Tukar duit raya guna khidmat ‘runner’, UAI kongsi cara nak elak riba. Meskipun menukar not kertas untuk duit raya menjadi amalan biasa, terdapat situasi tertentu yang boleh membawa kepada riba jika tidak dilakukan dengan betul.
Tukar Duit Raya Guna Khidmat ‘Runner,’ UAI Kongsi Cara Nak Elak Riba
Menukar wang kecil untuk dijadikan sebagai duit raya antara persediaan yang dilakukan untuk menyambut hari raya. Bagi yang sibuk, mereka akan menggunakan khidmat ‘runner’ bagi tujuan tersebut.
Namun timbul persoalan, apakah dibolehkan umat Islam menggunakan perkhidmatan ini? Ada yang mengatakan ia termasuk dalam unsur riba, benarkah begitu?
Menjawab persoalan tersebut, pendakwah Ustaz Azhar Idrus menjelaskan, hukum menggunakan khidmat untuk tukaran duit raya ini bergantung kepada pelaksanaannya.
“Jika tukaran RM100 dan hanya mendapat RM98 kerana RM2 itu dikira upah, maka haram hukumnya. Itu riba namanya.
Bagaimanapun katanya, khidmat upah tersebut diharuskan sekiranya tukaran tersebut sama nilainya selain bayaran upah dibuat selepas tukaran selesai.
“TUKAR DUIT RM520 DENGAN RM500, PERTUKARAN ITU TIDAK BETUL DAN HARAM. KENA TUKAR RM500 DENGAN RM500 JUGA DAN SELEPAS ITU BERI RM20 KERANA UPAH, ITU BARU BETUL (DIHARUSKAN),” HURAINYA.
Situasi tersebut sama juga hukumnya dengan tukaran wang kecil untuk tujuan lain selain duit raya.
Ads
Bagaimanapun ada dua syarat yang perlu dipenuhi ketika menukar duit tersebut agar kita tidak terlibat dengan riba.
Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, dua syarat tersebut ialah mesti sama kuantiti tukaran dan dilakukan secara serta-merta.
“SEKIRANYA KUANTITI TUKARAN TIDAK SAMA, MAKA TRANSAKSI TERSEBUT TERGOLONG DALAM KATEGORI RIBA AL-FADL.
“Sekiranya terdapat syarat menangguhkan bayaran atau penyerahan barang, maka ia tergolong dalam kategori riba an-Nasiah,” katanya seperti disiarkan dalam laman rasminya yang bertajuk Al-Kafi #1847: Jenis-jenis riba di sisi mazhab Syafie.
Katanya lagi, selain itu terdapat juga transaksi yang niat asalnya dilakukan secara serta-merta namun terlewat dari sudut penyerahan barang.
Ads
“Sekiranya hal ini berlaku, transaksi tersebut tergolong dalam kategori riba al-Yadd iaitu riba yang berlaku disebabkan lewat menyerahkan barang walaupun tidak diletakkan syarat penangguhan.
“Akhirnya, menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk memastikan setiap jual beli yang dilakukan tidak terjerumus dalam kancah riba yang diharamkan oleh ALLAH dan rasul-NYA,” katanya.
Umumnya kita sebagai ibu, ‘masak’ sangat dengan perangai anak-anak. Jadi tidak hairanlah mudah sahaja untuk tangani emosi anak-anak agar kembali positif dan ceria.
Namun pernah tak kita tertanya pada diri sendiri, adakah kita kenal dengan perangai kita?
Menurut Doktor Kamarul Ariffin, bila seorang ibu itu tahu dan kenal diri mereka dengan lebih baik, itu adalah cara agar seorang ibu itu mudah untuk cas balik ‘bateri emosi’ menjadi lebih positif, bersemangat dan ceria.
Kenalpasti
– Extrovert ke
– Introvert ke
Ibu Extrovert ni biasanya suka :
– berkawan
– suka beramah mesra
– suka bertegur sapa
– suka berziarah ke sini sana
Kenapa?
– kerana Ibu yang Extrovert ni dapat energy & semangat bila bersilaturrahim dan bercampur dengan orang lain
Ibu Introvert pula biasanya suka :
– menyendiri
– dilihat sebagai suka berahsia
– agak pendiam
– kadang dilihat agak serius
– suka bersembang dengan satu orang sahaja pada satu masa
– suka percakapan yang ‘deep’ dan bermakna sahaja
Kenapa?
– Kerana ibu yang introvert ni dapat energy & semangat bila mereka bersendirian
Kadang walaupun kita Introvert, ada juga sisi Extrovert kita. Kadang walaupun kita Extrovert, ada juga sisi Introvert kita.
Bila kenal diri, mudah kita nak cas balik ‘bateri emosi’ kita yang sudah habis dan kosong.
Ada masa kita kena ambil Me Time dengan bersendirian. Ada masa kita kena ambil Me Time dengan mencari kawan.
Know yourself. Take care of yourself. Fill your cup first. You can’t pour from an empty cup.
Mendidik anak-anak diakui bukanlah kerja mudah malah sering kali juga kita sebagai ibu bapa berdepan dengan perkara-perkara yang memeningkan kepala. Apatah lagi, bila anak semakin remaja, semakin besar pula cabarannya.
Malah jika perasan mak-mak kita dulu selalu berpesan, bila ada anak perempuan jangan ambil mudah. Menjaga anak perempuan tidak sama dengan anak lelaki.
Pasti ada sebab dan kewajarannya ibu-ibu kita terdahulu berpesan begitu. Apatah lagi di zaman sekarang, kita sendiri merasakan kepayahan dan cabaran mendidik anak-anak yang terbuka mindanya dengan dunia tanpa sempadan. Apa yang pasti cabaran ibu bapa masa kini cukup hebat dan kita harus persiapkan diri dengan ilmu keibubapaan yang sempurna.
Menyedari perkara ini, ada baiknya kita pelajari beberapa tip mendidik anak perempuan yang dikongsikan oleh Puan Nurul Ilyani untuk manfaat dan info bersama.
Tip didik anak perempuan
Elakkan menjadi ibubapa ‘unavailable. Tanda kita ibubapa ‘unavailable’ kepada anak perempuan kita:
+Kurang sentuhan fizikal (tiada pelukan, pujukan, sentuhan) +Tidak respon pada tangisan anak-anak. +Emosi yang tidak sesuai kepada anak +Literal abandonment
Kesannya
1.Kesannya anak perempuan menjadi orang yang dahaga emosi/dahaga perhatian, kasih sayang.
2. Yang ada rezeki, anak perempuan mencari ahli keluarga lain seperti, makcik, pakcik, atuk, nenek.
3. Yang tidak bernasib baik, jadi orang yang ’emotionally hungry’ sampai besar.
4.Jadi orang yang suka menepek, ‘clingy’ dengan kawan, asyik risau orang tak sayang dia, tak kisah dia, tak nak kawan dia.
Kesimpulannya
Jadi, mulai sekarang kita penuhi emosi anak perempuan kita. ‘Let’s feed the emotion of our daughters’. Jangan sampai dia menepek/ ‘clingy’ dengan lelaki lain yang bukan mahram. Masak kita.