Beberapa hari yang lalu, kita dikejutkan dengan berita artis terkenal Hong Kong iaitu Abby Choi yang dilaporkan hilang oleh rakan baiknya.

Selepas pencarian dibuat oleh pihak berkuasa mendapati bahawa artis wanita dan juga model terkenal itu telah dibunuh dengan kejam oleh bekas suaminya sendiri.

Lebih memeranjatkan apabila pihak berkuasa menemui tubuh badan artis itu dalam keadaan terpisah di mana terdapat beberapa bahagian tubuhnya di simpan dalam peti sejuk.

Manakala kepalanya pula telah ditemui dalam sup yang di masak oleh keluarga itu. Ianya telah disahkan oleh pihak forensik apabila menemui tisu manusia dipercayai milik Abby Choi dalam periuk masakan itu.

Menurut laporan, kepala mangsa berusia 28 tahun itu ditemui dalam keadaan rambut sudah tidak melekat pada tengkorak kerana telah dimasak.

Bukan itu sahaja, pihak forensik Hong Kong juga menemui sejumlah kecil daging cincang, bersama lobak merah dan lobak hijau.

Selain itu, polis turut menemui tulang rusuk di dalam salah satu periuk berkenaan kerana dipercayai dalam cubaan untuk menghancurkannya.

Daripada siasatan yang dibuat, bekas suami kepada model berkenaan yang dikenali sebagai Alex Kwing merupakan salah seorang suspek utama dan berjaya diberkas di sebuah jeti apabila cuba melarikan diri.

Heboh diperkatakan media, bekas suaminya, Alex Kwong akhirnya berjaya ditahan di kawasan dermaga Tung Chung pada Sabtu.

IKLAN

“Kami percaya dia mungkin sedang menunggu bot laju sebagai cubaan untuk melarikan diri,” lapor South China Morning Post memetik sumber rapat dengan pihak berkuasa sambil menambah Kwong turut membawa wang tunai HK$500,000 (RM282,532) dan beberapa jam tangan mewah bernilai kira-kira HK$4 juta (RM2.3 juta) bersamanya.

[TRENDING] Meremang Bulu Roma Dengar! Nyanyian Adik MZ Sekali Lagi Tarik Perhatian

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Bekas keluarga mentua kepada mendiang turut disyaki terlibat menjadi dalang dalam jenayah ini malah lokasi kejadian juga disewa atas nama bapa bekas mentuanya.

Polis Hong Kong menyifatkan kejadian itu sebagai pembunuhan terancang susulan penemuan pelbagai bukti jelas di sebuah rumah di perkampungan Lung Mei Tsuen di Tai Po yang terletak di pinggir bandar raya tersebut.

Jurucakap polis, Alan Chung mengesahkan sepasang kaki mangsa ditemui di dalam sebuah peti sejuk. Menurutnya, rumah itu turut dilengkapi dengan gergaji elektrik dan pengisar daging, namun tidak mempunyai sebarang perabot.

IKLAN

“Kami percaya kediaman itu disewa semata-mata untuk melupuskan mayatnya. Dua bekas mengandungi tisu manusia ditinggalkan di lokasi kejadian. Bahagian badan dan tangannya juga belum ditemui,” jelasnya lagi.

Menurut sumber, kejadian ini berlaku apabila terdapat salah faham antara kedua-dua pihak di mana Abby Choi yang selama ini telah menjaga kebajikan dan menanggung bekas keluarga mentuanya dan bekas suaminya ini bercadang untuk menjual kediaman yang diduduki oleh mereka bagi tujuan pelaburan dan akan menggantikan rumah lain sebagai ganti.

Apartment yang diduduki mereka ini telah disediakan oleh Abby Choi walaupun dia telah berpisah dengan bekas suaminya itu.

Menurut akhbar Sinar Harian, wanita itu membeli hartanah di Kadoorie Hill di Ho Man Tin, sebuah kawasan kejiranan mewah di tengah Kowloon di bawah nama bekas bapa mertuanya.

IKLAN

Difahamkan, nilai pasaran hartanah itu dianggarkan berjumlah HK$45 juta (RM25.4 juta).

Pada tahun lalu, Abby memaklumkan rancangannya untuk menjual hartanah mewah tersebut.

Wanita jelita itu juga berjanji untuk menempatkan keluarga bekas suaminya ke kediaman lain, namun rancangan itu mencetuskan bantahan daripada mereka hingga membawa kepada pertengkaran mulut.

Berita kehilangan Abby Choi ini juga dikaitkan dengan bekas abang iparnya yang juga merupakan pemandunya. Dia turut didakwa atas tuduhan membunuh.

[TIP KEWANGAN]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Tubuh Ditemui Terpisah, Di Simpan Dalam Peti Sejuk, Kepala Ditemui Dalam Sup. Artis Terkenal Jadi Mangsa Tamak Bekas Suami Dan Keluarga Mentua

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI