Kerosakan dan masalah tombol pintu rumah tidak berfungsi menjadi antara masalah kerosakan yang sering berlaku di kediaman kita. Umumnya bila tombol pintu rosak, ia perlu diganti baru. Jika tidak ditukar, bimbang pula boleh mengundang bahaya pada keluarga andai ada yang terkunci di dalam bilik tanpa sengaja atau sebagainya.
Pun begitu, bukan semua pakar untuk melakukan kerja-kerja DIY ini, walaupun sebenarnya bukanlah terlalu sukar untuk dibuat. Percayalah, bila kita tidak mencuba, kita tidak akan tahu. Namun bila kita cuba membaikinya, pasti akhirnya kita tahu melakukannya.
Apatah lagi dengan memahami perkongsian langkah demi langkah daripada Encik Ariff Fadzlie yang begitu mudah difahami ini. Terasa lebih yakin untuk mampu melaksanakannya!
Apa yang pasti, bila dilakukan proses menukar tombol pintu sendiri kos yang ditanggung jauh lebih murah. Jadi ada baiknya kita cuba perbaikinya sendiri, memandangkan bukanlah sukar untuk dilaksanakan.
Jom semak.
Tips Menukar Tombol Pintu
“Salam, tips D.I.Y kembali lagi, kali ini kami menunjukkan cara untuk menggantikan tombol pintu yang rosak. Benda simple saja, rugi kalau tak buat sendiri.
“Barang² yang diperlukan adalah tombol pintu (beli dekat MR DIY murah RM 8 sahaja) dan skrew driver.”–Ariff Fadzlie
STEP 1
Tekan punat tersebut dengan pencungkil yang disediakan bersama tombol baru, dan tarik tombol.
Ads
STEP 2
Tanggalkan cover tombol dan unscrew pelapik tombol.
Ads
STEP 3
Seterusnya tarik tombol keluar sepenuhnya.
STEP 4
Ulangi step 1 pada tombol baru untuk keluarkan kepala tombol.
Selepas seluruh dunia diserang pandemik Covid-19, kerajaan Arab Saudi menghentikan sementara kemasukan jemaah untuk memasuki negara itu bagi mengerjakan umrah, bertujuan membendung jangkitan wabak.
Terbaru, Arab Saudi membenarkan semula ibadat umrah dilakukan sepanjang tahun secara berperingkat mulai 4 Oktober lalu selepas tujuh bulan ditangguhkan.
Bagi yang berpeluang melakukan ibadat umrah terawal selepas pandemik, pasti momen tersebut meninggalkan seribu satu kenangan.
Dr Ahmad Samhan berkongsi perasaan teruja, gembira dan sebak tatkala diberi kesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci untuk mengiringi jemaah sekali gus berpeluang melakukan umrah bersama isterinya.
Sampai sekarang masih rasa macam bermimpi.
Dua hari lepas saya terima panggilan telefon dari sahabat saya, Dr Faizan Irdawaty.
“Samhan, nak pergi umrah tak? Ada orang nak sponsor?”
“Hah, nak sponsor? Tapi kenapa?”
“Travel agency nak cari doktor untuk iring jemaah. Lepas tu awak kan doktor selebriti”
Terkedu.
“Bila tu?”
“Lusa”
Hah!
“Kena tanya isteri dulu,nak bincang. Saya call lagi setengah jam untuk bagi jawapan”
Banyak perkara diuruskan dalam masa terdekat. Selepas berbincang, isteri nak ikut sekali.
“Boleh ke isteri saya ikut sekali? Untuk isteri, saya bayar”
“Saya dah bincang dengan CEO, dia sponsor sekali dengan isteri”
Ya Allah! Rezeki.
Malam itu juga staff dari EMRAZ Travel & Tours Sdn Bhd terus hubungi saya. Terangkan dokumen apa yang diperlukan dan urusan apa yang perlu saya selesaikan.
Keesokkan harinya, terus ke imegresen untuk buat passport. Ambil gambar untuk umrah. Buat swab test. Cop sijil nikah di pejabat agama.
Alhamdulillah, Allah mudahkan semua urusan dan staff EMRAZ travel sangat membantu. Semuanya selesai dalam 1 hari. Syukur.
Allah masih panjangkan umur saya dan isteri dipilih untuk jadi tetamu Allah. Tiada kata mampu diungkap melainkan bersyukur pada Allah.
Berjurai air mata.
Bilamana saja kaki menjejakkan bumi Madinah, terus berjurai air mata.
Dari tadi menahan sebak.
Walaupun sudah berkali-kali datang Madinah, perasaan tetap sama seperti kali pertama datang.
Masa belajar di Mesir, asal ada cuti mesti datang Saudi jadi Mutawif bawa jemaah. Cari pendapatan buat tampung belajar sambil rebut peluang buat umrah.
Syukur masih dipanjangkan umur untuk menziarahi Rasulullah s.a.w. Kerinduan yang sekian lama dipendam, akhirnya hari ini terubat.
