Memang kecewa bila kupas mangga, buahnya busuk dan berulat. Dari luar nampak cantik tapi bila dikupas penuh dengan ulat. Ada juga buah yang luruh dan busuk walaupun belum masak.
Bila hasil buah mangga jadi begini memang mengecewakan. Punca buah mangga jadi buruk dan busuk adalah disebabkan akibat serangan lalat buah.
Buat perangkap lalat buah
Antara yang boleh dilakukan untuk mencegah serangan lalat ini adalah dengan membuat perangkap lalat buah menggunakan Petrogenol atau Methyl Eugenol.
Ia adalah sejenis hormon untuk memikat lalat buah supaya masuk dalam perangkap yang boleh dibuat dari botol air mineral.
Lalat buah akan masuk ke dalam perangkap dan tidak menyerang buah. Petrogenol boleh dibeli di kedai menjual racun serangga.
Trik Elak Buah Mangga Berulat & Busuk
Untuk membuat perangkap ini, alat yang diperlukan adalah botol air mineral, stapler, playar, pisau, batang besi dan kapas. Cara membuatnya adalah seperti berikut.
Ads
1. Potong 2 botol air mineral.
2. Masukkan sebatang besi di bawah botol, pastikan ia ditengah-tengah.
3. Bengkokkan hujung besi untuk meletakkan kapas yang dititis dengan hormon pemikat lalat ini.
Ads
4. Petrogenol atau Methyl Eugenol disapu pada kapas dimasukkan ke dalam botol air yang dibuat lubang di sekelilingnya.
Bergantung kepada angin dan keadaan sekeliling pokok, lalat buah jantan akan menghidu bau hormon tersebut seterusnya masuk ke dalam botol.
Bila masuk ia sukar untuk keluar dan seterusnya mati kerana bau yang sangat kuat dalam botol plastik. Bau feromon ini boleh tahan untuk beberapa minggu dan perlu disapu semula.
Ads
Barulah Isi Ranum & Cantik
Selain itu ada lagi beberapa petua yang dikongsi oleh netizen di Facebook untuk mengelakkan buah mangga berulat. Antaranya;
1. Letak beberapa biji panadol dalam kulit pokok mangga ataupun tanam Panadol pada pangkal pokok buah mangga. Lakukan ketika pokok sedang berbunga.
2. Bakar daun-daun yang luruh dan ranting di bawah pokok. Biarkan dahan pokok terkena asap tapi pastikan api jangan terlalu marak.
3. Bersihkan buah mangga yang jatuh dan busuk di bawah pokok supaya tidak menjangkiti buah yang elok.
Ada antara kita menganggap ruang tangga tidak perlu diberi tumpuan dalam mencantikkan kediaman. Ini menjadikan ruangan tangga sering terlihat suram dan nampak biasa-biasa sahaja tanpa elemen wow.
Namun perkongsian daripada Hana Mkh ini berjaya memberi sisi berbeza pada gambaran ruang tangga. Nyata, nampak begitu ceria dan ada gaya dekorasi yang tersendiri.
Menariknya lagi, semua itu dihasilkan secara DIY dan bolehlah dijadikan inspirasi.
Nak tahu detail, baca perkongsian ini.
DIY transformasi tangga. So inilah hasilnya
Pasang vinyl, sticker dan cat sendiri.
Kami pasang vinyl 1 rumah tapi exclude tangga sebab mahal bebeno pula so decide DIY sendiri.
Selepas tranformasi
Bahan & kos
Vinyl Sticker RM209
L Profile RM117
Sticker RM79
Cat untuk tiles tak ingat huhu
Deco from ikea , ssf and some from shoppe
Melalui perkongsiannya juga ramai yang bertanya di mana untuk membeli sticker yang cantik dan ceria rekaannya itu.
Tanpa berahsia, Hana kongsikan kepada yang bertanya.
Begitu juga dengan pilihan lantai vinyl yang digunakan dibeli secara online.
Jadi buat anda yang ingin memberi gaya baru pada ruangan tangga bolehlah mencuba untuk lakukan transformasi seperti yang dikongsikan oleh Hana ini.
Sumber : Hana Mkh
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat pasangan ini menguruskan dan mendidik anak-anak mengikut acuan sendiri nyata memberi motivasi kepada ibu bapa lain. Tidak hairanlah setiap kali mengemas kini status terbaru di media sosial, ada sahaja pertanyaan dan permintaan daripada orang ramai yang ingin mereka berkongsi ilmu keibubapaan.
