Tombol Pintu Rosak Jangan Biarkan, Bimbang Ada Yang Terkunci Dari Dalam. Gantikan Segera Dengan Mudah, Ikut Step Ni!

Share

Kerosakan dan masalah tombol pintu rumah tidak berfungsi menjadi antara masalah kerosakan yang sering berlaku di kediaman kita. Umumnya bila tombol pintu rosak, ia perlu diganti baru. Jika tidak ditukar, bimbang pula boleh mengundang bahaya pada keluarga andai ada yang terkunci di dalam bilik tanpa sengaja atau sebagainya.

Pun begitu, bukan semua pakar untuk melakukan kerja-kerja DIY ini, walaupun sebenarnya bukanlah terlalu sukar untuk dibuat. Percayalah, bila kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu. Namun bila kita cuba membaikinya, pasti akhirnya kita tahu melakukannya.

Apatah lagi dengan memahami perkongsian langkah demi langkah daripada Encik Ariff Fadzlie yang begitu mudah difahami ini. Terasa lebih yakin untuk mampu melaksanakannya!

Apa yang pasti, bila dilakukan proses menukar tombol pintu sendiri kos yang ditanggung jauh lebih murah. Jadi ada baiknya kita cuba perbaikinya sendiri, memandangkan bukanlah sukar untuk dilaksanakan.

Jom semak.


Tips Menukar Tombol Pintu

“Salam, tips D.I.Y kembali lagi, kali ini kami menunjukkan cara untuk menggantikan tombol pintu yang rosak. Benda simple saja, rugi kalau tak buat sendiri.

“Barang² yang diperlukan adalah tombol pintu (beli dekat MR DIY murah RM 8 sahaja) dan skrew driver.”Ariff Fadzlie

STEP 1
Tekan punat tersebut dengan pencungkil yang disediakan bersama tombol baru, dan tarik tombol.

 

STEP 2
Tanggalkan cover tombol dan unscrew pelapik tombol.

 

STEP 3
Seterusnya tarik tombol keluar sepenuhnya.

 

STEP 4
Ulangi step 1 pada tombol baru untuk keluarkan kepala tombol.

 

STEP 5
Step 5 rumit sedikit, masukkan cangkuk pintu (1) ke dalam lubang sisi tombol (2).

Pastikan kemasukan kemas dan mencengkam tombol. Jika tidak, tombol tak boleh di pulas.

 

STEP 6
Part rumit dah settle, sekarang skrew balik penutup dan cover tombol.

Done! Mudah saja tanpa perlu habiskan beratus pada repairman.
IKLAN