Rata-rata sana sini sekarang ini bercerita tentang filem Mat Kilau yang sedang mencacak naik sehinggakan mencipta sejarah apabila menjadi filem yang mendapat kutipan terbanyak dalam masa 11 hari iaitu mencecah RM47 juta.

Yang menariknya, filem yang diambil inspirasi dari perjuangan anak Melayu menenang penjajah ini bukan sahaja menarik perhatian orang ramai, tetapi Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor turut berkenan mencemar duli hadir ke pawagam untuk menonton bersama-sama salah seorang pelakon filem tersebut, Fattah Amin dan isteri, fazura.

Perkara ini dikongsikan oleh Fattah Amin di satu perkongsian di instagram miliknya.

Tonton Mat Kilau Bersama Fattah & Fazura, Sultan Selangor Galak Orang Melayu Tonton Untuk Bersatu Padu!

Patik dan isteri merafak sembah dan menjunjung kasih Kebawah DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin kerana berkenan berangkat mencemar duli, untuk menonton filem Mat Kilau.

IKLAN

Patik jua menjunjung derma kurnia buku koleksi dan barang titah nasihat Tuanku Sultan, tentang sejarah Melayu khususnya Negeri Selangor Darul Ehsan dan koleksi peribadi keris nusantara Tuanku. Barang titah nasihat Tuanku, akan patik semat di hati dan dijunjung selamanya. Patik dan isteri, sekali lagi menjunjung kasih Kebawah DYMM Tuanku Sultan Selangor dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor.

Lakonan Fattah menerusi watak Awang dalam filem ini menuai pujian ramai dek penghayatan yang cukup hebat. Lagak, permainan mimik muka dan juga kelincahannya di dalam filem cukup mengujakan.

Tonton Mat Kilau Bersama Fattah & Fazura, Sultan Selangor Galak Orang Melayu Tonton Untuk Bersatu Padu!

IKLAN

Sultan Selangor seru tonton filem Mat Kilau

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook Selangor Royal Office, DYMM Sultan Selangor bertitah agar orang ramai menonton filem Mat Kilau bagi sama-sama menghayati mesej yang cuba disampaikan.

IKLAN

Beta telah menonton filem Mat Kilau yang telah memaparkan bagaimana perpecahan di kalangan orang Melayu boleh mengakibatkan pihak-pihak luar mudah menguasai kita. Jika dihayati dialog yang digunakan di dalam filem ini, ianya bertepatan bagi menyampaikan message kepada orang Melayu bahawa kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada semangat perpaduan dan pegangan kepada agama Islam.

Beta menggalakan masyarakat negara ini terutama orang Melayu untuk menonton filem in agar ianya boleh dijadikan sebagai satu tauladan dan pengajaran kepada kita semua bahawa sesebuah tamadun dan negara boleh runtuh seandainya kita tidak bersatu-padu dan bekerjasama di dalam mempertahankannya.

Sultan Selangor turut memandang serius terhadap gejala perpecahan dalam kalangan orang Melayu terutama pemimpin politik Melayu. Perbalahan orang Melayu dan pemimpin politik Melayu yang begitu ketara sekarang sangat membimbangkan dan boleh boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum serta kestabilan politik di Malaysia.

Sumber: Selangor Royal Office, instagram fattahaminz

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI