Baik dewasa mahupun kanak-kanak, cukup menyayangi dan hormat dengan Tuanku berdua, termasuklah anakanda pasangan DiRaja ini.
Manakan tidak, setiap kali rakyat ditimpang masalah, pasti kelibat tuanku berdua tidak ketinggalan menghulurkan bantuan.
Sejak dahulu lagi Agong sudah terkenal dengan sikapnya yang berjiwa rakyat. Sifat itu dikongsikan bersama belahan jiwanya, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sering menjadi tumpuan rakyat jelata.
Rata-rata kagum dengan sifat keperibadian pasangan diraja tersebut. Terbaru, seorang kanak-kanak berusia 9 tahun menterjemahkan rasa kasih dan hormat pada Tuanku Agong dan Permaisuri dengan menghadiahkan lukisan serta surat yang cukup comel dimata Tuanku berdua.
Ads
Kisah tersebut di muat naik oleh Tuanku Permaisuri menerusi laman instagramnya.
terima kasih @ifarahahmad …. cantek sangat n the cute letter … tuanku agong suka sangat !
Ads
Demikian kapsyen yang ditulis Tunku Azizah berserta gambar bersama Tuanku Agong yang memegang surat serta lukisan hadiah daripada kanak-kanak tersebut.
Rata-rata rakyat yang membaca perkongsian tersebut melahirkan rasa terharu atas penghargaan Tuanku berdua selain turut bersetuju dengan apa yang dikongsikan kanak-kanak berkenaan.
budak2 pun syg tuanku..apetah lagi kami❤️
khair2468 Ya Tuanku… rakyat Malaysia memang teramat sayang kepada Tuanku..❤️❤️❤️
Setiap kali memuat naik kisah anak kesyangannya di media sosial, pasti ramai yang memberi respond. Malah, memang semua menantikan perkembangan terbaru bidadari kecil hasil perkongsian hidup Ahmad Safiuddin dan Nurul Erwani Zaidi.
Terbaru, Ahmad Safiuddin memuat naik beberapa keping gambar bayi berusia 14 bulan itu yang kelihatan comel memakai tudung berwarna ‘peach’. Sangat comel, rasa geram nak cubit-cubit pipi tu. Menurut Ahmad Safiuddin, tudung tersebut diberikan oleh seseorang untuk di kecil Ainul Mardhiah.
Ada hamba Allah swt beri hadiah tudung kepada ainul. Cuba pakaikan ainul, terasa macam mula walid versi perempuan pulak 😄
Gambar muka je dapat ambil sebab atas bertutup, bawah ” Open ” 😂.
Thank you @fieitacollectionkids beri ainul hadiah ini.
Sementara itu, ibunya Nurul Erwani turut teruja dengan hadiah yang diberikan itu.
Apabila anak jatuh sakit hatta demam ringan sekali pun, kita sebagai ibu dan ayahlah orang yang paling bimbang. Pasti segera akan dirawat agar anak-anak kembali sembuh seperti sedia kala. Ini apatah pula bila berdepan dengan situasi anak alami kemalangan serius.
Benar, cukup hebat dugaan ini dan pastinya tidak tergambar betapa besarnya ujian yang ditanggung oleh keluarga Mohd Bukhari Zainal Anuar apabila berdepan dengan situasi cemas saat anak mereka dihempap peti sejuk. Dan kisahnya mendapat simpati daripada seluruh warganet. Segunung harapan, usaha dan doa dititipkan, agar keluarga dan anak kecil itu terus tabah.
Melihat posting terkini daripada ayahnya, sedikit sebanyak melegakan hati ramai pihak yang mengikuti perkembangan adik Fawwaz.
Syukur Alhamdulillah..Setelah hampir 3 minggu Muhammad Fawwaz Adli mendapat rawatan di Hospital, harini Fawwaz dah bule discaj..Terima Kasih Kepada ahli keluarga,sahabat-sahabat,jiran tertangga serta seluruh rakyat malaysia yg tak putus-putus berdoa dan memberi sumbangan kepada anak kami..Semoga Allah merahmati hidup kalian smua..Aminn.
Terdahulu kami ada berkongsi kisah tentang adik Muhammad Fawwaz Adli yang parah dihempap peti sejuk di rumah keluarganya yang terletak di Taman Cempaka, Nilai.
Perkembangan terbaharu adik Fawwaz yang dimuat naik di dalam perkongsian fb milik ayahnya, Mohd Bukhari Zainal Annuar. Ada dimaklumkan bahawa anaknya telah dibenarkan keluar wad setelah tiga minggu di rawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).
Menurutnya, biarpun Muhammad Fawwaz dibenarkan keluar wad, keadaannya tidak seperti dulu apabila tidak boleh berdiri dan bertutur. Ini adalah kesan kecederaan dialami di bahagian kepala dan keadaannya mungkin berlarutan untuk tempoh lama.
“Selain itu, anak saya memerlukan penjagaan rapi dan perlu makan menggunakan straw,” katanya ketika dihubungi oleh pihak Harian Metro.
Mohd Bukhari berkata, Muhammad Fawwaz sudah menjalani pembedahan sebelum ini dan perlu mendapatkan rawatan susulan di HTJS selepas ini.
“Selain rawatan susulan, saya akan cuba mendapatkan rawatan perubatan Islam sebagai ikhtiar memulihkan anak saya itu,” katanya yang reda dan tabah menghadapi ujian berkenaan.
Semenjak dua menjak ini cuaca cukup panas kita rasakan, bukan sahaja terasa bila berada di luar rumah bahkan di dalam rumah juga terasa bahangnya. Anak-anak tidak selesa dan menyebabkan kita seisi keluarga akan lebih kerap menggunakan penghawa dingin. Bahkan tidak dinafikan, bila cuaca panas kita juga menyebabkan kita mahu sentiasa minum air yang sejuk untuk menghilangkan dahaga. Jika ada penapis air tersedia, cukup memudahkan untuk dinikmati kesegarannya.
Pun begitu, tahukah anda dengan perubahan penggunaan alatan elektrik di rumah sepanjang tempuh cuaca panas ini secara tidak langsung akan memberi kesan pada peningkatan bil elektrik. Begitu juga dengan penggunaan mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutamanya ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.
Ini dijelaskan lagi oleh Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk dan alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.
“Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.
“Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Kompresor Lebih Kerap Berfungsi
Beliau berkata contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.
Ismail Lathifi berkata jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.
Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.
Langkah Penjimatan
“Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah,” katanya.
Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.
“Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik,” katanya lagi.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.