Tular video & audio empat orang anak maut akibat campuran ubat batuk dan ubat selesema dengan susu yang mengakibatkan ibu bapa  terutama kaum ibu melahirkan rasa kebimbangan atas faktor keselamatan anak-anak. Admin sendiri pun pernah memberi anak masa kecil, campuran ubat demam dalam susu tetapi atas nasihat doktor bahawa susu itu kena dihabiskan supaya dos ubat tepat.

Namun, kisah yang menjadi tular ini, walaupun tidak diketahui kesahihannya, sehingga pihak pihak pun menafikan, ia tetap memberi impak kepada ibu bapa bahawa jangan buat main-main dengan ubat-ubatan terutama yang diberikan kepada anak-anak.

Untuk mengelak berlaku kekeliruan  dan atas dasar tanggungjawab sosial, melalui perkongsian Dziehan Mustapa _Pegawai Farmasi, Medical Mythbusters Malaysia (M3), memberi komen mengenai video audio tular itu dan memberi pendedahan kepada ibu bapa teknik yang betul dan mudah memberikan ubat kepada anak. Moga perkongsian ini bermanfaat.
_______________________________________________________________

TULAR VIDEO & AUDIO MENGISAHKAN CAMPURAN MAUT SUSU & UBAT

Cerita audio itu adalah seperti berikut :

[ Seorang ibu ada 4 orang anak yang batuk. 
Ibu ini campurkan ubat batuk dan ubat selesema dalam susu. Sebab anak tak mahu makan ubat. Untuk mudahkan anak minum. Maka 4orang anaknya itu pun tidur. Kemudian suaminya balik ke rumah, dia tanya apa itu di atas meja dan si ibu jawab ia adalah balance susu tadi. Suaminya test minum dan terus muntah. Suami tanya kenapa susu rasa semacam? Kemudian si ibu tadi kata dia campur ubat dalam susu itu. Si suami terus pergi lihat anak-anaknya untuk dikejutkan daripada tidur, sekali lihat semua dah meninggal. Kemudian mereka bawak pergi hospital dan doktor sahkan apa-apa ubat jika campur dengan susu boleh jadi ‘poison’. So take note jangan campur ubat dengan susu formula sebab kita tak tahu nanti jadi apa ]
*****************************************

Sekali dengar dan lihat video seolah-olah macam meyakinkan . Namun melalui cerita ini boleh timbul banyak persoalan.

* 4 orang anak itu berapa umur mereka?
* Berapa banyak si ibu campur ubat batuk dan selesema itu ke dalam susu formula itu?
* Bagaimana cara anak dia minum susu itu?guna cawan atau botol susu
* Adakah susu tersebut habis diminum?
* Adakah suami muntah lepas minum balance susu itu disebabkan ia beracun atau sebab rasa tak best sehingga boleh muntah?
* Jika rasa susu semacam dan tak best sebab campur 2 jenis ubat, bagaimana 4 orang anak itu boleh minum?
* Suami kejutkan anak tapi semua sudah meninggal… Jika sudah meninggal kenapa bawak pergi hospital?
* Kemudian audio itu berkata doktor sahkan apa-apa ubat dicampur dengan susu formula boleh bertukar menjadi racun… Hmm bagaimana doktor tersebut mengesahkannya?
*****************************************

Kemudian keluar penafian oleh pihak polis di Bera Pahang bahawa klip video yang tular pada hari ini adalah kes lain dan bukan kononnya kes kematian 4orang anak.

Maka siapalah punya angkara kisah tular audio dan video ini hari ini? Ramai rakan-rakan yang bertanya kepada saya benarkah semua ini?

IKLAN

Betul ke cerita ini?
Entahlah , saya pun tidak mengetahuinya. Tapi melalui penafian pihak polis berkaitan video itu, kemungkinan juga file audio yang ditularkan juga boleh dipersoalkan. 

Tular Audio Kanak-Kanak Maut Akibat Campuran Ubat Dan Susu. Kepada Ibu Bapa Tolong Alert Nasihat Pegawai Farmasi Ini

*****************************************

OK mari kita bincang sikit beberapa perkara.

Bab ubat bercampur susu jadi poison…. Saya cuba cari kajian jika ada, tapi tiada yang dijumpai. Yang dijumpai adalah fakta yang memberitahu bahawa resapan besi(iron) dan kalsium boleh dipengaruhi apabila diambil bersama-sama. Resapan ubat yang berbeza atau terganggu…Namun tiada pula dinyatakan campuran boleh menjadi poison.

Seterusnya ubat batuk dan selesema daripada kumpulan Antihistamine memang dilarang pemberiannya kepada kanak-kanak berusia bawah 2 tahun kerana boleh menyebabkan “respiratory depression”. Namun dalam kisah ini kita tidak tahu umur semua kanak-kanak yang terlibat dan daripada audio itu juga tidak diberitahu berapakah dos 2 jenis ubat itu telah dicampurkan dalam susu tersebut.
*****************************************

IKLAN

Oleh itu boleh ke tidak boleh campur ubat dengan susu formula?

Saya pun tidak tahu jawapannya. Tetapi saya mungkin nak bagi tips lain untuk atasi situasi ini.

OK, kenapa nak campur ubat dalam susu?
Memang tujuan untuk sorokkan rasa pahit atau tidak sedap ubat agar mudah ubat kanak-kanak mengambil ubat tersebut.

TIPS PEMBERIAN UBAT CECAIR / SIRAP KEPADA BAYI
(Rujuk Infografik)

Tular Audio Kanak-Kanak Maut Akibat Campuran Ubat Dan Susu. Kepada Ibu Bapa Tolong Alert Nasihat Pegawai Farmasi Ini
1. Jika bayi meronta-ronta ketika hendak diberikan ubat, membendung bayi boleh membantu mengurangkan pergerakkan bayi seterusnya memudahkan pemberian ubat

IKLAN

2. Gunakan picagari untuk membantu menyukat dos ubat dalam bentuk cecair dan sirap dengan tepat dan memudahkan pemberian ubat kepada bayi.

3. Dukung bayi agar berkedudukan sendeng (tidak mengambil atau berbaring) dan masukkan picagari ke dalam mulut bayi.

4. Halakan picagari ke arah bahagian dalam pipi bayi, kemudian tekan picagari secara lembut dan perlahan-lahan. Masukkan dos ubat sedikit demi sedikit.

5. Elakkan mencampurkan ubat ke dalam susu bayi kerana jika bayi tidak menghabiskan susunya maka pemberian dos ubat menjadi kurang tepat

**Teknik no.3&4 itu penting. Sebab kita pancutkan ubat melalui picagari ke bahagian dalam pipi bayi dan di hujung adalah kerana kawasan tersebut bukan kawasan deria rasa pahit pada lidah… dan di bahagian hujung sebelah dalam untuk memudahkan ubat mengalir dan bayi terus menelannya. 
*****************************************

Oleh itu, tidak perlu pun sampai nak campurkan ubat ke dalam susu mahupun ke dalam apa-apa makanan seperti pisang. Yang penting teknik pemberian dan sukatan dos kena tepat.

Mungkin boleh jarakkan juga pemberian ubat dan minum susu kerana ditakuti jika diambil bersama-sama menyebabkan proses resapan ubat terganggu.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800886722 (8am-5pm Isnin-jumaat). Gunakan perkhidmatan yang telah disediakan oleh KKM ini. Elakkan bertanyakan soalan kepada penjual produk.

Pegawai Farmasi Anda
Mohd Dziehan Mustapa
Medical Mythbusters Malaysia (M3)
#kenaliubatanda
#RunWithM3

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI