Selebriti Noor Nabila dalam satu perkongsian menjawab teka teki mengenai dirinya yang kini dikatakan sedang berbadan dua.
Dia yang juga kakak kepada Neelofa mengakui sudah keguguran kali ketiga dan reda dengan ketentuan Allah SWT buat dirinya dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
“Saya sebenarnya sudah keguguran sebanyak tiga kali. Doakan saya dan suami diberikan rezeki untuk menimang cahaya mata”.
“Semestinya saya ingin memberikan adik kepada Jayden, namun belum ada rezeki lagi. Semoga kami dikurniakan rezeki zuriat. Insya-Allah.
Ads
“Buat masa ini, fokus saya kepada Jayden yang semakin membesar. Dia pula semakin petah berkata-kata kerana Sharnaaz suka berborak dengan Jayden.
“Malah, saya juga semakin aktif bermain TikTok yang mana di atas permintaan ramai juga. Jadi saya memang bersedia saja dengan telefon setiap masa,” katanya.
Nabila dan Engku Emran melangsungkan pernikahan di sebuah masjid di ibu negara pada 18 Mac tahun lalu.
Ads
Untuk rekod, Nabila sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 tetapi bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Jebat yang kini berusia empat tahun.
Setiap pasangan yang berkahwin mendambakan kehadiran si kecil dalam rumah tangga mereka. Namun, hanya Allah sahaja yang tahu kesakitan yang terpaksa dilalui oleh bakal ibu ketika fasa kehamilan sehinggalah melahirkan. Pengorbanan seorang isteri dan ibu yang tidak mampu dibayar dengan harta dan wang ringgit.
Perkongsian saudara Azlan Noor cukup menyentuh hati.
Dulu bila tahu berita nak dapat baby baru, saya happy teruk. Terbayang-bayang timang dia, cium pipi pau dia, siap pakej bau syurga yang…fuhh, Tuhan saja yang tahu perasaannya.
Tapi saya lupa untuk dapat semua tu, isteri terpaksa lalui satu fasa SENGSARA terlebih dahulu. Saya sedar semuanya bila ada satu malam, Surihati saya panggil.
“Pa, cuba tengok perut mama ni? Ada merekah tak?”
Saya mendekati. Duduk di sebelah dia. Saya tundukkan dan rapatkan muka ke perutnya. Dari tepi rusuk sampai ke tengah, jelas terlihat garis-garis rekahan. Kiri kanan sama.
Saya letakkan tapak tangan dan gerakkan perlahan-lahan mengikut garis itu. Kali ini saya dapat rasa betapa panjang, dalam dan berbekasnya parut tersebut.
Ya, parut tulah yang menjadi saksi dari perut ni lah datangnya zuriat saya.
Sungguh, bila isteri sendiri mengandung, baru saya sedar besar sekali pengorbanan seorang isteri.
Mula-mula rasa mual tekak. Pastu pening muntah sampai lembik. Tambah parah hidung mula jadi sensitif pada bau tertentu. Banyak bau jadi busuk. Ada kes yang tak boleh hidu bau badan suami. Sebab bau macam longkang.
Bayangkan dengan perut makin memboyot, tidur malam memang kacau. Pusing kiri, pusing kana. Tak selesa. Mula la tak cukup tidur, siang hari cepat penat. Ini yang buat ibu mengandung stress.
Sakit pinggang, lenguh kaki, betis tarik mengkarung tak payah cerita. Saya ingat lagi, beberapa kali jugak la dalam mengandung baby ketiga ni, tengah sedap membuta tiba-tiba dengar orang mengaduh,
“Papa! Papa! Tolong kaki cramp. Aduh..”
Berdesup macam lipas kudung aku bangkit pegang kaki dia. Sapu minyak, urut-urut. Regangkan otot dia. Dah macam main bola dah gayanya.
Senang cerita, jadi serba tak kena. Duduk sakit. Berdiri sakit. Baring sakit. Mengiring sakit.
Belum cerita baby dalam perut mula menendang dan mengeras. Mau senak pundi kencing mamanya. Nasib tak terkucil je.
Bab, sakit contraction, bab nak lahirkan baby tu pulak, saya rasa saya tak layak untuk ceritakan. Hanya Allah dan ibu ibu yang pernah lalui saja yang tahu. ( Siyesly, air mata saya keluar bila ingat saat ni. )
Bayangkan, semua kesengsaraan ni akan dilalui oleh ibu mengandung selama sembilan bulan. Non stop. Tanpa rehat atau cuti.
