Ads

“Kami Akan Merindui Senyumanmu…” Pengasas Boat Noodle & BananaBro Meninggal Dunia Usia 47 Tahun

Industri makanan dan minuman (F&B) tanah air menerima berita duka apabila pengasas rangkaian restoran popular Boat Noodle dan BananaBro, Tony Lim meninggal dunia pada usia 47 tahun.

Berita pemergian mendiang diumumkan menerusi hantaran Facebook rasmi kedua-dua rangkaian restoran berkenaan pada Isnin (2 November 2026).

Pemergian Tony Lim bukan sahaja meninggalkan kesedihan buat keluarga dan insan tersayang, malah turut menjadi kehilangan besar kepada warga kerja yang pernah bersama-sama membangunkan dua jenama restoran terkenal itu.

Tony Lim Meninggal Dunia, Boat Noodle Kenang Semangat Juang Mendiang

Menerusi kenyataan rasmi, Boat Noodle mengenang Tony sebagai seorang pemimpin yang tidak mudah berputus asa, sentiasa bersemangat dan mahu melihat kejayaan dikecapi bersama.

Ads

Ungkapan ‘Bersama Kita Berkembang’ bukan sekadar kata-kata, sebaliknya menjadi prinsip yang sentiasa dipegang mendiang.

“Kami akan merindui senyumanmu, semangat juangmu dan keyakinanmu yang tidak pernah luntur terhadap kami,” menurut kenyataan itu.

“Kami Akan Merindui Senyumanmu…” Pengasas Boat Noodle & BananaBro Meninggal Dunia Usia 47 Tahun
TONY Lim. FOTO arkib NSTP

Tinggalkan Legasi Bermakna

Sementara itu, BananaBro menyifatkan Tony sebagai individu yang mempunyai impian besar untuk memperkenalkan budaya menikmati hidangan daun pisang Malaysia ke pentas dunia.

“Biarpun mendiang sudah tiada, impian beliau akan terus hidup menerusi hidangan daun pisang yang disajikan serta kebaikan dan keprihatinannya terhadap setiap insan,” menurut kenyataan BananaBro.

Ads

Kedua-dua rangkaian restoran itu turut bertekad meneruskan legasi dan impian yang ditinggalkan mendiang.

Pemergian Tony pastinya menjadi kehilangan besar buat keluarga, insan tersayang dan warga kerja yang pernah menerima bimbingannya.

Ads

Salam takziah buat keluarga mendiang. Semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi kehilangan ini.

BACA LAGI : Kuey Teow Celup Daging Ala-ala Boat Noodles. Buat Sendiri Boleh Makan Banyak & Puas Hati!

Sumber : Harian Metro

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Dulu Orang Persoal Bersalin Usia 42 Tahun…” Che Ta Syukur Aaisyah...

Aaisyah Dhia Rana genap 12 tahun. Che Ta kongsi kenangan bermakna melahirkan anak bongsunya pada usia 42 tahun serta doa penuh kasih buat puterinya.