Bestnya dapat masak bubur jagung hari ini. Rasa bubur lemak manis ini sesuai untuk minum petang nanti. Anak-anak pasti suka dan siap makan bertambah.
Biasanya nak buat bubur jagung ini kena kupas jagung. Nampak simple tapi nak membuatnya mengambil masa agak lama. Ada yang menggunakan pisau dan juga pemotong khas yang dibeli secara online.
Pernah tak terfikir, bahawa jagung boleh dikupas dengan menggunakan gunting sahaja.
Video yang diunggah oleh pengguna TikTok @jackwongfree4913 ini menunjukan petua cara kupas jagung dengan mudah hanya 10 saat sahaja!
Video ini mendapat 6.7 juta tontonan dan 768.1 ribu sukaan setakat ini.
Jom tengok langkah demi langkah di bawah ni bagaimana kupas jagung dengan cepat.
Sedapnya tak boleh bawa bincang. Kalau ibu-ibu suka colek atau pencicah jenis serbuk, inilah resipi mudah tapi terangkat yang boleh dicuba sendiri di rumah. Makan pula dengan mangga muda memang sesuai sangat ni.
Rasanya yang pedas, manis dan masin memang kecur liur. Cara buat Serbuk Colek ini dikongsikan oleh Mak Hazs menerusi facebook. Kalau ibu-ibu nak cuba, bolehlah tengok resipi ini. Cukup mudah, guna 4 bahan je.
Sangai semua bahan2 kecuali gula. dah garing semua bahan2 tu… sejukan dan bland kering..
kalau ikut resepi asal bland sekali dng gula.. tapi saya guna gula pasir yg halus tu.. terus campur bahan bland tu dng gula dalam bekas asing dan gaul sebati…
*add on garam kalau x cukup masin
*boleh lebihkan cili kering jika suka tahap kepedasan yg lebih
*yang paling penting pastikan bahan2 sengai tu sejuk dahulu baru bland.. kalau tak nanti x cantik kejadiannya…
Selamat mencuba!
Jom sertai pertandingan Pilihan Keluarga Bulan Ini. Caraya mudah, klik sahaja link INI atau imbas QR code yang ada di poster. Hadiah menarik menanti anda!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tahniah diucapkan buat pasangan pempengaruh, Umisya Mazlan dan suaminya, Aslam yang selamat menimang anak ketiga mereka.
Menerusi Insta Storynya, Umisya berkongsi beberapa ucapan tahniah daripada ahli keluarga dan rakan terdekatnya mengenai kelahiran itu.
Bahkan Umisya sendiri turut berkongsi khabar gembira itu menerusi entri yang sama.
“Alhamdulillah, terima kasih yang mendokan.
“Misya dah selamat melahirkan,” tulisnya ringkas.
Menerusi perkongsian itu, pasangan ini dikhabarkan dikurniakan seorang bayi perempuan selepas dua anak lelaki sebelum ini.
Terdahulu, pada pertengahan tahun lalu, Umisya yang sedang mempromosikan produk mengakui yang dia sedang hamil anak ketiganya menerusi video yang dikongsikan menerusi Tik Tok.
“Setiap dugaan Allah pasti akan ada rahmat indah menanti. Saya ikhlas berkongsi bunga syurga, demi membahagiakan seorang nadira.”
Hebatnya wanita ini mengambil anak angkat yang mempunyai masalah Down Sindrom, bernama Nadira, yang telahpun berusia 10 tahun.
Baru – baru ini, Nadira dibawa bertemu ibu kandungnya. Pertemuan berlangsung di Pejabat Pesuruh Jaya bagi menyelesaikan proses pengambilan anak angkat oleh keluarga Puan Mona.
Puan Mona Din berkongsi cerita mengenai pertemuan ibu kandung yang telah meninggalkan Nadira di hospital usai melahirkannya, menyebabkan anak kecil ini hidup terbuang di beberapa buah Pusat Kebajikan Masyarakat selama 10 tahun. Sehinggalah beliau mengambilnya sebagai anak angkat beberapa bulan lepas.
Benarlah naluri seorang ibu itu tetap ada. Biar sehebat mana pun egonya pasti akan runtuh tatkala dipeluk zuriat yang pernah dikandung selama 9 bulan. Itulah kuasa seorang anak.
Semoga ikatan ibu-anak ini takkan putus dan berterusan seperti mana yang diharapkan oleh ibu angkatnya sendiri. Ikuti kisah ibu-anak yang dikongsikan oleh Puan Mona di laman facebooknya.
❤️ RAHMAT DARI SEORANG NADIRA ❤️
Seawal 7 pagi tadi, saya & mr hubby mmulakan perjalanan, mbawa nadira, unt btemu ibu kandung nya.
Satu ptemuan yg sgt sukar sbenarnya…
Sukar sekali unt saya mbayangkn akn mnatap seraut wajah insan yg tlh mlahirkan nadira, kemudian mninggalkannya, dan terus terusan tidak mhiraukn keujudan dira..
Sewaktu saya mula mhubunginya unt merencana pertemuan ini, dia mjawab dgn baik, penuh kerjasama, namun tidak sekali pun mnyebut nama nadira, tidak btanya khabar, apatah lagi mngirim pelukan mesra…
Dan pabila temujanji rasmi di buat, sungguh saya sgt mharap, sekurang2nya dia akn btanya ttg nadira, dan hrpnya dia akan mminta saya unt mbawa nadira sekali..saya mahu dgr dia bkata, dia teringin unt mnatap rupa terbaru wajah anaknya…
Namun hingga ke akhir, ia tidak pernah berlaku. Kejam, saya bfikir, teganya kamu wahai si ibu..!
Pedih, panas, sedih, benci.. Jujurnya, itu yg saya rasa thadap dia.
Namun stelah bfikir panjang, saya sedar, siapa saya unt mnilai, juga mhukumnya. Saya pujuk diri, apa yg saya lakukan kini, adalah unt nadira, demi nadira, bukan buat diri saya….
Juga dlm hati bkata, mungkin kerana sikap nya yg sebegnilah, akhirnya mmungkin kan saya, mmiliki nadira…
Maka saya putuskn, saya akn btemunya, mbawa nadira bersama, mharapkn ada rahmat Allah buat semua, di sebalik sebuah ptemuan yg tiba..
Dan Alhamdulillah, perjalanan hampir 3 jam itu bjln lancar, dan saya sampai ke bandar itu jam 10 pagi, awal 1 jam dr janji kami, unt bjumpa di pejabat pesuruhjaya sumpah, pd jam 11 pagi.
Sekitar jam 11.20, hp saya bbunyi, puan saya dah sampai, katanya.
Lalu saya keluar dr kereta, berseorangan, mninggalkn mr hubby & nadira di dlm kereta dulu, sambil mngepit fail dokumen2 penting, tentang nadira.
Dari jauh saya mlihat, 2 anak lelaki kecil, sekitar umur 2 & 4 tahun, blari2 di sisi jejaka muda btubuh kecil rendah, bewajah manis, tampak jenis lelaki baik, yg rupanya, itu bapa mereka.
Kemudiannya mata menangkap se susuk tubuh itu, bkebaya longgar hitam, btudung hitam, in her late pregnancy, anak ke 5 ( jika tmasuk nadira ).
Wajahnya lembut. Gaya ibu muda gadis kampung, bpenampilan sederhana.
Sepasang matanya tampak sedikit malu, mhulur tgn bsalam dgn saya, mnundukkan kepala & bdn, penuh hormat.
Oleh kerana marahkannya dlm hati, saya tidak bckp byk, saya buat muka serious saja, terus kami mlangkah masuk, mmulakan proses, mngisi dokumen demi dokumen, mnyempurnakan proses angkat sumpah.
Lalu saya ke kereta, mmanggil mr hubby, sambil mbimbing tgn nadira, unt masuk bsama, dgn penuh debar di dada.
Nadira juga saya lihat sedikit panik, kerana dr kelmarin, saya dah terangkn kpdnya, saya akn bawa dia bjumpa ibunya, ibu yg nadira keluar dr pepetnya…
Sebaik tiba di dlm pejabat, nadira spontoh bsalam dgn ke dua2 ptugas. Kemudiannya nadira bpaling, kpd ibu muda tsebut…
Saya beri arahan ; Dira, salam..peluk.., ni mama dira, kata saya.
Dira mmandang muka saya, kemudian merenung wajah itu, lalu mhulur tgn bsalam, dan mmeluk !
Mungkin tkejut dira mmeluknya, ibu muda ini terus burst, mnangis teresak2, mgigil tubuh badannya.
Allahu, saya yg mnyaksikan, terasa sungguh sebak, juga jatuh airmata, tak mampu mnahan rasa, tersedu juga saya akhirnya.
Ssudah mmeluk, nadira tiba2 mnolak tgn ibu itu dgn kasar, sambil mnuding jari mberikan isyarat mahu mcubit, dan dira tunjuk muka marah. Saya tahu dira marah, kerana dira tahu, itulah insan yg mbuang dirinya..!
