Hobi & Minat

Trik Elak Buah Mangga Berulat & Busuk, Barulah Isi Ranum & Cantik

Share

Memang kecewa bila kupas mangga, buahnya busuk dan berulat. Dari luar nampak cantik tapi bila dikupas penuh dengan ulat. Ada juga buah yang luruh dan busuk walaupun belum masak.

Bila hasil buah mangga jadi begini memang mengecewakan. Punca buah mangga jadi buruk dan busuk adalah disebabkan akibat serangan lalat buah.

Buat perangkap lalat buah

Antara yang boleh dilakukan untuk mencegah serangan lalat ini adalah dengan membuat perangkap lalat buah menggunakan Petrogenol atau Methyl Eugenol.

Ia adalah sejenis hormon untuk memikat lalat buah supaya masuk dalam perangkap yang boleh dibuat dari botol air mineral.

Lalat buah akan masuk ke dalam perangkap dan tidak menyerang buah. Petrogenol boleh dibeli di kedai menjual racun serangga.

Trik Elak Buah Mangga Berulat & Busuk

Untuk membuat perangkap ini, alat yang diperlukan adalah botol air mineral, stapler, playar, pisau, batang besi dan kapas. Cara membuatnya adalah seperti berikut.

1. Potong 2 botol air mineral.

2. Masukkan sebatang besi di bawah botol, pastikan ia ditengah-tengah.

3. Bengkokkan hujung besi untuk meletakkan kapas yang dititis dengan hormon pemikat lalat ini.

4. Petrogenol atau Methyl Eugenol disapu pada kapas dimasukkan ke dalam botol air yang dibuat lubang di sekelilingnya.

Bergantung kepada angin dan keadaan sekeliling pokok, lalat buah jantan akan menghidu bau hormon tersebut seterusnya masuk ke dalam botol.

Bila masuk ia sukar untuk keluar dan seterusnya mati kerana bau yang sangat kuat dalam botol plastik. Bau feromon ini boleh tahan untuk beberapa minggu dan perlu disapu semula.

Barulah Isi Ranum & Cantik

Selain itu ada lagi beberapa petua yang dikongsi oleh netizen di Facebook untuk mengelakkan buah mangga berulat. Antaranya;

1. Letak beberapa biji panadol dalam kulit pokok mangga ataupun tanam Panadol pada pangkal pokok buah mangga. Lakukan ketika pokok sedang berbunga.

2. Bakar daun-daun yang luruh dan ranting di bawah pokok. Biarkan dahan pokok terkena asap tapi pastikan api jangan terlalu marak.

3. Bersihkan buah mangga yang jatuh dan busuk di bawah pokok supaya tidak menjangkiti buah yang elok.

4. Tabur garam anggaran sekaki dari pokok mangga.

Sumber: Samsoe Adhi

IKLAN