“Tukar Plan Operate,  Banyak Luka. Paling Sakit Kata Bidadari.” Ebit Lew Sebak Throwback Kisah Isteri Bersalin!

Share

Besar pengorbanan seorang wanita bergelar isteri. Lebih-lebih lagi apabila diri mengandung. Seawal kehamilan pelbagai cabaran dan dugaan terpkasa ditempuhi.

Saat melahirkan ibarat nyawa dihujung tanduk, antara hidup dan mati. Namun seorang ibu sanggup mengambil risiko demi melahirkan zuriat.

Dalam satu perkongsian di laman media sosialnya. Ebit Lew berkongsi kisah bagaimana isterinya bertarung nyawa demi melahirkan anak mereka.

Kisah tersebut dimuat naik sempena majlis ulang tahun kelahiran anak kedua mereka baru-baru ini.

Selamat hari lahir anakku Rayyan Huzaifah Lew 29 Dis. Anak ke 2. I love you anakku😘. Ya Allah diriku sayang padanya. Sayanglah padanya.

Masa melahirkan Rayyan Lew berat 4.6kg. Bidadari saya ingat nak melahirkan normal. Sekali sakit sangat dan tak keluar. Waktu tu semua dah risau sangat. Saya pegang tangan bidadari saya. Menjerit sakit. Dr pun dah cuba bantu.

Tiba-tiba tukar plan kena operate. Sakit dan dah banyak luka. Lepas tu banyak luka sakit. Kena papah ke bilik air. Paling sakit kata bidadari saya.

Besar pengorbanan bidadari saya. I love you bidadariku sayang.Terima kasih Allah. Wahai anakku jaga solat awal waktu. Jadi anak soleh yer. Semoga Allah jaga dan pelihara dirimu dan menjadi matahari kebaikan dan hidayah.

Terima kasih Paramount Coffee House Conezion Putrajaya. Best semua tadi. Tq sambut hari lahir anak saya.

IKLAN