah beliau, lima individu yang dirakam percakapan adalah ibu bapa mangsa, nenek dan ibu saudaranya. Jika ada saksi lain yang boleh membantu, pihak polis akan mengambil keterangannya.
Mohd Yusoff memberitahu, setakat ini pihaknya membuka siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Media sebelum ini melaporkan bahawa anggota yang terlibat dalam operasi dan menyelamat (SAR) serta penduduk kampung terpaksa berjalan kaki dan meredah air sedalam 0.6 meter sebelum menemukan jasad Hud Aryan dalam keadaan terbujur kaku.
Mayat anak tunggal kepada pasangan Azean Nur Atikah, 34, dan Mohd Hafifi Saidi, 34, itu ditemukan tersangkut pada pokok di tepi sungai yang terletak tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Aira, Kuala Tiga di sini pada jam 4.15 petang.
Sampai hati ibu kandung dera anak kandung sehingga maut. Seorang wanita muda berusia 25 tahun dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu atas perbuatannya yang kejam, mencederakan anak kandung lelaki berusia enam tahun sehingga maut. Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.
Mengikut laporan Sinar Harian, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dua bulan telah mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal iaitu memukul, mencubit dan menampar sehingga dia meninggal dunia.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Zamrud, Taman Bukit Ampang di sini antara jam 2 petang, 8 Januari hingga 6 petang, keesokan harinya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa rayuan, peguam, Muhammad Aidil Akmal Sharidan yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman denda.
“Dia merupakan seorang penganggur, telah menanggung dua anak iaitu mangsa dan seorang lagi bayi berusia enam bulan, mengaku menyesal atas perbuatan yang dilakukan,” katanya.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin mencadangkan mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kerana ia merupakan kesalahan serius, lebih-lebih lagi menggadaikan nyawa anak kandung sendiri.
“Tertuduh selaku ibu kandung tidak sepatutnya mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian,” katanya.
Mengikut fakta kes, wanita itu memaklumkan mangsa mengalami demam panas dan sawan, namun hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian ialah disebabkan kesan trauma tumpul di kepala dan perut.
Hasil rakaman percakapan tertuduh mendapati mangsa dipukul, ditampar, dicubit dan dimarahi wanita itu kerana sentiasa menangis serta tidak membuang air dengan teratur.
Tertuduh juga membiarkan mangsa yang demam dan tidak menghantarnya ke hospital.
Dalam pada itu di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, teman lelaki wanita terbabit, Muhammad Redza Zainurin, 36, didakwa atas satu pertuduhan membunuh kanak-kanak malang ini.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh kanak-kanak itu di lokasi sama pada jam 2.36 petang, 10 Januari lalu.
Muhammad Redza didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak lebih 12 kali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 24 Mac depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.
Pada 11 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan seorang ibu dan teman lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak, di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita, mendakwa anaknya tidak lagi bernafas selepas tidur.