Akhirnya semua rakyat Malaysia menadah tangan meluahkan rasa syukur dengan keputusan kerajaan melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.
Berita yang baru diterima sebentar tadi, dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh ini, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu (essential economic and service sector) yang akan disenaraikan oleh Majlis Keselamatan Negara.
Pengumuman ini juga menyebabkan ramai menarik nafas lega setelah laporan harian kes baharu hari ini mencatatkan peningkatan lagi kepada 8,290 iaitu lepasi angka 8 ribu.
REAKSI WARGANET SELEPAS PENGUMUMAN LOCKDOWN
Dalam pada itu, pelbagai reaksi dapat dilihat di media sosial. Masing-masing meluahkan rasa hati.
Begitu juga dengan perkongsian saudara Harith Faisal yang melahirkan rasa syukur namun turut mengingatkan bahawa ada golongan yang terkesan akibat lockdown yang diadakan nanti.
Luahan itu berbunyi ringkas tetapi penuh emosi sehingga mendapat tanda emoji sedih lebih 7K dan ratusan komen daripada netizen dalam tempoh sejam.
Beberapa tangkap layar (screenshot) komen-komen yang meluahkan rasa syukur dan ada juga turut bersimpati pada golongan yang terkesan.
Ads
Emosi ramai warganet turut sedih dan titipkan doa buat golongan yang terkesan dan berharap ada golongan yang menghulurkan bantuan jika mendapati masyarakat sekeliling menghadapi kesukaran.
Ikuti perkongsian ini. Moga negara dengan Lockdown ini kes jangkitan segera turun dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa.
TANYA KHABAR JIRAN, BANTU MANA YANG MAMPU
DOA YANG BAIK-BAIK, MOGA COVID-19 JADI ANGKA 0
Ads
SABAR UNTUK SEMENTARA WAKTU
SEMOGA REZEKI LEBIH BAIK SELEPAS INI
Ads
INILAH MASA UNTUK BANTU GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN
Semoga saat genting macam ni, sama-samalah saling membantu dan bertimbang rasa sesama insan. Semoga lockdown kali ni dapat menurunkan kes dengan cepat.
Rujuk lampiran bagi mendapatkan kenyataan penuh Total Lockdown
Kisah pergolakan rumah tangga melibatkan pelakon Puteri Sarah dan suaminya, pelakon dan pengarah, Syamsul Yusof sememangnya mendapat perhatian ramai. Lebih-lebih lagi setelah Sarah mengambil tindakan undang-undang terhadap individu ketiga yang didakwa menganggu rumah tangganya.
Terbaharu, netizen melahirkan rasa terharu di atas sokongan kuat yang diberikan ibu dan bapa mentua Sarah yang sentiasa berada di sisi menantu mereka ketika dilanda badai dalam perkahwinannya.
Malah, Sarah sebelum ini turut berkata dia mempunyai sistem sokongan yang kuat lebih-lebih lagi daripada keluarganya serta keluarga metua.
Baru-baru ini, ibu Syamsul Datin Patimah lsmail memuat naik gambarnya bersama menantu beserta kapsyen yang cukup jelas di Instagramnya menggambarkan hubungan rapat di antara mereka.
“Lunch bersama menantu saya, isteri Syamsul Yusof, Alhamdulillah” tulis ibu mentua Sarah.
Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, turut dilihat membalas di ruangan komen dengan meluahkan rasa sayang terhadap ibu mentuanya yang dipangil mama.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji hubungan baik Sarah dengan ibu mentua meskipun sedang berdepan kemelut rumah tangga.
Sekadar informasi, Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3 tahun.
Rezeki dapat anak kembar. Seorang ibu meluahkan rasa bahagia dan syukurnya kerana dianugerahkan tiga anak kembar perempuan yang kini semakin membesar.
Kongsinya menerusi media social, dia amat merindukan kehadiran seorang lagi anak dalam rumah mereka namun tidak menyangka dikurniakan anak kembar tiga.
Tambahnya lagi dia dan suami sebelum ini tidak mempunyai keturunan kembar namun amat bersyukur atas kurniaan tidak terhingga itu dalam keluarga mereka.
“Sapa kat sini ada anak kembar, tapi tak ada keturunan kembar 🙋🏻♀️ kita geng,” tulisnya.
Tambahnya lagi kandungan anak kembarnya itu merupakan anak keempatnya dan telah mempunyai tiga orang cahaya mata sebelum ini yang sudah pun semakin membesar.
Menerusi perkongsiannya, kehidupan mereka di rumah bertambah meriah dengan kehadiran kembar tiga itu bersama anak-anak lain.
“Kak Mas ada triplet girl, yang ni anak ke 4, kandungan yang ke 4, atas-atas semua dah besar.
“Ingatkan nak baby sorang, sebab rindu baby… haha tiba-tiba Allah bagi 3. Habis huru hara satu rumah 🤣🤣,” tambahnya lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lazimnya setelah memasuki usia 50 tahun ramai yang mula mengurangkan kesibukkan dalam urusan hariannya. Ketika ini ada yang mula merancang bersara awal, malah ada juga yang sedang siap sedia menunggu tempoh bersara yang ditetapkan oleh kerajaan.
Apa yang pastinya, pada usia ini sudah tentu cara hidup akan berubah termasuk soal kewangan.
Sudah tentu kita tidak mahu hidup dalam keadaan berhutang dan liabiliti lain. Nak tahu caranya, jom ikuti perkongsian perunding kewangan ini, Mohd Shukur
Gambar sekadar hiasan
Panduan untuk mereka yang berumur 50-an dan ke atas
1) BELI KERETA TUNAI SAHAJA JIKA UMUR ANDA 50 & KE ATAS.
