Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa figura dakwah yang dikenali ramai.
Tutur kata yang lembut tatkala menyampaikan usrah dan ceramah mudah menjentik hati.
Baru-baru ini, anak ketiga beliau, Nur Ne’ma al Solehah melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihan.
Telah berlangsung pernikahan anakanda yang kami cintai, Nur Ne’ma Al Solehah dan Afif Nu’man Bin Azamirudin di Musolla Madinatul Huffaz dengan diiringi doa restu ibu bapa, datuk nenek dan seluruh keluarga,” kongsinya.
Dalam pada itu, isteri kepada Ustaz Dr Azahar Yaakub itu turut menitipkan kesyukuran dan mendoakan agar ikatan yang terjalin berkekalan serta diberkati.
Ads
Sementelah kedua-dua belah keluarga pengantin lelaki dan perempuan merupakan rakan baik sebelum ini.
“Dua Keluarga yang sejak dari dahulu bersahabat baik kini menjadi besan dengan bersatunya pasangan mempelai ini.
“Doa kami, mudah-mudahan pernikahan ini penuh keberkatan, barakah untuk seluruhnya.
“Barakah dengan apa yang akan dikurniakan oleh ALLAH untuk pasangan ini dan bermanfaat perkahwinan ini untuk ummah, aamiin.
Ads
“Alhamdulillah terima kasih pada sanak saudara dan rakan taulan yang mendoakan. Doakan pasangan mempelai mendapat segala kebaikan di dunia dan akhirat,” titipnya.
Warganet turut menzahirkan ucapan tahniah dan mendoakan agar kebahagiaan Nur Ne’ma al Solehah dan pasangan kekal berpanjangan.
Ustazah Norhafizah yang juga Tokoh Pendakwah Wilayah Persekutuan (Majlis Sambutan Maal Hijrah Wilayah Persekutuan) 2015 mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Dr Azahar Yaakub dan dikurniakan tujuh cahaya mata.
Ads
Pada usia mencecah 43 tahun, beliau menjadi inspirasi ramai selepas menerima doktor falsafah (PhD) dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia dengan tesisnya bertajuk ‘Pendekatan psikoterapi Islam dalam mengurus tekanan pesakit kanser payudara’.
Terdahulu, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Dakwah dan Pembangunan Insan juga dari universiti yang sama.
Ustazah Norhafizah bertugas sebagai pensyarah kanan di Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur sebelum bersara pada Mei 2022.
Kini, beliau dan suami merupakan pengerusi dan penasihat kepada Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz yang terletak di Gombak.
Sumber: Instagram Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Syurga itu di bawah telapak kaki ibu. Pastinya setiap ibu bapa inginkan anak yang mendengar kata. Namun tahukah ibu bapa bahawa jika salah doa ia akan memberi kesan kepada tingkahlaku anak.
Namun sebagai ibu kita perlu ingat, anak-anak adalah amanah Tuhan kepada kita untuk dijaga dan diasuh dengan baik. Bagaimana sukar sekalipun atau besar cabarannya namun kita harus pikul tanggungjawab ini dengan baik. Perlu prihatin dan sedari setiap sudut agar kita tidak menyesal di kemudian hari.
Justeru, Dato’Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood ada menyentuh mengenai kesilapan setengah ibu-ibu dalam berdoa.
“Sebenarnya Ustazah tak nak sentuh mengenai kesilapan ibu-ibu kerana jasa ibu-ibu ini besar pengorbanannya. Namun semoga kesilapan ini kita diberi peluang oleh Allah SWT untuk terus perbaiki diri dalam mendidik anak-anak”.
Kurang berdoa
Ustazah Siti Noor Bahyah memberitahu bahawa, “adakah kita sebagai ibu ini berdoa sepenuh hati dan kasih sayang. Ini kerana kasih sayang seorang ibu tiada sempadan dan tiada noktah.
“Dalam hal ini, adakah kita berdoa kepada Allah dengan sepenuh jiwa kita dan membayangkan muka anak kala berdoa”,jelasnya ketika ditemui baru-baru di sebuah majlis ilmu di Shah Alam,Selangor.
Beliau turut berkongsi pengalaman cara terbaik mendoakan untuk anak-anaknya, “Ya Allah jadikan anak ku Wan Muhammd Saifullah, seorang anak yang mudah mendengar, anak yang baik, anak daripada kecil tidak meninggalkan solat”.
“Apabila menyebut nama anak secara khusus kita boleh bayangkan muka anak dan fokus untuk anak itu sahaja.
“Begitu juga dengan anak seterusnya. Seperti mana kita sedia ketahui bahawasanya doa ibu ini ajaib. Perkataan ibu adalah merupakan doa. Doa ibu tiada hijabnya di sisi Allah.”
Moga cara doa yang khusus ini kepada anak, menjadi panduan buat kita semua untuk memperolehi anak yang mendengar kata, soleh soleheh dan anak-anak cemerlang dunia akhirat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan hos, Uyaina Arshad mengesahkan dirinya kini sedang hamil anak pertama.
Berita Kehamilan dimuatnaik isteri penyanyi, Raja Syahiran menerusi satu perkongsian terkini di Instagram.
“Salam Ramadan. Alhamdullilahhh terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan untuk Syahiran & Uyaina. Insya-Allah tak lama lagi keluarga kecil kami akan bertambah.
“We are pregnant! Syukur padaMu Ya Allah,” tulis pemilik nama lengkap, Saidatul Naseha Uyaina Arshad ini lagi dengan nada keterujaan.
Mengakui tidak sabar menantikan kehadiran permata hati sulung mereka, Uyaina turut memohon titikan doa yang baik-baik buatnya dan bayi dalam kandungan.
“Honestly, kami still tak percaya yang kami berdua bakal menjadi ibu dan ayah. We can’t wait to see you our Little One.
“Kami mohon doa dari kalian semua untuk kesejahteraan & keselamatan Uyaina & baby sepanjang tempoh mengandung & melahirkan nanti.
“Semoga segala urusan dipermudahkan. Dan semoga kami dapat memikul tanggungjawab dan amanah ini sebaik mungkin.
“Ramadan kali ini membawa seribu satu kemanisan buat Syahiran dan Uyaina. Pertama kali menyambut Ramadan sebagai suami isteri, dan pertama kali juga menyambut Ramadan dan Syawal sebagai bakal ibu bapa.
“Semoga kita semua memperoleh keberkatan dalam bulan mulia ini. Aamiinnn Ya Allah. Ramadan Kareem, everyone,” tulis pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa ini lagi.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.