Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Maksud pepatah ini sangat sesuai bila dikaitkan dengan rezeki yang diperolehi oleh seorang pemuda yang berasal dari Selangor ini apabila namanya terpilih menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini.
Umum mengetahui kerajaan Arab Saudi telah mengenakan beberapa syarat khas bagi melindungi daripada penularan pandemik COVID-19. Kerajaan Arab Saudi memutuskan ibadah haji bagi tahun ini dihadkan hanya untuk warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang telah berada dalam negara tersebut sahaja.
Memetik berita di Harian Metro, Ahmad Najhan yang juga seorang jururawat wad pembedahan di Hospital Pakar King Faisal, Jeddah antara 263 rakyat Malaysia berdaftar dengan Kedutaan Malaysia yang dipilih menunaikan haji menggunakan kuota Arab Saudi.
“Saya bersyukur dan menangis sebaik diberitahu nama saya terpilih dalam kalangan 60,000 jemaah haji kuota Arab Saudi untuk menunaikan rukun Islam kelima ini,” kata Ahmad Najhan Hassim, 30.
Berkat Jaga Orang Tua
Bagaimanapun, dia menganggap tuah itu kerana berkat menjaga arwah ibu bapanya sebelum dia memilih untuk berangkat ke Arab Saudi untuk bekerja.
“Sebaik nama saya terpilih, saya terus terbayang di fikiran wajah ibu dan bapa yang sudah meninggal dunia.
“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang beriman,” katanya ketika dihubungi menerusi Facetime, hari ini.
Dia yang berasal dari Taman Seri Gombak, Selangor berkata, dia terpilih bukan atas tiket paramedik atau petugas kesihatan tetapi sememangnya sebagai jemaah haji untuk 2021.
“Syarat untuk jemaah haji dibuka kepada mereka yang berada di Arab Saudi iaitu bekerja dan bermastautin di sini.
“Saya difahamkan, lebih 500,000 permohonan diterima, hanya 60,000 dipilih dan daripada jumlah itu 263 adalah rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sini,” katanya.
Ads
Terpilih Tunai Rukun Islam
Menurutnya, dia mendaftarkan diri pada 13 Jun lalu dan dua minggu lalu menerima perkhabaran gembira dia dipilih menjadi tetamu Allah itu.
“Mungkin ini berkat dan jasa saya menjaga arwah ibu dan bapa yang meninggal dunia 2014 akibat sakit tua.
“Saya tidak boleh mengupah haji untuk mereka sebab saya sendiri kali pertama menunaikan ibadah ini,” katanya yang masih bujang.
Anak ketujuh daripada lapan beradik itu berkata, dia pun tidak menyangka dalam usia 30 tahun dan cabaran menghadapi pandemik itu dia terpilih menunaikan rukun Islam itu.
“Sebenarnya saya sudah membuat permohonan sejak tahun lalu menggunakan kuota kakitangan hospital.
“Tetapi tahun lalu, hanya seorang saja dari hospital kami dapat panggilan ini.
Ads
“Saya percaya jika belum rezeki dan panggilan Allah belum tiba buat kita, kita mohon macam mana sekalipun pasti bukan rezeki kita,” katanya.
Menurutnya, dia berpuas hati dan memuji pengurusan cekap Kementerian Haji Arab Saudi yang menguruskan jemaah dengan sangat lancar dan teratur.
“Alhamdulillah kita perlu akur dengan keadaan semasa, pengurusan yang sangat teratur dan khemah semua mempunyai penghawa dingin.
Foto : myMetro
“Malah, saya menggunakan pakej ‘semi VIP’ berharga sekitar RM14,000 dan diharap semuanya dipermudahkan,” katanya.
Menurut Ahmad Najhan yang sudah tiga tahun bekerja di Arab Saudi, syarat menunaikan haji kali ini perlu lengkap menerima dua dos vaksin jenis Pfizer atau Astrazeneca dan tidak perlu melakukan ujian calitan.
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Kipas bila kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat.
Kita pula bukanlah banyak masa dan rajin sangat nak mencuci kipas selalu, sementelah nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Ini tip mudah dan paling senang untuk elak habuk melekat sekaligus, tak perlulah nak cuci kipas selalu.
Ini cara yang mudah untuk korang buat supaya habuk tak lekat dah pada bilah dan jaring kipas. Yup, ia bukan omongan kosong, bahkan kosnya murah yakmat, alaa gunakan pelembut fabrik dan cuka makan yang ada di rumah jer. Caranya: 1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa. 2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain.Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan. 3. Kacau sebati dan korang masukkan ke dalam botol berspray supaya lebih senang nak digunakan. 4.Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas. 5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab. 6. Keringkan. Yayyy, kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat! 7.Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali.Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.Hu2
Senangkan? Korang ada tips lain tak untuk bersihkan habuk pada kipas ni??
Selamat mencuba!
Kredit: Alosnida Musa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Tiada apa yang cukup menggembirakan hati ibu dan ayah bila dapat melihat anak-anaknya berjaya. Begitulah apa yang dirasai oleh Dato Awie dan Arni Nazira Anua apabila puteri sulung mereka telah pun menamatkan pengajiannya di peringkat diploma dalam jurusan Pengurusan Acara daripada institusi Management & Science University (MSU).