Saya peluk dira. Saya katakan pd dira ; Dira, tengok muka mama ni, ini mama dira juga. Dira tengok perut mama dira yg besar ni. Dulu masa dira baby, dira ada dlm perut mama ni. Mama ni yg lahirkn dira. Dira lahir dr pepet mama ni. Ni mama dira..
Dan esakan ibu muda tersebut btambah kuat, tersangat kuat…Dira hanya mrenung, tidak bkata apa2..
Semua yg mlihat tharu. Ibunya masih mnangis. Saya juga tak boleh bhenti mnangis. Dan seluruh seisi pejabat, mngesat air mata..
Suasana sgt sepi, penuh terharu, hanya airmata, mengganti kata2..
Akhirnya dlm suasana hiba itu, urusan di teruskn.
Sayu saya mlihat, nadira duduk di riba ibunya. Bberapa kali dira mnoleh, mmandang seraut wajah itu, seolah2 sdg mcuba, ingin mberi kan sebuah kemaafan, buat ibu kandungnya..
Satu pagi yg penuh drama, banjir dgn airmata..
Dan kemudian dira bangun, keluar, merayau2 di luar, kelihatan nya dira sgt miserable, dan tak tentu arah, gaya yg sama, spt di mahkamah dua hari sudah. Lalu kemudiannya, dira dtg kpd saya, mmeluk saya, sambil bagitau, mama saya nak kencing…
Kesian dira…, !
Sambil berurusan, saya hanya sempat bbisik2, bertanya, bapa nadirakah itu..? Tak puan, dia mgelengkn kepala, ni yg baru…
Dan dlm suara plahan, beliau bcerita, kisah silamnya..
Saya hanya diam. Tidak mahu btanya panjang. Saya tidak mahu mnambah kesedihan yg ada, kesedihan dia, juga ksedihan saya..
Lalu kemudiannya, kami siapkn semua urusan. Nadira sptnya sudah tidak kisah kan dia, sptnya sudah tlupa drama tadi, drama jejak kasih ibu kandungnya.
Nadira kembali happy bsama saya & abahnya.
Dan kala di minta bsalam selamat tinggal dgn 2 adiknya, nadira kberatan… Di mata ibunya, saya mlihat, airmata masih mngalir di pipi, terutama kala mmeluk selamat tinggal buat nadira..
Dan di pnutup sebuah ptemuan itu, kala mnyalami, dia mneluk erat badan saya.. Puan tkasih sudi terima nadira. Budi puan saya kenang hingga ke mati..
Saya jga mmeluknya, kuat. Rasa seolah saya sdg mmeluk anak sendiri..
Saya bbisik pdnya; Tkasih juga unt u, melahirkn nadira, ada rezeki unt saya jaga. InshaAllah saya akn pelihara nadira dgn baik. Tapi saya hrp, u akn teruskn silatulrahim kita, demi nadira. Its okay u tak dpt mjaga & mbesarkn dia, sudah suratan hidup ttulis begitu. Tapi u kena tetap ambil tahu, btanya khabar, mngambil berat ttg dia, wlu dr jauh. Itu hak nadira ke atas ibunya. Jangan lepas tgn just like that, langsung tidak mpedulikannya. U mungkin blh lepaskan dira di dunia, tapi kita takut nadira akn tuntut haknya, di akhirat kelak…
Dia mrngangguk, sambil tersedu, baik puan..
Dan saya mmeluknya dgn hangat, buat kali terakhir. Pelukan yg ssungguhnya sangat ikhlas. Keihklasan yg akhirnya mgugurkan sebuah dendam, sebuah benci, sebuah amarah, yg selama ini bsarang di dlm dada.
Saya ikhlas unt bkongsi dengannya, bkongsi bunga syurga, bkongsi demi untuk mbahagiakan seorang nadira.
Saya tinggalkn dia dgn doa. Semoga Allah mberi segala yg tbaik. Terbaik untuk nadira, terbaik untuknya, dan terbaik unt saya skeluarga juga…
Sesungguhnya, di setiap dugaan Allah itu, akan ada rahmat indah yg menanti, andai kita mnerima semua ujian2 nya, dengan sabar, ikhlas & redha….
Dan saya ingin mhirup rahmat itu, dgn menatang penuh bahagia hadirnya sekuntum bunga syurga, seorang nadira, dan saya akan terus cuba berusaha, unt terus mbawa ibu kandungnya, kembali di dlm hidup nadira…
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...