Syukur masih berpeluang menapakkan kaki di bumi Madinah. Tanah yang penuh berkat. Tanah yang sama dipijak oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Tanah yang menjadi saksi di akhirat kelak.
Kota Madinah yang sebelumnya dikenali Kota Yathrib. Kota yang diduduk oleh penduduk yang lemah lembut dan peramah. Sedikit berbeza dengan penduduk Mekah.
Kota Madinah merupakan tempat yang dimuliakan oleh Allah dan Nabi s.a.w sangat mencintai kota ini dan penduduknya. Baginda sering mendoakan kesejahteraan penduduk kota Madinah. Di antara doa yang dipanjatkan baginda:
“Ya Allah, berkahilah mereka dalam timbangan mereka, dan berkahilah mereka dalam sha’ dan mud mereka, maksudnya bagi penduduk Madinah”(HR Bukhari dan Muslim).
Nabi SAW bersabda, “Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi) lebih utama dari seribu kali solat di masjid lain.” (HR Bukhari dan Muslim).
Di bumi barokah ini, saya doakan semua followers saya juga dipilih Allah untuk datang menziarahi Rasulullah s.a.w.
Hati ibu mana yang sanggup melepaskan dan tinggal berjauhan dengan anaknya, apatah lagi jika anak masih kecil. Umumnya kehidupan anak-anak ini sangat bergantung harap pada ibunya dalam melakukan segala hal.
Namun ujian ini jugalah yang terpaksa ditanggung oleh seorang ibu yang dikenali sebagai Fana ini. Berkongsi saat sedih terpaksa berpisah dengan anaknya yang berusia 3 tahun angkara Covid-19.
Video dengan kepsyen “Tak pernah terlintas dalam kepala nak biarkan anak umur 3 tahun naik ambulans sorang-sorang. Tapi, anak ibu kuat!” benar-benar menyentuh hati warganet hingga mendapat tontonan 796.8 ribu kali di laman Tiktok.
Di dalam video tersebut, dapat dilihat ibu memimpin tangan anaknya untuk diserahkan kepada pegawai kesihatan yang sedang menanti untuk dibawa ke pusat kuarantin. Video ini cukup menyentuh perasaan, apatah lagi bila melihat lambaian ibu kepada anaknya sebelum berpisah. Cukup menyentuh perasaan!
Namun betapa kuat dan tabahnya hati anak ini, tidak sedikit pun mengalirkan air mata atau menolak untuk dibawa ke pusat kuarantin.
Menurut Fana anaknya tidak sedikit pun menangis sebab sebelum hantar anak ke ambulans dah cakap dengan dia, nanti pergi jumpa Ayah. Ayah dia dah kena hantar di MAEPS sehari sebelum.
“Husband ke Maeps 2/7. Anak ke Maeps 3/7. Ibu ke Hosp Sg Buloh 3/7. Doakan kami sekeluarga cepat sihat dan boleh jumpa semula.”
Mengandung & Positif Covid-19
Terbaharu Fana turut berkongsi keadaan dirinya yang kini sedang mengandung 32 minggu turut disahkan positif. Dan kini dia telah dihantar di hospital Sungai Buloh untuk pemantauan.
Apa yang pasti, berat mata kita yang memandang berat lagi bahu mereka sekeluarga memikulnya. Bersamalah kita doakan akan keluarga ini segera sembuh dan dapat bertemu semula. Amin…
Kalau mahu sediakan lauk ayam goreng, bahannya sudah pasti garam dan kunyit saja. Ini pun sudah dirasakan sedap terutamanya buat anak-anak. Tapi kalau nak tahu jika hidangan ayam goreng anda akan jadi terlajak sedap jika menyediakannya dengan lima cara ini.
1. Guna Bawang Putih
Untuk mendapatkan ayam goreng yang berbau wangi, tumbukkan beberapa ulas bawang putih kemudian gaulkan bersama garam dan kunyit. Nah hasilnya ayam goreng bukan saja berbau enak malah rasanya juga lebih sedap.
2. Limau Nipis
Semasa hendak menggoreng ayam, perah sebiji limau nipis ke dalam minyak dan kemudian masukkan ayam. Ini juga petua menjadikan ayam lebih rangup dan cepat masak.
3.. Guna Kunyit Hidup
Kunyit hidup memang ‘power’ hasilnya. Tumbuk kunyit hidup dan lumur rata bersama garam rata. Keenakannya memang berbeza.
4. Telur Ayam
Mahu ayam kekal rangup walaupun selepas diangkat? Caranya dengan menambah sebiji telur ayam ketika menggaul bersama garam dan kunyit. Gorenglah seperti biasa hingga masak dan lihatlah hasilnya.
5. Gabungkan Semua
Gabungkan kunyit hidup bersama bawang putih dan tumbuk hingga halus. Gaulkan kesemuanya bersama garam rata dan goreng. Hasilkan ayam jadi lebih enak, sedap dan cukup rangup. Lengkap!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.