Tidak sekadar itu sahaja, pasangan ideal Dato’ Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina juga tidak menggunakan bantuan pembantu rumah dalam menguruskan anak-anak. Sebaliknya mereka lebih selesa melakukan sendiri sejak dahulu lagi.
Push anak belajar banyak benda
Senada dan sehati dalam segala hal, namun Dato’ Dr Sheikh Muszaphar sedikit ‘dominan’ terutama dalam mendidik anak-anak. Tegasnya, anak-anak perlu didedahkan dengan segala kemahiran sejak kecil lagi bagi memudahkan pada masa akan datang.
“Alahmdulillah, syukur kerana ini rezeki yang Tuhan berikan pada kami. Saya dan isteri memang suka anak ramai. Saya suka mendidik anak-anak ikut cara saya yang dipraktikkan hasil pembelajaran melalui ajaran ibu bapa saya dan juga sebelah Halina. Saya suka tonjolkan anak-anak dengan unsur kasih sayang selain ‘push’ mereka sehingga ke tahap maksima kerana kita tidak tahu potensi mereka yang boleh pergi.
“Saya mahu didik mereka dalam semua bidang termasuklah bab agama, akhlak, mengaji, belajar berenang, tekwando dan pelbagai lagi. Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak, demikian juga kami. Dalam hal ini, saya mengharapkan anak-anak akan jadi lebih baik daripada kami kelak. Awalnya isteri saya agak takut dan kesian kerana anak-anak masih kecil.
“Tetapi sebenarnya mereka suka jika apa yang kita suruh buat itu benda yang menyeronokkan buat mereka. Penerimaan Bella dan Tasha baik dan saya tidak suka mereka membazir masa begitu sahaja kerana pada saya setipa minit itu adalah pelajaran. Kebetulan juga kami berdua sibuk dengan kerja, kerana itu saya suka hantar anak-anak ke kelas untuk menambahkan kemahiran mereka.
“Pernah juga mak saya tegur kononnya biarlah anak-anak main tetapi bagi saya pelajaran juga satu corak permainan. Contohnya ke kelas menyanyi, persekitaran tersebut cukup menyeronokkan. Jadi, daripada situ mereka selesa dan seronok untuk belajar. Saya berimpian mahu melihat anak-anak mengikut jejak langkah kami dalam bidang kedoktoran. Kerana itu saya mendedahkan mereka dengan bidang perubatan ini sejak awal lagi.
“Tetapi andai suatu hari nanti mereka mahu memilih bidang lain, saya akur. Tetapi saya percaya jika kita didik dan asuh minda mereka sejak awal ke arah tersebut, maka saya yakin mereka akan menuju ke arah yang betul.
Take a break elak stress
Ditanya mengenai cabaran memiliki anak kembar, jelas Angkasawan negara ini lagi, memang sangat mencabar dan dalam masa yang sama terselit kebimbangan tidak mampu memberi kasih sayang sama rata.
“Memang stress dan kadang kala penat sangat kerana boleh dikatakan 24 jam kami menguruskan anak-anak sendiri. Saya bangun jam 2-3 pagi untuk susukan dan dodoikan anak. Pada saya suami kena banyak berkorban dan jangan harapkan isteri sahaja. Saya lebih suka berjaga malam dan biarkan Dr Halina tidur dan berehat. Pada saya, sebagaimana isteri berkorban begitu juga suami dan kedua-dua kena main peranan.
“Saya selalu pesan pada isteri, kalau penat ambil rehat dengan pergi keluar untuk ‘take a break’ walau hanya 30 minit. Tetapi jarang sebenarnya nak stress kerana penat macam mana sekali pun itu adalah sesuatu yang kami suka lakukan.
“Lagipun kembar memerlukan perhatian lebih terutama Noah yang agak kecil berbanding Adam. Jadi, dalam diam-diam saya susukan lebih supaya dapat naikkan beratnya dan Alhamdulillah tidak banyak beza kedua-duanya,” seloroh Dato’ Dr Sheikh Muszaphar lagi.
Parenting satu eksperimen
Mengakui masih baru dalam bab keibu bapaan, Dato Dr Sheikh Muszaphar tidak mengharapkan semua orang menerima kaedah yang dipraktikkannya itu.
“Ini cara saya dan kepada mereka yang tidak setuju tidak apa. Kerana proses parenting ini seperti satu eksperimen. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin kita sudah berikan yang terbaik tetapi hasilnya berbeza. Namun yang pasti saya sudah melakukan yang terbaik dan jika ada yang mahu mencontohi cara saya, maka boleh ikut.