Jika anda dah berumur 50-an dan nak beli kereta, ingatlah jika anda tak mampu beli secara tunai ianya bermakna anda tak mampulah memiliki kereta itu. Carilah kereta yang anda mampu beli secara tunai.
Ada orang kata orang kaya tak beli tunai, mereka pun beli hutang juga. Yea itu betul juga, tapi ingatlah… ansuran kereta itu dibayar hanya dari duit dividen simpanan mereka sahaja. Mereka tak gunakan duit dari pendapatan aktif / gaji atau duit simpanan apatah lagi duit persaraan.
Semua ansuran atau maintenance cost datangnya dari pendapatan dividen sahaja. Ini bermaksud jika dividen 4% dan ansuran kereta 1500 sebulan, hanya golongan yang ada simpanan tunai 500K sahaja boleh beli secara berhutang ( loan ).
2) APA RISIKO BELI KERETA MEWAH JIKA ANDA SUDAH BERUMUR.
Jika anda sudah tiada nanti, anak-anak anda terpaksa menanggung bebanan kos kereta mewah. Jika anda membeli tunai pun, banyak lagi kos kereta mewah yang mereka warisi :
~ Insurans kereta. Lagi mahal kereta lagi tinggi bayaran premium insurans akan ditanggung.
~ RoadTax. Bagi kereta 2500cc ke atas, anak-anak anda akan menanggung bebanan kos roadtax yang mahal.
~ SpareParts, Wear & Tear, Kos pembaikian dan pemeliharaan kereta mewah setelah berusia 5 tahun kereta amatlah mahal untuk ditanggung oleh anak2 atau isteri anda.
~ Jual aje lah kereta. Cakap memanglah mudah. Jika kereta dah melebihi 10 tahun, anak-anak anda kena cari Cash Buyer sebab lebih 10 tahun dah tak boleh finance kan. Jika kereta yang masih ada hutang bank, nilai jualan mungkin lebih rendah dari outstanding loan. Kena pulak anak-bini anda top-up untuk menghilangkan bebanan.
3) MOTORHOME
Hari itu ada yang tag saya kat satu posting tentang seorang pesara yang gunakan duit persaraannya untuk beli motorhome. Ini adalah pandangan saya, jika tak manfaat abaikan sahaja yea
Carilah dalam buku financial planning mana pun, tidak ada satu buku pun yang menyarankan anda beli motorhome bila sudah berumur apatah lagi bersara. Kecualilah anda sememangnya kaya….
Motorhome ini adalah trend pesara-pesara kaya di negara-negara yang besar dan luas seperti di Eropah, Australia, New Zealand … di mana makan bulan jika nak travel di negeri sendiri.
Di negara tersebut gaji lebih tinggi dan simpanan mereka pun tinggi sementara harga kenderaan lebih murah pula. Tapi ramai juga yang menyewa. Kalau di Australia contohnya, dorang travel dari Sydney ke Melbourne pun saya tengok ambik masa 2-3 hari, itu ikut hiway. Kalau ikut jalan biasa pergi ke Adelaide dan lalu ladang-ladang tu mahu 4-5 hari baru dorang sampai. Dan ramai darinya menyewa motorhome tu, tak beli pun.
Malaysia ni kalau dari Shah Alam ke Kedah tu pergi lepas sarapan, sebelum zohor dah sampai. Ambik hotel bajet lagi jimat, selesa dan bersih. Motorhome ni kalau buang air besar dalam tu habis sepanjang perjalanan “berbau” , bising pasangan anda atau anak nanti. Sendiri maybe tak kisahlah, tapi yang lain kisah kat bau tu.
So bagi saya lebih baik sewa jer kalau takat nak pakai dalam Malaysia. Takyah pening-pening nak bincang sana sini, survey sana sini cari spare part dll. Jangan leburkan duit persaraan anda kepada benda-benda yang akan jadi besi buruk nanti.
Akhirnya anak-anak terpaksa mewarisi bebanan kos yang tinggi. Bukan senang dorang nak cari buyer untuk jual nanti.
Ingatlah juga, kehidupan paling menyedihkan dalam hidup seseorang ialah jika dia jatuh miskin atau menjadi sangat miskin dan papa di usia tua. Situasi ini berlaku jika anda tidak mempunyai simpanan yang mencukupi untuk menampung kehidupan tua yang sudah pasti akan sakit-sakit sana sini.
KELUARGA TALK: Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Sertai Webinar Keibubapaan PERCUMA anjuran Pa&Ma secara virtual yang menjemput speaker- speaker hebat dalam bidang keibubapaan termasuk Prof Madya Dr Nik Salida, Ibu Rose, Dr Ahmad Rostam, Puan Maryam Jamadi, Puan Azlina Roszly dan Irma Hasmie. Daftar nama di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-sayang-anak-ketat-ketat/
Terkini: E-TOUR KE FARM IN THE CITY. ENJOY!
MedicKeluarga: Dialisis, Peluang Kedua Pesakit Ginjal. Pakar Buah Pinggang Ni ada jawapannya.
MedicKeluarga: Obesiti dalam keluarga atasi cara selamat.
MedicKeluarga: Berapa lamakah luka jahitan czer atau caesarean akan pulih? Bilakah masa sesuai untuk memulakan hubungan intim?
MedicKeluarga: Mandi malam ketika hamil. Ada pendapat kata nanti bengkak kaki. Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Bintang Kecil: Periksa mata, kerana dari mata turun ke hati
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di