Mona Allen selamat bersalin anak kedua, dapat anak lelaki. Pelakon Mona Allen berkongsi khabar gembira telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada malam Selasa.
Mona Allen Selamat Bersalin Anak Kedua, Dapat Anak Lelaki
Menerusi hantaran di Instagram Story, Mona memberitahu dia selamat bersalin anak lelaki pada waktu Maghrib, semalam.
Saya dah selamat bersalin semalam waktu Maghrib. Inshallah kita akan kongsi gambar baby nanti.
Sekarang tengah rehat nanti saya update okay.
Ads
Isteri kepada Pekin Ibrahim ini mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakannya serta bayi.
Terima kasih semua yang DM doakan saya dan baby. Alhamdulillah. Syukur semua baik-baik saja. Allah Ya Mujeeb.
Untuk info, Mona dan suaminya, Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022.
Dapat membantu suami menambahkan pendapatan keluarga antara faktor kenapa wanita masa kini ramai yang memilih untuk bekerja.
Tidak kiralah apa jua pekerjaan, baik yang di pejabat mahupun bekerja sendiri. Janji dapat rezeki halal dan dapat meringankan beban suami.
Bagi pelawak dari Kumpulan Zero iaitu Atu, dia bangga dengan hasrat isterinya menjual kek lapis demi menambahkan pendapatan mereka sekeluarga.
Biarpun dia merupakan orang yang dikenali ramai, namun Atu sama sekali tidak malu dengan usaha isterinya itu. Bahkan sebagai suami dia bangga dan terharu kerana isterinya sanggup berpenat demi membantunya.
“Untuk pengetahuan mereka-mereka yang suka ‘membawang’ tu, isteri saya buat kek lapis sebab dia berbakat dan rajin.
“Sudah minat dia ke arah itu, saya tidak akan menghalang. Lagipun dia bukan buat perkara tidak berfaedah, selain mengisi masa lapang dapat juga tambah duit poket sendiri,” katanya lagi.
Tambah Atu, selain Kek Lapis Ozon, isterinya turut mempunya label pakaian kanak-kanak sendiri, iaitu Kids by Akueatu.
“Isteri saya ada kelulusan dalam bidang rekaan fesyen dan idea untuk mengeluarkan pakaian untuk bayi dan kanak-kanak mula timbul selepas melahirkan puteri sulung kami, Dayang Sumayyah.
“Baju-baju Kids by Akueatu, isteri ‘design’ dan jahit sendiri.
“Cuma sekarang ini isteri sedang hamil anak kedua, saya nampak dia lebih fokus kepada perniagaan Kek Lapis Ozon, mungkin kerana tidak larat,” katanya.
Sumber: Astro Gempak
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak pandemik covid-19 melanda dunia, ia telah mengakibatkan berjuta kematian seluruh dunia. Bahkan impaknya turut memberi kesan kepada ekonomi dunia sehingga ramai kehilangan pekerjaan akibat kegiatan ekonomi dihentikan atas faktor penyekang penularan wabak ini.
Natijahnya, Malaysia juga tidak terkecuali sehingga Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada penghujung Mac selama hampir tiga bulan. Ia mengakibatkan ramai antara kita kehilangan pekerjaan dan tiada aktiviti perniagaan sehingga menjejaskan ekonomi isi rumahtangga.
Sehingga kini, masih ada lagi syarikat yang memberhentikan pekerja atau mengurangkan pembayaran gaji bulanan ekoran kegiatan ekonomi tidak serancank sebelum pandemik.
Sudah pastinya pandemik ini memberi kesan kepada cara hidup dan ekonomi kita sekarang. Sebagaimana yang dilalui seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai ‘Mamat’ berkongsi cerita sukar dalam hidupnya ketika PKP melalui panggilan telefon di stesen radioa Suria FM baru-baru ini.
NEKAD TIDAK BERITAHU ISTERI
Beliau yang telah berkahwin telah berhentikan kerja tanpa notis ketika PKP nekad tidak memberitahu kesusahan kepada isteri tersayang. Selama tiga bulan bekerja melakukan penyamaran keluar bekerja seperti biasa, namun melakukan kerja harian lain.
“Saya baru lepas dibuang kerja. Tanpa apa-apa sebarang notis sejak MCO. Saya berkahwin dan tak bagi tahu isteri saya dibuang kerja. Pagi-pagi saya keluar pergi kerja. Keluar macam biasa naik motor.
Rasa serba salah dalam diri, lelaki ini memilih untuk tidak berkongsi detik sukar bersama isteri.
“Saya rasa serba salah. Tak sampai hati nak bagi tahu kena buang. Sebab ketika itu semua orang kalut cari kerja.
JIWA PENYABAR
Dalam tempoh tiga bulan beliau bersabar dan tidak patah semangat mencari pekerjaan di samping membuat kerja harian.
“Saya buatlah kerja harian. Tak kisah kerja apa pun. Saya pakai macam biasa. Tapi sebenarnya ada baju spare (baju lain) dalam motor. Saya lakukan semua ini selama tiga bulan. Tiap-tiap pagi saya keluar. Saya tak nak isteri tahu saya kena buang kerja. Saya buat kerja harian tapi pada masa yang sama saya tak stop cari kerja lain.”