“Keutamaan saya lebih pada keluarga dan bab memberi ceramah masih diteruskan cuma tidak mahu terima terlalu banyak. Soal penerimaan tawaran untuk anak-anak buat masa sekarang kami masih kawal lagi.
“Kami tidak mahu mereka didedahkan pada bidang komersil dan memilih produk yang bersesuaian dengan anak-anak,”jelas Dato Dr Sheikh Muszaphar yang mengakui kerjasama dan perancangan awal yang sistematik memudahkan dia dan isteri menguruskan anak-anak baik di rumah mahupun ketika bercuti dan sebagainya.
Sumber: Majalah Keluarga Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tanggapan negatif terhadap hospital kerajaan yang selalu dibandingkan dengan kehebatan perkhidmatan di hospital swasta perlu diubah oleh segelintir masyarakat.
Ini kerana ramai menyifatkan perkhidmatan di hospital kerajaan mengambil masa yang lama sekali gus beranggapan sikap kakitangan seolah-olah acuh tak acuh terhadap pesakit.
Terbaru, sebuah posting di laman Facebook yang kelihatan seorang doktor wanita sedang bertugas di Hospital Melaka mungkin sedikit sebanyak dapat menepis dakwaan tersebut.
Posting berkenaan dimuat naik seorang individu dikenali sebagai saudara Anwar
menerusi laman facebooknya menunjukkan Dr Lia melayan dengan menyuapkan makanan kepada pesakit warga emas tanpa berasa kekok seperti bapa sendiri
Dr Lia yang bertugas di wad D4 Ortopedik sanggup berdiri untuk beberapa minit bagi menunggu pesakit untuk menikmati makanan yang disuap dengan penuh sabar.
Posting Viral – Frontliner Contoh.
Dr. Lia wad D4 Ortopedik Hospital Melaka melayan pesakit warga emas tanpa segan silu dan kekok sepertimana ayah sendiri.
Siapa kata Hospital Kerajaan takde layanan VVIP? Just for your future reference kepada Ejen Insuran di luar sana.
Tolong jangan lagi katakan layanan buruk diberi oleh hospital kerajaan. Bukan semua orang layak dan mampu membeli pakej medical card anda. Saya juga ejen takaful dan insurance. Tetapi saya tidak pernah memburukkan KKM dan Hospital Kerajaan.
Rata-rata bersetuju dengan pendapat saudara Anwar dan memuji kebaikan dan keprihatinan doktor terhadap pesakitnya.
Huzaifah FaruqiSetuju bab layanan tu.. so far dekt hospital kerajaan lg detail.. cuma beza cpt or lambat Q je
Sue Amirtrus trng brpa bulan aku dok hsptal .. smua dktor memg baik .. nurse je la kdang2 ada kpla angin .. tp tk semua la.. kdang klo ada nurse wat perngai aku lapor je kat dktor.. nnt bru nurse tu tahu nk dsiplin kn dri .. tp aku btrma kasih ada dktor yg baik … aku ingt jasa dorg smpai mati smga dorang d tmpat kn d syurga nnt.. untk nurse yg brmasalah .. plez dsiplin kan dri kmi tahu anda stress tp kami pesakit bukn tmpat lpas kan geram anda
Supian TuahAamin sama2 tumpang kasih sayang ..yg pakcik lama Tak jumpa anak..doktor pulak lama Tak tinggok ayah Kat kampung…apa2 pun terbaik doktor ni ambil pahala sikit…amin
Zie Yahsetiap ape yg doctor tu buat allah akn bg ganjaran pahala yg besar. sye doa kn pd doc ini agar sentiasa d rahmati allah.aamiinnn
Mohd Diah Abu SamahMencari rezeki kerana Allah. Berkhidmat kerana Allah begitu lah sikap individu yg IKLAS. Syabas…Dr. Lia
Basri PhgSemoga Allah senantiasa merahmati hidup insan2 yg berhati mulia…
Wawa Mey WawaLagi ramai doc buat mcm ni lagi bagus.. Sekali sekala doc lg suap kn mknan utk pesakit.. Nurse dan ppk bole katakan hri2 suapkn mknan utk pesakit.. Jd tak salah doc lg suapkn 1 mgu sekli pn kira ok la
Akhirnya, terjawab sudah persoalan tentang rumah tangga pasangan pempengaruh, Cik Epal dan Jofliam, yang disahkan bercerai setelah satu dekad bersama.Cik Epal membuat pendedahan itu...