Terkini, berita yang amat menyentuh hati dan mengundang rasa pilu ini, apabila dua mayat ditemui di tepi Jalan Impiana 5, Taman Impiana, hari ini.
Seorang wanita dan bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan.
Kehilangan nyawa yang begitu tragis ini pasti memberi kesan yang mendalam kepada kita semua, lebih-lebih lagi apabila melibatkan nyawa yang masih begitu muda dan penuh harapan.
Menerusi laporan Berita Harian, mangsa wanita yang dipercayai berkemungkinan meninggal dunia akibat komplikasi bersalin itu dijumpai dalam keadaan sedang memeluk mayat bayi terbabit.
Ads
Difahamkan, mayat dipercayai dua beranak itu disedari seorang pejalan kaki kira-kira jam 8 pagi tadi sebelum melaporkannya kepada pihak polis.
Ads
Menurut sumber, wanita itu dipercayai adalah seorang warga Indonesia dengan rambutnya diwarnakan serta memakai baju bercorak kotak-kotak, manakala bayi terbabit pula masih bertali pusat.
Difahamkan, hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kesan darah atau kecederaan lain pada mayat terbabit, namun siasatan lanjut dijalankan untuk mengenal pasti sama ada wujud sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.
Ads
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee, mengesahkan penemuan dua mayat berkenaan tetapi tidak mengulas lanjut.
Beliau berkata, semua butiran lanjut akan dimaklumkan kelak.
Dr Hannan Medispa sumbang inkubator neonatal RM80K, “Arwah anak saya pernah dirawat di NICU.” Hannan Medispa Sdn Bhd telah menyumbangkan dua unit inkubator neonatal bernilai RM80,000 kepada Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian.
Pengasasnya, Dr. Hannan Yusof berkata, sumbangan tersebut bagi keperluan unit neonatal Jabatan Pediatrik yang mengalami kekurangan mesin berkenaan pada masa ini.
Sebelum ini, arwah anak saya pernah dirawat di NICU, HPUSM dan saya memilih hospital ini untuk program CSR ini dan Insya-Allah bantuan ini akan diteruskan pada masa akan datang.
Tambahnya lagi, diharap mesin ini dapat membantu bayi-bayi pramatang yang memerlukan.
Saya dalam usaha untuk menyumbang mesin ultrasound kepada HPUSM juga.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Infrastruktur dan Aset HPUSM, Dr. Mohamed Asyraf Mohamed Daud berkata, terdapat 60 pesakit yang menjalani rawatan dalam wad namun hanya ada 20 buah mesin sahaja yang digunakan.
Pihak hospital memerlukan tambahan mesin bagi menampung kekurangan. Setiap tahun, pihak hospital akan memohon penambahan aset namun kekangan bajet juga menjadi faktor utama. Apabila ada sumbangan seperti ini, pihak hospital sangat mengalu-alukanya.
Untuk info, Hannan Medispa turut membantu mangsa banjir di daerah Tanah Merah.
Pilu hati apabila disahkan mengidap dua kanser. Berdamai dengan takdi menjadikan wanita ini terus cekal untuk meneruskan kehidupan walaupun pahit untuk ditelan.
Dua jenis kanser yang mengubah hidupnya 360 darjah. Bayangkan betapa beratnya ujian yang dilalui oleh Rosliza, 54, apabila di saat dirinya masih berjuang melawan kanser payudara tahap empat yang dikesan pada 2020, dia disahkan pula menghidap barah tulang pada awal tahun ini. Dalam keadaan tubuh yang sudah lemah, dia terpaksa berhadapan dengan satu lagi berita yang meruntun jiwa.
Memetik laporan Berita Harian,didiagnos menghidap kanser payudara pada 2020 dan sudah sembilan kali menjalani rawatan kemoterapi dan 15 kali radioterapi bagi mematikan sel barah itu. Selepas 4 tahun, tahun ini doktor sahkan pula dia menghidap kanser tulang.
