Nama Bell Ngasri menjadi bualan hangat dek kerana Anugerah Bintang Popular Berita harian 35 (ABPBH). Kemenangan yang diraih dalam acara tersebut sememangnya sesuai dan layak buat dirinya yang telah lama dalam bidang lakonan ini.
Isterinya iaitu Nur Farhana Mahamad Fauri berkongsi sisi lain suaminya ketika bersama keluarga.
Menurut Farhana, Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri merupakan seorang bapa yang sangat bertanggungjawab dan tegas dalam mendidik anak-anak.
“Bell sebagai seorang suami dia sebenarnya seorang yang garang terutamanya dengan anak bukan dengan saya.
“Dengan anak dia sangat tegas, saya rasa kalau dia buat kelakar pun anak dia tidak tahu sama ada itu kelakar ke serius.
“Jadi anak-anak memang tidak ambil tahu langsung bapa dia adalah Barkoba ke atau berlakon cerita itu ini ke mereka tidak pernah tahu.
Ads
“Jadi bila bapa dia buat lawak dekat rumah, macam tak ada apa-apa, dia lebih kepada serius. Maknanya komunikasi mereka itu lebih kepada bukan benda yang kelakar,” katanya ketika ditemui Gempak.
Ketika diminta mengulas mengenai kemenangan Bell di ABPBH 35, Farhana menyatakan rasa syukur dengan rezeki di luar jangkaan itu.
Ads
“Saya bersyukur sebab saya benda itu yang dia tak pernah impikan, tak pernah fikir… Saya rasa ini satu pencapaian yang tidak pernah terlintas di kepala. Rezeki di luar jangkaan.
“Saya kenal dia pun bukannya sekejap, sebelum kahwin kita dah kenal lama, dah tengok apa yang dia buat.
“Kita tahu yang dia memang hidup untuk kerja sejak kecil lagi… Jadi saya rasa segala usaha dia selama ini berbaloi. Alhamdulillah,” ujarnya.
Terdahulu, Bell dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular di ABPBH 35 yang berlangsung pada Jumaat.
Bell berjaya menewaskan calon favourite lain iaitu Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.
Membuatkan orang lain bahagia, kita juga akan rasa kebahagiaanya. Apatah lagi jika orang itu adalah adik beradik kita sendiri. Ini sebagaimana rakaman video yang dikongsikan oleh Muhd Hamqa diakuan twitternya.
Apa yang pasti abang ini tidak lokek memberikan hadiah kepada kedua orang adik lelakinya, iaitu set permainan bayblade walaupun hakikatnya permainan tersebut sudah dimiliki oleh kedua-duanya.
Pun begitu, reaksi adik yang menerima pemberian daripada Hamqa cukup menyentuh hati ramai yang menonton video tersebut.
That reaction buat aku terharu ? abang doakan adik2 jadi anak soleh , belajar pandai2 ye ? pic.twitter.com/prISmxfoUU
Hamqa juga selain memberikan kejutan istimewa kepada adik-adiknya, malah turut mendoakan agar adiknya menjadi anak yang soleh dan mengharapkan adik-adiknya rajin belajar.
Rata-rata warganet tumpang rasa seronok dan bangga dengan keikhlasan adik beradik inai di antara satu sama lain. Apatah lagi setelah setelah melihat reaksi spontan adik kepada Hamqa yang mengucapkan ‘terima kasih abang’ dengan penuh rasa keterujaan.
Dan ini antara komen-komen positif dan menyentuh hati yang diberikan oleh warganet.
Telah diumumkan bahawa pada hari khamis ini, 13 Mei 2021, kita semua bakal meraikan Aidilfitri.
Masih sempat lagi untuk melakukan persiapan menghias rumah, menukar langsir dan sebagainya. Paling penting, rumah mesti bersih dan bebas habuk. Paling penting rumah berbau harum!
Apa kata ikut petua ni, tentu rumah kekal wangi dan bersih.
1. RUMAH WANGI SEMERBAK
Tidak perlu beli penyembur wangian lagi di rumah, guna minyak wangi DIY cukup. Caranya, sediakan satu botol penyembur, pelembut kain (Downy paling wangi), dan air kosong. Campurkan air kosong dengan Downy (1:1) ke dalam bekas penyembur, kemudian sebatikan. Sudah siap! Cuba sembur pada katil, langsir, sofa jenis fabrik, karpet, sarung kusyen. Uiihh, bau dia memang semerbak dan kekal lama tau!
2. LANTAI KILAT DAN WANGI
Teknik yang sangat berkesan, mop lantai dengan air panas dan pelembut baju yang wangi. Sediakan air panas dalam baldi, kemudian campurkan sedikit pelembut baju. Kemudian mop macam biasa. Hasilnya, lantai berkilat, bersinar dan wangi!
3. KIPAS BEBAS HABUK
Gunakan sarung bantal lama untuk buang habuk pada kipas. Kalau kita guna kain buruk atau penyapu, habislah semua habuk bertaburan atas lantai. Jadi gunalah sarung bantal lama untuk mudahkan kerja kita. Hasilnya, kips bersih, lantai pun tidak berhabuk.
4. BERSIHKAN BIDAI
Gunakan stoking lama atau span untuk cuci habuk pada bidai atau blinds. Secara tidak langsung, kita boleh cuci kedua belah permukaan bidai kalau guna stokin.
