Ads

Tragedi Sungai Petani! Dalam Sekelip Mata Hilang Ibu, Anak dan Empat Ahli Keluarga Tersayang

SITI Nur Atikah (duduk, kiri) pada pengebumian lima jenazah ahli keluarganya di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Al-Abidi, Merbok, hari ini. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah pilunya dugaan yang menimpa Siti Nur Atikah Ahmad Shukri, 40, apabila kehilangan beberapa insan tersayang dalam sekelip mata.

Tragedi Sungai Petani yang berlaku di Kampung Baru Pinang Tunggal semalam meragut nyawa anak lelakinya, Iskandar Affan Ibrahim, 7, selain ibu, dua adik, adik ipar dan anak saudaranya yang masih bayi.

Lebih menyayat hati, ahli keluarganya itu difahamkan dalam perjalanan untuk menziarahi kubur arwah bapa mereka sebelum akhirnya mereka pula dikebumikan di tanah perkuburan yang sama.

Tragedi Sungai Petani! Dalam Sekelip Mata Hilang Ibu, Anak dan Empat Ahli Keluarga Tersayang
Gambar ihsan Bomba.

Tragedi Sungai Petani Ragut Enam Ahli Keluarga

Menurut Siti Nur Atikah, dia masih terkejut dan sukar menggambarkan perasaan selepas kehilangan besar yang menimpa keluarganya.

“Saya tak tahu nak cakap apa lagi kerana dalam sekelip mata, saya hilang ibu, anak, dua adik dan anak saudara. Perasaan ini terlalu sukar untuk saya gambarkan,” luahnya.

Mangsa yang terkorban ialah ibunya, Nora Mohd Husin, 55; dua adiknya, Ahmad Shafiq, 29, dan Ahmad Fahim, 21; isteri Ahmad Shafiq iaitu Jamaliah Sannusi, 29, serta bayi pasangan itu, Ahmad Mikail yang berusia dua bulan.

Turut terkorban ialah anak lelaki Siti Nur Atikah, Iskandar Affan Ibrahim, 7.

Sementara itu, seorang lagi anak saudara, Aulia Sofea, 3, yang juga anak kepada Ahmad Shafiq, dilaporkan cedera parah pada bahagian muka dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Ads

Tragedi Sungai Petani! Dalam Sekelip Mata Hilang Ibu, Anak dan Empat Ahli Keluarga Tersayang

Hubungan Keluarga Yang Sangat Erat

Menceritakan hubungan kekeluargaan mereka, Siti Nur Atikah berkata keluarganya sangat rapat dan hampir semua aktiviti dilakukan bersama-sama.

“Kami memang jenis keluarga yang bergerak ke mana-mana bersama. Pergi makan bersama, bercuti bersama. Hari ini daripada enam orang adik-beradik, tinggal empat orang sahaja.

“Ibu dah tak ada, ayah pun dah lama meninggal dunia, sekarang anak pula tiada. Nikmat kekeluargaan itu hilang begitu sahaja,” katanya.

Katanya lagi, kehilangan itu meninggalkan kekosongan yang amat besar dalam hidupnya kerana mereka selama ini cukup akrab sebagai sebuah keluarga.

Mahu Ziarah Kubur Ayah, Akhirnya Dikebumikan Di Tempat Yang Sama

Lebih memilukan, ahli keluarganya itu terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan menziarahi kubur arwah bapa mereka.

“Semalam mereka nak datang ziarah kubur arwah ayah di sini, hari ini mereka pula dikebumikan di sini,” ujarnya.

Jenazah lima ahli keluarganya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Al-Abidi, Merbok, manakala jenazah Iskandar terlebih dahulu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Permatang Kuang, Penaga, Pulau Pinang.

Ads

Reda Menjaga Anak Saudara Yang Terselamat

Dalam kesedihan kehilangan ramai insan tersayang, Siti Nur Atikah turut memikirkan nasib anak saudaranya, Aulia Sofea, yang masih menerima rawatan.

Katanya, jika Allah masih meminjamkan nyawa anak kecil itu, dia reda untuk menjaga Aulia seperti anak sendiri.

“Kalau ditakdirkan dia ‘pulang’, saya reda kerana ayah dan mak dia pun sudah tiada tetapi andai Allah nak pinjamkan lagi, saya akan jaga dia.

“Selama ini pun dia sudah macam anak saya sendiri kerana hubungan kami sangat rapat,” katanya.

Anak Pergi Pada Hari Lahir Ayah

Pemergian Iskandar Affan turut memberi kesan mendalam kepada kedua ibu bapanya. Menurut Siti Nur Atikah, arwah anaknya seorang yang peramah, suka bercakap, bergurau dan manja dengan semua orang.

Ads

“Arwah suka bercakap dan bergurau serta manja dengan semua orang. Masa sambut ulang tahun kelahiran ayahnya, dia paling seronok,” katanya.

Sementara itu, suaminya, Ibrahim Ghazali, 39, berkata anak mereka pergi meninggalkannya pada hari lahirnya.

“Anak saya itu berkali-kali menyanyikan lagu selamat hari lahir dan menyerahkan hadiah jam tangan dibeli isteri buat saya,” katanya.

Semoga Siti Nur Atikah dan seluruh keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.

Al-Fatihah buat semua mangsa yang terkorban. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

BACA LAGI : “Teruja Ambil Kereta Baru…” 6 Sekeluarga Maut Di Sungai Petani, Polis Minta Henti Spekulasi

Sumber : Kosmo

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Masih Teringat Bunyi Dentuman Kuat”, Dua Beradik Maut Terjatuh Dari Pangsapuri

Dua beradik jatuh pangsapuri di Tampoi, Johor Bahru mengorbankan seorang kanak-kanak perempuan dan kanak-kanak lelaki. Polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung tragedi menyayat hati ini.