“Saya berdamai dengan takdir meskipun disahkan menghidap dua jenis penyakit kanser. Ini semua kuasa Allah SWT,” kata ibu tunggal, Rosliza Muhamad Amin.
“Namun, penderitaan itu tidak terhenti di situ apabila pada awal tahun ini, doktor mengesahkan saya menghidap kanser tulang pula. Ketika itu, saya terasa dunia gelap sekejap sehingga longlai seluruh badan.”
Berikutan itu, Rosliza berkata, beliau sekali lagi perlu menjalani sesi rawatan kemoterapi tetapi secara oral di rumah saja dengan mengambil pil bagi mematikan sel kanser berkenaan.
“Pada Mei lalu, saya mengalami sakit amat teruk pada tulang kaki kiri apabila berdiri atau berjalan atau duduk terlalu lama,” katanya yang telah menjalani pembedahan membuang payudara kiri, dua tahun lalu.
TERIMA BANTUAN
Selepas berpisah dengan bekas suami empat tahun lalu, dia berusaha menguruskan diri sendiri kerana tidak mahu menyusahkan dua anak yang turut berdepan kekangan kehidupan di luar Kelantan.
Rosliza yang tidak bekerja dan menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan, bagaimanapun bersyukur kerana segala kos rawatan penyakit kanser ditanggung sepenuhnya oleh Majlis Kanser Nasional (MAKNA).
Selain itu, beliau turut menerima faedah elaun keuzuran sebanyak RM300 sebulan melalui Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Rosliza merupakan pencarum SKSSR melalui tajaan kerajaan.
“Alhamdulillah dengan inisiatif bantuan yang diterima, saya dapat meneruskan hidup walaupun tanpa suami dan menghidap dua jenis penyakit kanser… RM300 sebulan sangat besar maknanya buat saya.”
“Saya juga bersyukur kerana pada saat ujian datang bertimpa-timpa, masih ada individu di sekeliling yang prihatin dan sering bertanya khabar serta berdoa supaya penyakit saya sembuh.”
Terdahulu Pengarah PERKESO Kelantan, Nora Yaacob, menyampaikan sumbangan makanan, keperluan asas serta kerusi roda kepada Rosliza di kediamannya di Kampung Manek Urai Baru, di sini, dengan turut dihadiri Pengurus Pejabat PERKESO Kuala Krai, Mohd Azran Che Nuri. Orang ramai yang ingin memberi sumbangan bagi meringankan beban Rosliza, boleh menghubungi beliau melalui talian 019-3416536.
Bayangkan rasa rindu yang tidak terucap selama dua dekad. Seorang wanita, Nor Hazimah Abdullah, dengan harapan dan air mata, memohon bantuan warga maya untuk mencari ibunya, Norhayati Mohamed, yang sudah terpisah sejak 20 tahun lalu.
Nor Hazimah, kini berusia 23 tahun, dihantar ke pangkuan keluarga angkat di Melaka ketika dia hanya berusia tiga tahun.
Sejak saat itu, hubungan mereka terputus. Hanya alamat terakhir yang diingati di Sungai Ayer Hitam, Tanjong Minyak, Melaka – menjadi satu-satunya harapan untuk kembali bersatu.
Menerusi petikan laporan Sinar Harian, dia terlalu ingin berjumpa dengan ibu kandungnua dan berusaha untuk mendapatkan alamat terkini ibunya.
“Saya terlalu ingin mengenali dan berjumpa ibu. Saya berusaha mendapatkan alamat terkininya dan ada pihak memberitahu dia kini berada di Geting, Tumpat,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Menurutnya yang kini menetap di Petaling Jaya, Selangor, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjejaki ibunya namun menemui jalan buntu.
Nor Hazimah yang bekerja sebagai pembantu klinik berkata, dia tidak mengetahui umur dan tidak memiliki foto ibunya.
Ujarnya, orang ramai yang mengenali ibunya diharap dapat menghubunginya di talian 013-6663937.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...