“Tony Stark Bukan Ironman… Saya.” Akui Kerja ‘Gila’, Alif Satar Puas berjaya Habiskan 15 Jam Untuk Cabaran Ironman Langkawi

Share

Tidak sekadar berbakat dalam bidang seni, selebriti bernama Alif Satar ini nyata serba boleh. terbaru, dia menyertai saingan Ironman Langkawi 2019 dalam kategori penuh iaitu melibatkan renang sejauh 3.8km, berbasikal (180km) dan larian (42.2km) semalam.

Dalam pertandingan tersebut, Alif telah berjaya menghabiskan semua cabaran tersebut dalam masa 15 jam 5 minit dan 49 saat. Rekod tersebut telah membuatkan selebriti itu berbangga berikutan kejayaan yang bukan semua orang mampu menghabiskannya.

Di dalam perkongsiannya menerusi laman isntagram, nyata kegembiraan dan kepuasan jelas terpancar di wajah bapa kepada tiga cahaya mata ini setelah berjaya sampai ke garisan penamat.

Dalam pada itu, hos Big Stage ini  turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyokong di sepanjang laluan cabaran Ironman iaitu di Pantai Cenang kerana tidak henti-henti memberikan sorakan padu buatnya. Dia turut memohon maaf kepada penyokongnya kerana tidak sempat dibalas olehnya.

Menurut Alif lagi, dia mengakui penyertaaanya di dalam Ironman bagi kategori penuh ini merupakan satu kerja gila yang pernah dilakukan, Begitu pun dia tidak sabar berkongsi kisah penyertaannya kepada umum tidak lama lagi.

Sumber : IG Alif Satar

IKLAN