Meskipun antara Awie dan Arni Nazira telah pun membawa haluan masing-masing, namun perihal Puteri Aleeya Antasha, 22 dan Puteri Aleefa Antasha, 20 tetap menjadi keutamaan bagi mereka berdua.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Sekali gus menjadikan momen majlis konvokesyen ini lebih bermakna apabila Awie dan Arni turut ada di sana sebagai memberi tanda sokongan di hari bermakna buat puteri mereka.
Bercerita lanjut di atas kejayaan tersebut, Arni Nazira meluahkan rasa syukur. Bukan sahaja kerana anaknya tamat belajar malah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Akademik Terbaik pada majlis konvokesyen tersebut.
“Saya bersyukur dan bangga dengan Aleeya kerana impiannya untuk membuktikan dia boleh berjaya dalam pelajaran termakbul.
“Mummy dan Daddy doakan moga kakak dan semua adik-adik terus berjaya dalam semua bidang yang diceburi. Mudah-mudahan kakak dan semua adik-adik terus cemerlang di dunia dan akhirat. Syukur ya Allag di atas segala kurnia”, ujarnya.
Penyanyi lagu Cinta Antara Benua turut menitipkan doa agar anak-anak terus mengukir kecemerlangan dalam pelajaran dan bidang yang diceburi.
Warga maya menzahirkan ucapan tahniah atas kejayaan yang dicapai Putri Aleeya Antasha. Bahkan tidak kurang juga yang tertarik dengan kejelitaan dan wajah seiras dua beranak itu.
“Alhamdulillah. Tahniah buat untuk Mummy Arni dan Kakak. Semoga ilmu diperoleh kakak selama ini bermanfaat di dunia dan akhirat, aamiin.”
“Tahniah Kakak Putri dan mummy @arninazira.”
“Tahniah, ingatkan Arni tadi. Copy paste mamanya”
“Seiras dengan mummy.”
“Subhanallah, salin tidak tumpah muka Arni semasa muda.”
“Mula-mula ingat Arni. Apabila tengok gambar yang lain baru tahu. Copy and paste betul. Alhamdulillah dan tahniah.”
Dalam merancang kewangan keluarga untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan di masa akan datang, ada banyak perkara perlu segera dilakukan pada masa kini.
Ini penting untuk memastikan walau dalam kegawatan yang menghimpit, agar kita masih boleh lalui dengan tidak terasa begitu terkesan. Sebagaimana peribahasa Melayu ada menyebut, sediakan payung sebelum hujan. Perlu beringat!
Untuk itu, digariskan antara 10 perkara yang boleh anda lakukan segera pada masa ini demi masa depan yang lebih terjamin sebagaimana perkongsian saudara Harith Faisal.
Bagi saya senang saja. Kalau kau belum ada simpanan kecemasan 6 bulan sekarang ni, maksudnya tahap kewangan kau memang teruk. Ini sangat serius!
Nak hadap ekonomi yang bakal gawat dalam keadaan macam tu, memang kau bakal terciduk dan kalah awal. Better kau buat 10 benda ni cepat-cepat.
1. Kalau ada lebih daripada satu rumah, jual satu rumah yang dah naik harga dan hasil untung jualan tu boleh create simpanan kecemasan kau untuk 12 bulan terus. Barulah berbaloi jual rumah, kan.
2. Kalau kau ada satu saja rumah, mahal pula tu. Bayaran bulanan lebih 30% daripada gaji seisi rumah, baik kau berjaga-jaga. Hilang pekerjaan, jenuh nak bayar nanti. Standby mindset untuk sewakan rumah kau tu dan kau sewa pula rumah lain yang jauh lebih murah, kalau perlu.
3. Cuba-cuba cari side income yang boleh cover at least 50% daripada komitmen dan expenses bulanan. Langit tak selamanya cerah. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.
4. Of course kena cari ilmu skill sale dan marketing. Tak kisahlah offline atau online. Bila kau mahir skill ni, kau boleh jual apa saja.
5. Downgrade kereta kalau dirasakan perlu. Iyalah, selama ni kau selesa berkereta mewah, sampai simpanan kecemasan 3 bulan pun tak ada. Teruk betul perangai. Tak ada orang tegur kot selama ni.
6. Sit down dan berbincang dengan pasangan. Buat semula kira-kira komitmen dan belanja bulanan. Mana yang boleh kau potong, potong sajalah. Dah stabil nanti, kau pasanglah balik.
7. Benda ni tak popular. Tapi kena sebut juga. Allocate sedikit duit kau untuk sign up plan takaful dan juga medical card. Utamakan kau dan pasangan dulu. Then barulah anak-anak.
8. Kurangkan bergaul dengan kawan-kawan yang jenis boros. Kalau kau jenis kuat iman, tak mudah terpengaruh tak apa. Tapi biasanya memang tewas bila kau minoriti. Sedar diri.
9. Semua ni kau kena buat tak lain tak bukan untuk naikkan simpanan kecemasan kau daripada kosong kepada 6 hingga 12 bulan. Serius wei, kalau kau ada simpanan kecemasan 12 bulan hidup kau lebih tenang. Tak percaya, boleh cuba buat bermula esok hari ya.
Kalau dah berjaya nanti, baru ucap terima kasih kat saya.
Ibu sebak anak maut dihempap pokok kelapa sawit -"Dia pakai cantik, wangi sangat." Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menemui ajal selepas ditimpa sebatang pokok kelapa sawit yang telah reput di Kampung Parit Wak Katek, Sanglang, dalam kejadian sekitar jam 11.30 pagi Selasa.