5. CERMIN BERKILAT
Hentikan teknik mencuci cermin guna kain buruk basah. Memang melekitlah cermin kita nanti. Cara tepat mengelap cermin ialah guna surat khabar lama dan pencuci cermin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
‘Bagaimana acuan, begitulah kuihnya’. Peribahasa ini memberi maksud perangai atau sifat seorang anak yang persis dengan ibu bapanya. Cuba anda bayangkan, jika adab anak anda sangat baik di hadapan individu lain. Sudah pasti anda yang dapat pujian, bukan?
Pun begitu, bagaimana pula jika anak anda adalah seorang yang nakal dan tidak mempunyai adab yang sopan? Individu lain pasti akan melabel anda sebagai ibu bapa yang gagal.
Jadi, sesuatu perlu dilakukan untuk mengajar anak anda agar membesar menjadi seorang individu yang beradab, bersopan dan berguna dewasa kelak.
Adab seorang anak yang ibu bapa wajib ajar!
Buat ibu bapa, sila tanamkan dan terapkan adab dengan ibu bapa dan individu lain ini dalam diri anak anda supaya dia membesar menjadi seorang yang beradab dan disenangi oleh individu di sekeliling mereka.
#1. Adab meminta tolong dan berterima kasih
Ini adalah asas kepada jati diri seorang kanak-kanak yang beradab.
Ibu bapa perlu pastikan mereka sentiasa menggunakan perkataan ‘tolong’ apabila meminta sesuatu dan ‘terima kasih’ apabila menerima sesuatu daripada anda.
Tegaskan juga kepada mereka bahawa ini tidak termaktub antara dia dengan ibu bapa sahaja malahan juga kepada individu lain seperti adik-beradik, saudara-mara,rakan-rakan, guru ataupun pembantu rumah.
#2. Adab untuk tidak menyampuk
Pasti anda pernah melihat ibu bapa memarahi anak mereka kerana menyampuk ketika mereka sedang bercakap dengan individu lain bukan?
Ini kerana perbuatan menyampuk adalah biadab terutamanya dalam kalangan masyarakat kita.
Jadi, ajar anak anda awal-awal lagi untuk tidak menyampuk ketika anda atau sesiapapun sedang bercakap walaupun ia ada kaitan dengan mereka.
Jika terjadi, jangan marah mereka tetapi nasihatilah mereka dengan cara baik.
#3. Adab untuk tidak mengkritik dan mengejek individu lain
Siapa sahaja yang suka akan kritikan dan ejekan bukan? Jadi, anda perlu sentiasa ajar anak anda untuk tidak mengkritik atau mengejek individu lain terutamanya perkara yang melibatkan fizikal semula jadi mereka.
Tambahan itu, kita tinggal di bumi Malaysia yang hidup berbilang kaum. Jadi, sebarang kutukan berbaur rasis seperti warna kulit atau saiz mata perlu dilarang sama sekali.
Sebaliknya, ajar mereka untuk gemar memuji dan menghargai individu lain.
#4. Adab untuk berkongsi dengan anak lain
Sharing is caring. Sikap suka berkongsi adalah sesuatu yang sangat mulia. Bayangkan apabila anda melihat anak anda sanggup berkongsi permainan mereka bersama kanak-kanak yang kurang mampu.
Pasti ia akan membuat anda berasa syahdu bukan?
Seiring mereka membesar, sentiasa ajar anak anda untuk berkongsi apa yang mereka ada sama ada dalam bentuk wang ringgit, harta, idea atau tenaga bersama individu lain yang kurang bernasib baik.
#5. Adab ketika bercakap di telefon
Ketika menjawab panggilan telefon, kita perlu sentiasa beradap. Mulakan dengan sapaan seperti ‘helo’ atau ‘hi’ dengan nada yang baik dan kenalkan diri anda.
Jika sedang menelefon seseorang pula, kita tidak patut bertanya siapakah individu itu.
Paling penting, gunakan kata-kata yang sopan sahaja. Ini perlu diajar kepada anak anda daripada kecil lagi agar dia terbiasa dan terus melakukannya sehingga dewasa kelak.
#6. Adab ketika bermain di luar
Anda sebagai perlu menetapkan peraturan buat anak anda ketika bermain di luar agar mereka tidak bermain sehingga tidak ingat dunia.
Sebagai contoh, ajar mereka untuk membasuh kaki sebelum masuk ke rumah dan mandi setiap kali selepas bermain.
Selain itu, tetapkan waktu mereka boleh keluar bermain dengan pengawasan anda. Ini bukan sahaja akan mengajar anak anda untuk beradap, ia juga akan membentuk mereka agar berdisiplin dewasa kelak.
#7. Adab di meja makan
Bukan sahaja dari aspek perbuatan, seorang kanak-kanak juga perlu beradab ketika berada di meja makan.
Tanpa mengira siapa ada di meja makan atau jenis keraian yang sedang diraikan, anda perlu ajar mereka untuk sentiasa bersopan di meja makan.
Antara yang perlu diutamakan adalah untuk tidak bercakap semasa mulut penuh dengan makanan dan makan apabila semua sudah ada di meja makan terlebih dahulu.
Paling penting, ajar mereka untuk bercakap benda-benda baik sahaja ketika sedang makan.
Ajarkan adab seorang anak ini sejak kecil lagi!
adab mendidik anak
Kesimpulannya, terdapat banyak lagi adab dengan ibu bapa serta individu lain yang anda perlu ajar kepada anak anda untuk memastikan mereka berjaya menjadi modal insan yang beradab, bersopan dan berguna kelak.
Apa yang paling penting, kekalkan semua sifat positif dan buangkan segala sikap negatif dalam diri mereka!
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.