Tahukah anda, span yang kita gunakan seharian dirumah mahupun di premis makanan mungkin mengandungi bakteria yang berbahaya jika tidak dibersihkan dan diguna dalam masa yang lama.
?Rebus di atas dapur dengan api yang besar dlm masa 5 minit. ?Jika ada microwave lagi bagus. Rendamkan span di dalam air dan guna kepanasan yang tinggi selama 2 minit. ?Cara yang paling mudah, beli je span baru yang mesra pinggan mangkuk. Dalam erti kata lain, span itu mudah digunakan untuk membersihkan celah-celah bekas makanan yang susah untuk dicapai. Span haruslah ditukar sekurang-kurangnya 3 minggu sekali ya.
sumber : Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan WP Labuan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir ibu bapa merungut apabila melihat bebanan homework dan silibus pelajaran anak-anak.
Namun ada juga ibu bapa berfikiran sebaliknya yang merasakan ia ‘standard’ mengikut peredaran zaman.
Bagaimanpun, jauh disudut hati, sudah tentu ibu bapa bimbang melihat anak-anak yang masih kecil perlu mengikuti silibus pelajaran yang berbeza era persekolahan 80an.
Tambahan pula situasi persekitaran dalam kelas yang padat yang menyukarkan daya tumpuan kanak-kanak untuk fokus kepada pelajaran.
Apa juga luahan, prosedur berkenaan telah ditetapkan oleh pihak yang dipertanggungjawabkan, namun tidak salah jika ada yang melontarkan coretan sekadar ‘buah fikiran’ untuk kebaikkan bersama demi generasi muda yang bakal menjadi pemimpin akan datang.
Selanjut ikuti coretan seorang guru, Mohd Fadli Salleh mengenai hal ini.
“Cikgu. Cikgu kata silibus kita padat dan tinggi. Tapi bukankah ia sesuai dengan zaman semasa dan selari dengan negara maju yang lain? Takkan nak biarkan silibus kita makin mundur pula?”
Baik. Begini. Ada betulnya apa yang tuan cakap. Cuma perlu berpijak pada realiti. Jangan hanya nak samakan silibus sahaja dengan zaman dan negara maju yang lain. Perlu samakan fasiliti, masa mengajar, kemudahan juga.
1. Jumlah murid di negara kita dalam satu kelas lebih 40 orang. Bahkan ada yang cecah 50 orang. Negara maju seperti Finland dan Sweden, sekelas cuma 20-25 sahaja.
Bab kapasiti murid dalam kelas yang padat memang akan mempengaruhi cara pengajaran guru dan pembelajaran murid. Ia memberi impak besar dalam kefahaman murid.
2. Masa belajar Matematik di China ialah 15 jam seminggu. Di Malaysia cuma dua jam setengah. Ya, 5 waktu sahaja seminggu bersamaan 2 jam setengah sahaja. Kurang 6x ganda dari masa murid di negara China belajar!
Mana mungkin orang yang belajar 2-3 jam seminggu nak lawan orang yang belajar 15 jam seminggu?
3. Fasiliti dalam sekolah pun kita jauh ketinggalan. Negara maju siap ada pembantu guru untuk membantu pembelajaran. Capaian internet mereka, penggunaan smart board dan kelengkapan sekolah memang dah maju seiring zaman.
Kita? Meja guru tahun 60an lagi pun ada sekolah yang masih guna. Kerusi meja murid tu yang dah entah berapa puluh tahun pun masih ada sekolah guna. Patah, repair.
Internet? Bukan semua tempat capaian internet laju. Semua orang tahu.
Jadi, hanya silibus sahaja laju nak sama dengan negara maju, sedangkan fasiliti, size kelas, masa mengajar tak sama bagaimana nak capai kecemerlangan sama dengan mereka?
Umpamanya kita nak kereta selaju Ferrari, tapi cuma ambil enjin Ferrari sahaja. Lepas tu enjin tu dimasukkan dalam kereta Kancil.
Mana maunya kereta Kancil pergi macam kereta Ferrari. Kata ore Kelate, “Relai sekateh-sekateh boh”.
Dalam pada itu, netizen juga meluahkan perkara yang sama, simpati melihat anak-anak dengan sillibus yang makin sukar. Antara komen netizen.
” Masa di Sarawak dulu, ada sekolah yang kelasnya sampai kena bahagi dua sebab murid terlampau ramai. Maka buatlah divider di tengah-tengah kelas.”
“Terperanjat tgk silibus skrg.”
“Betul tu cikgu…satu hari ada 5 subjek…kesian juga budak nk kejar…pastu satu subjek ada 2 buku tebal, x masuk buku tulis…klu darjah satu, besar beg dari org.”
Apa yang pasti, begitulah cabaran buat anak-anak untuk terus menuntut ilmu agar menjadi ‘orang’ yang berguna kepada keluarga dan masyarakat. Moga kita terus istiqomah mendidik anak-anak.
Andai ingin berbuka puasa di luar bersama keluarga, cuba fikirkan sedalam-dalamnya.
Perkongsian daripada doktor ini wajar kita ambil serius agar keluarga kita tidak terdedah dengan bahaya jangkitan covid-19. Apatah lagi kini restoran makanan telah beroperasi seperti sedia kala.
Jom baca perkongsian bermanfaat ini.
Rupa-rupanya, Covid-19 boleh tersebar lebih jauh di dalam restoran.
Mari kita ambil iktibar.
Satu kejadian kluster di sebuah restoran di Guangzhau, China telah menunjukkan bagaimana kesan pengudaraan yang tidak baik dan penggunaan penghawa dingin boleh menyebabkan penyebaran Covid-19 lebih jauh dari yang disangka.
Dalam kejadian tersebut, seorang individu yang dijangkiti Covid-19 telah duduk di meja A.
Beliau tidak menunjukkan sebarang gejala dan telah menyebabkan jangkitan pada 9 pelanggan restoran yang lain.
Kajian mendapati, tiupan penghawa dingin telah menyebabkan titisan air yang mengandungi virus terbang dari meja C ke meja A dan kemudiannya sampai ke meja B.
Lagi teruk, pelanggan perlu membuka topeng muka semasa makan dan biasanya akan berbual. Ini menjadikan restoran satu tempat yang berisiko untuk berlaku penyebaran virus.
Kejadian kluster ini menunjukkan:
📌 Kepentingan pengudaraan dalam restoran
📌 Kepentingan pelanggan restoran untuk memberi maklumat peribadi kepada restoran
📌 Risiko meningkat bila kita makan di dalam restoran yang berhawa dingin.
Pilihan yang kita ada:
✅ Pilihlah untuk bawa pulang makanan
✅ Guna perkhidmatan e-hailing
✅ Masak sendiri di rumah.
Sumber:1) Lu J, Gu J, Li K, Xu C, Su W, Lai Z, et al. COVID-19 outbreak associated with air conditioning in restaurant, Guangzhou, China, 2020. Emerg Infect Dis. 2020 Jul
2) Public Health Malaysia
sumber : Redza Zainol
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Makanan pedas pembuka selera. Ibarat makan lauk tak bergaram, demikian perumpamaan yang boleh dikaitkan apabila tiada rasa pedas. Sehinggakan ada yang menggigit cili padi iuntuk menambahkan selera.
Malah, di Malaysia ramai yang terbabit dengan cabaran makan makanan pedas tanpa mengetahui risiko mengundang pada kesihatan masing-masing.
Pedas sebenarnya bukan rasa tetapi kesakitan. Capsaicin juga menyebabkan kerengsaan.
Pengambilan cili yang mengandungi capsaicin boleh menyebabkan inflamasi (radang) dan kerengsaan pada perut serta saluran gastrointestinal manusia.
Jika seseorang telah mempunyai masalah gastritis dan ulser, pengambilan capsaicin akan menyebabkan situasi tersebut bertambah teruk. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkenaan isu ini.
Saya rasa, dah tiba masanya kita hentikan trend menu makanan pedas melampau, dan cabaran makan makanan pedas.
Ia trend yang boleh menjejaskan kesihatan.
Makanan pedas memang sedap, dan menyelerakan. Namun, bila dah terlalu pedas, mana datang nikmatnya?
Biasanya, bila dah terlalu pedas, orang akan makan laju-laju! Kunyah pun ala kadar je. Ini sesuatu yang tak bagus untuk. Penghadaman makan bermula dari mulut. Di mulut makanan perlu dihancurkan secara fizikal, iaitu dikunyah.
Selain itu di mulut pencernaan kimia juga berlaku. Enzim amilase dari air liur diratakan pada makanan semasa dikunyah. Fungsi enzim ni adalah untuk menguraikan kanji kepada unit karbohidrat yang lebih kecil atau gula ringkas.
Apabila tak kunyah sempurna, pasti penghadaman dan pencernaan terjejas. Jadi kita tak dapat sepenuhnya zat dari makanan yang kita makan. Rugi, kan?
Lazimnya semasa dan selepas makan makanan pedas, kita minum air dengan sangat banyak. Ini juga amalan yang tidak baik. Kita akan cenderung untuk isi perut, lebih daripada kapasiti maksimum perut kita.
Makan lebih kapasiti, serta makanan pedas ini menyumbang kepada faktor yang menyebabkan gastroesophageal reflux disease (GERD), iaitu kondisi dimana asid melimpah ke esophagus. Ia menyebabkan pedih ulu hat dan sendawa berasid.
Selain GERD, makan makanan terlampau pedas juga dikaitkan dengan keradangan perut(gastritis), ulser perut, dan buasir. Makanan pedas tidak menyebabkan penyakit-penyakit ini, tetapi ia akan parakan kondisi itu jika orang itu sudah sedia ada memilikinya.
Kalau dah tahu ada gastritis, ulser, dan buasir kenapa nak makan juga makanan terlalmpau pedas ni?
Kerana ada cabaran-cabaran internet yang mengajak kepada hal itu. Kononnnya jika seseorang yang sahut cabaran tahan pedas lampau ni, dia akan dianggap hebat dan dipandang kool.
Siapa yang tanam anggapan ini? Kitalah! Kita yang menyemai persepsi itu melalui media sosial, dibantu oleh industri makaman dan minuman, sama ada perusahaan kecil mahupun syarikat gergasi.
Berlawanan-lawan nak keluarkan menu yang paling pedas! Sampai ada pelanggan yang sakit perut berguling-guling, cirit-birit berterusan, dan buasir berdarah.
Jadi, kita jugalah bertanggungjawab untuk hentikan benda ni. Tak usahlah buat cabaran-cabaran tu semua lagi. Tak usah makan menu terlampau pedas. Makan pedas-pedas manja sudahlah. Haha!
Adinda kepada Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Datin Paduka Tengku Putri Arafiah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah mangkat di kediaman beliau yang terletak...