Allahu, saya tak mampu nak gambarkan semua keadaan yang dilalui seorang isteri. Cerita selepas bersalin, berpantang, menyusu anak, berjaga malam, sungguh saya tak mampu.
Tapi percayalah wahai ibu-ibu, anda sentiasa dalam peliharaan dan rahmat kasih sayang Allah.
Kerana,
Setiap urat yang putus, Setiap otot yang sakit, Setiap bahagian tubuh yang menderita,
Ada ganjaran besar yang telah Allah sediakan buat kalian.
Percayalah, kalian memang KUAT DAN GAGAH.
Kalau tanya saya mampu tak nak gantikan tempat isteri untuk ambil tugas mengandung dan melahirkan, awal-awal lagi saya dah serender.
Tanyalah pada lelaki paling gagah dalam dunia ni pun. Aci kerat jari, dia pun tak sanggup.
Sebab apa?
Sebab Allah dah bagi kepada orang perempuan, mengandung ni adalah keistimewaan mutlak kalian.
Kepada suami,
Ingat kembali semua pengorbanan yang telah mereka lalui untuk kandungkan dan lahirkan zuriat kalian.
Hargailah mereka.
Kerana hanya itu yang mereka perlukan dari seorang teman sesyurga idaman.
Sila FOLLOW & SEE FIRST –> Azlan Noor kerana saya akan kongsikan lagi kisah-kisah inspirasi keluarga seperti ini kepada anda.
Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik buat anak-anak termasuklah bab pendidikan, demikian juga yang dikongsikan oleh pelakon Yana Samsudin mengenai anak sulungnya, Aisy Mateen.
Sebelum ini, Yana mendedahkan anak sulungnya itu menggemari subjek matematik di dalam bahasa inggeris berbanding bahasa melayu.
Bahkan, anaknya lebih cepat ‘tangkap’ dan cepat belajar jika menggunakan bahasa inggeris.
Bukan itu sahaja, Mateen juga telah didedahkan untuk menguasai tiga bahasa iaitu bahasa melayu, inggeris dan juga mandarin sejak masih bayi lagi.
Terbaru, Yana menerusi laman Instagramnya yang menunjukkan Mateen sedang membuat kerja sekolahnya.
Jika selalunya ibu bapa yang mengajar anak-anak, tapi terbalik halnya dengan Mateen. Kelihatan anak sulung pasangan ini mengajar daddynya bagaimana cara menulis dan menyebut nama Mateen dalam bahasa Cina.
Malah dia yang mempelajari bahasa Cina menulis namanya dalam bahasa tersebut pada sebuah buku.
Sambil meneguk air susu, sempat lagi Mateen menyoal daddynya apakah handphone dalam bahasa Cina. Fadzil yang berseloroh menyebut sebutan ala-ala cina sampai tergelak Mateen mendengarnya.
Gelagat comel Mateen meraih pujian daripada ramai. Rata-rata memuji cara pasangan ini mendidik walaupun baru berumur 5 tahun namun cepat belajar.
Setiap orang mengimpikan untuk peroleh mentua yang baik, memahami dan penyayang. Tidak terkecuali, pelakon Puteri Sarah Liyana merupakan salah satu individu terpilih untuk mendapatkan mentua yang prihatin dengan dirinya dan anak-anak.
Meskipun dilanda kemelut rumahtangga bersama suaminya yang juga pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, mentuanya sentiasa menyokong penuh di belakangnya.
Baru-baru ini, Puteri Sarah mendedahkan bapa mentuanya iaitu Datuk Yusof Haslam tidak pernah lupa untuk menghantar mesej dukungan dan semangat padanya setiap minggu.
Kata Puteri Sarah, 36, itu adalah salah satu kekuatan buat dirinya untuk tidak cepat mengalah dalam meneruskan kehidupan.
“Setiap minggu mesti dapat WhatsApp semangat daripada bapa mentua saya.
“Ini adalah salah satu perkara yang menjadi pembakar semangat Sarah untuk tidak pernah berputus asa dalam kehidupan.” katanya.
Dalam hantaran di Instagram Stories, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin memuat naik tangkapan skrin (screenshot) perbualan bersama Yusof Haslam.
Puteri Sarah juga sempat memberitahu yang dia menerima tawaran berlakon daripada sebuah stesen televisyen dan perlu ‘outstastion’ ke New Zealand selama sebulan pada November ini.
Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah dan penerbit tersohor menegaskan dia dan isteri, Datin Fatimah Ismail serta keluarga akan sentiasa berada di sisi Puteri Sarah dan anak-anak.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa dilanda masalah dilsebabkan kehadiran Ira Kazar.
Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.
Sumber : Instagram Puteri Sarah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di