REZEKI DATANG TANPA DIDUGA
Namun, rezeki tidak pernah salah alamat. Akhirnya beliau mendapat pekerjaan pada awal September lalu.
“Alhamdulillah, 14 Sept saya dapat kerja. Saya dapat interview saya cakap pada isteri tapi kena buang kerja saya tak bagi tahu pada isteri.”
JANGAN MENYERAH KALAH!
Sehingga kini, isterinya tidak mengetahui kisah benarnya ketika PKP. Nyata, beliau seorang suami yang bersikap tidak pernah putus asas untuk memastikan keluarganya bahagia.
Sebelum mengakhiri perkongsiannya, beliau menasihati agar mereka yang kehilangan pekerjaan tidak mudah putus asa tetap berusaha mencari peluang pekerjaan.
“Saya kerja shif,saya dalam perjalanan balik kerja, terkesan dengan topik ‘interview’ ini. Saya call untuk berkongsi. Cuma saya nak nasihatkan siapa-siapa yang dibuang kerja, atau yang otw (dalam perjalanan) mencari kerja, percaya pada diri sendiri. Kita usaha Allah tolong. Jangan give up! (menyerah kalah),” nasihat lelaki ini mengakhiri perkongsiannya.
Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki pendengar ini. Tabah betul 💪🏻
Seorang kanak-kanak dikenali sebagai Iman, 7, disyaki didera hampir setiap hari oleh ibu kandung dan rakan ‘tomboy’ yang merupakan seorang warga asing di kediaman mereka di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang.
Seorang jiran, Wan Noor Badri Wan Yahya, 38, mendakwa, dia dan isterinya dapat mendengar perbuatan tersebut hampir setiap hari, khususnya dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.
Katanya, pasangan itu yang mendakwa sebagai suami isteri baharu berpindah ke kediaman tersebut pada April lalu.
“Pada mulanya mereka kelihatan seperti keluarga biasa, cuma Iman tidak dibenarkan bermain di luar rumah, sebaliknya hanya di kawasan tempat letak kereta.
“Namun, pada akhir Jun lalu, Iman terlepas bermain sehingga di luar kawasan taman perumahan, menyebabkan pasangan itu lebih marah, sejak itu dia lebih kerap dimarah.
“Mula-mula kami ingat itu bertujuan untuk mendidiknya, tetapi selepas hampir setiap hari dimarahi, jiran-jiran mula berasa sangsi, sebelum akhirnya pada malam Jumaat lalu kami membuat keputusan untuk menyerbu rumah tersebut,” katanya memetik laporan Utusan.
Wan Noor Badri berkata, selepas diserbu baharulah rahsia terbongkar bahawa Iman telah menjadi mangsa penderaan, dipercayai oleh ‘suami’ keluarga berkenaan.
“Malah,, rahsia pasangan itu bahawa si ‘suami’ merupakan seorang tomboy juga terbongkar,” katanya yang mempunyai dua orang anak.
Seorang lagi jiran, Firdaus Abu Hassan, 30, pula mengakui tidak menyangka perkara sedemikian boleh berlaku di kawasan kediaman mereka.
“Ketika kediaman itu diserbu, kami dapat lihat beberapa kesan luka di badan iman, antaranya luka lama di bahagian kaki, luka pada tangan serta luka baharu di belakang badannya.
“Selama ini, semua penduduk di sini mempunyai hubungan yang akrab. Jadi, memang tak sangka ada kes seperti ini berlaku dan kami bersyukur kerana dapat bantu selamatkan Iman daripada terus menjadi mangsa penderaan,” ujarnya.
Terdahulu, Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, pihak polis telah menahan reman pasangan tersebut bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001.
Ibu mangsa yang berusia 27 tahun direman enam hari, manakala rakannya yang berperwatakan tomboy berusia 30 tahun direman selama tujuh hari.
Dalam pada itu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Johor mendapatkan maklumat lanjut mengenai waris atau Orang Yang Layak dan Sesuai untuk memberi perlindungan sementara atau tetap terhadap kanak-kanak yang disyaki menjadi mangsa dera ibu dan kenalan ibunya di Bandar Layangkasa, Pasir Gudang.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin-Nisa Ismail @ Md On berkata, penilaian itu akan dilaksanakan Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru bagi membolehkan kanak-kanak itu diberikan perlindungan daripada mereka yang layak, selepas mangsa keluar dari hospital.
Beliau berkata, sebelum ini, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu berada di bawah jagaan datuk dan neneknya di Kedah, dan baru setahun tinggal bersama suspek yang juga ibu kandungnya.
“Saya difahamkan bahawa kanak-kanak itu adalah dua beradik dan kedua ibu bapanya sudah bercerai.
“Mangsa baharu setahun tinggal bersama ibunya selepas berpindah daripada datuk dan neneknya, manakala kakaknya yang berusia sembilan tahun kini berada di Pokok Sena, Kedah.
“Pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru sedang mendapatkan maklumat lanjut mengenai waris atau Orang Yang Layak dan Sesuai untuk penilaian bagi tujuan perlindungan sementara atau tetap selepas kanak-kanak itu ‘discaj’ dari hospital,” katanya menerusi kenyataan media.
Inisiatif Hari Guru KPM membawa berita gembira buat warga pendidik menerusi 12 bantuan baharu termasuk latihan guru, naik taraf fasiliti dan bantuan RM1,000.