Gambar sekadar hiasan

Benarlah, pengalaman hidup itu mendewasakan dan dengan pengalaman itu juga mengajar kita erti kehidupan. Malah dengan pengalaman hidup yang dikongsikan oleh orang lain juga akan menjadikan kita tahu dan mengerti erti bersyukur yang sebenar.

Hal ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Sri A’jilah Mohd Samsir dan ini kisahnya.

Kisah ni memang sangat membuka mata saya dan ubah cara saya berfikir. Saya lihat anak-anak dan suami dengan cara yang berbeza.

Ini kisah kawan saya, Kak Ti. Dia tua 3 tahun je dari saya. Sebab tu, apa yang berlaku pada dia, sangat dekat dengan saya.

Kak Ti ni orang yang sangat pandai berdikari. Tegas juga dengan anak-anak. Walaupun dia surirumah, tapi dia sangat pandai cari duit. Cergas dan ceria orangnya. Paling penting, sangat banyak mulut. Dia jenis out spoken. Dia akan cakap je apa yang dia rasa betul.

Saya pernah tanya dia pasal “Me-Time.” saya sangat percaya yang setiap perempuan yang bergelar isteri ni, mesti ada me-time. Untuk refresh kan balik diri, untuk bagi ruang pada diri sendiri.

Suami pun kena “give and take.” Isteri dah penat layan dan uruskan anak-anak, suami kena bertolak ansur lah sikit. Isteri bantu cari duit, suami bantu juga urusan rumah. Kan best macam tu. Aman harmoni rumah tangga.

Jawapan Kak Ti ni memang menusuk jiwa saya. Sangat membuka mata saya.

“Sri, suami yang baik ni memang ramai. Yang nak bantu isteri uruskan hal-hal rumah, tengokkan anak sama-sama, memang ada. Tapi kebanyakannya memang buat donno je.

Kau mop lantai, anak menangis nak makan, nak mintak basuh berak, dia rileks je main handphone. Baru kau berlari nak basuh berak anak, sorang lagi anak dah meraung tergelincir pijak tempat kau mop. Tapi laki kau masih cool. Sakit tak hati kau? “

Memang laju je saya mengangguk. Kita huru hara dengan anak-anak, empatilah sikit kan? Anak kita kot. Bukan anak aku sorang.

IKLAN

“Kau pun marah kan? Kau mesti nak me-time kan?” tanya Kak Ti.

Eh, mestilah!

Kalau dah semua benda nak buat cool, ni memang mencetuskan pergaduhan!

Kak Ti senyum.

“Kau tau Sri, dulu, akak pun fikir macam kau. Kadang-kadang jadi benci kat suami sendiri sebab aku tak pernah ada masa untuk diri sendiri. Mandi pun terkejar-kejar, solat pun cepat-cepat. Aku sampai terfikir, baik aku hidup sorang-sorang. Semua benda pun aku buat sendiri. Apa bezanya!

Tiba-tiba, suami aku sakit.
Allah macam jawab kata-kata aku. Aku buat semuanya sendiri. Termasuklah cari duit untuk keluarga kecil aku ni.

IKLAN

Aku buat semua dan jaga suami aku dengan harapan dia akan sembuh. Aku pelik, sebab sejak suami aku sakit, aku tak pulak stress nak marah suami nak marah anak-anak.

Rupanya, sebab aku tak bergantung dah pada manusia. Aku tak berharap dah pada suami aku untuk tolong. Aku buat je semua. Siap ada masa untuk tahajjud, untuk dhuha. Time suami aku sihat, aku jarang sangat dapat buat benda ni. Betul, kalau kau berharap pada manusia, kau akan jumpa banyaknya kecewa.

Waktu ni, aku memang takde me-time langsung! Aku penat sangat tapi aku sangat puas hati buat semua tugas aku dengan gembira.

Aku tak perlukan me-time, tapi aku sangat-sangat perlukan We-time. Aku rindukan suami aku yang suka bergurau, aku rindukan saat dia balik kerja dan anak-anak berlari peluk dia. Aku rindu sangat masa dia layan anak kecik aku ni main kuda-kuda.

Suami aku ada sisi buruknya, tapi aku terlupa yang dia juga ada banyak sisi baik yang aku tak nampak waktu dia sihat dulu.

Nanti, bila anak-anak kau dah besar, kau me-time lah sampai pengsan. Sekarang ni, anak-anak kecik-kecik, memang kau akan penat berganda-ganda. Tapi ni lah we-time yang akan kau rindu sampai mati. “

IKLAN
“Aku Tak Perlukan Me-time, Tapi Aku Sangat-sangat Perlukan We-time.”Menusuk Jiwa Perkongsian Ni!
Gambar sekadar hiasan

Saya terdiam. Terbayang wajah suami dan anak-anak. Tak tahulah apa jadi kalau saya berada di tempat dia.

Saya harapkan pasangan yang sempurna, yang faham bila kita perlukan bantuan, tapi saya lupa, saya sendiri banyak tak sempurna. Kurang di sini sana.

Tahun ni, hampir 10 orang kawan sebaya saya, yang dipanggil Tuhan. Terasa cepatnya Tuhan ambil kembali hak Dia. Tapi dah memang hakikat mati tak pernah kenal usia.

Kak Ti sendiri, sudah kehilangan suami.

“Sri, kau ada suami, ada anak-anak, kau hargai lah! Tak perlu fikir berapa banyak kau dah korbankan, tapi fikir je yang kau cuma nak beri, beri dan beri. Itu semua pahala yang kau tak nampak. Kau memang akan penat, tapi kau ikhlas kan aje. Dunia kan tempat berpenat.”

Saya menangis.

Rasa kerdilnya diri.

Saya banyak merungut bila penat uruskan rumah. Tak nampak dah yang semua tu ladang pahala. Dalam hati ni Kadang-kadang termaki hamun juga suami. Ikhlasnya hilang. Penat je yang tinggal.

Kita ni, memang bila dah rasa kehilangan, baru tahu nak belajar menghargai. Padehal, kita boleh je belajar memberi dan menghargai sementara semua orang yang kita sayang ada di depan mata.

sumber : Sri A’jilah Samsir

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI