Anak merupakan aset dan anugerah yang paling bernilai kepada kedua ibu dan bapa. Pelbagai cabaran perlu dihadapi dalam membesar mereka.
Pelbagai cara untuk mengeratkan kasih sayang anak. Salah satunya dengan cara menyuap anak makan.
Ikuti perkongsian oleh Muhammad Hassan yang sungguh inspirasi ini.
Nabi Muhammad s.a.w tidak punyai rumah besar, tidak simpan harta banyak, tidak simpan baju mahal, tidak makan makanan seperti raja-raja pada zaman itu. adakalanya dapur rumah Nabi s.aw tidak berasap. Tetapi Nabi s.a.w adalah orang yang paling bahagia dan baginda dapat bahagiakan bilion manusia seluruh alam.
hari ini kita kena belajar untuk hidupkan suasana agama di dalam rumah sebagai mana rumah nabi dan sahabat. Setiap hari baca hadith bersama anak dan isteri. cuba setiap hari masak dan makan dirumah. ketika makan jangan bercakap perkara yang sia-sia.
ketika ini ibu bapa boleh berkomunikasi dengan anak2. ketika ini juga fungsi ayah untuk buat hubungan baik dengan anak-anak supaya anak anak lebih kenal siapa ayah mereka,ayah adalah lelaki yang patut anak anak kagumi,bukan lelaki lain.
Ads
Suap nasi atau lauk untuk anak-anak. setiap suapan akan tambah kasih sayang. anak-anak jadi degil sebab ibu bapa tidak buat hubungan yang baik dengan anak-anak ketika makan. kadang-kadang anak-anak malas makan di rumah. setiap kali makan ibu bapa membebel, lama kelamaan mereka akan bosan dan banyak masa di luar rumah dengan rakan-rakan.
ibu bapa perlu buang ego jauh-jauh dengan anak-anak. ada waktu dan masa bercakap dengan mereka lemah lembut dan peluk mereka.
Ads
“maafkan ayah sebab selalu marah-marah” sambil peluk mereka. insyaallah hati mereka akan berubah untuk jadi anak yang baik.
Ads
peluk anak-anak setiap hari insyaallah keluarga bahagia,keluarga sunnah.
-EncikMatt- #LelakiBurQa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lain anak lain caranya. Begitu juga dalam mendidik anak berpuasa. Ada anak yang mudah diajar berpuasa, namun ada juga yang mengambil tempoh masa tertentu untuk berpuasa. Semuanya bergantung kepada anak itu.
Namun sebagai mak ayah janganlah kita memaksa anak berlebih-lebih. Niatlah untuk mendidik namun jangan sekali-kali memaksa. Beri anak kita masa. Paling penting mak ayah perlu tahu mendidik anak berpuasa perlu mengikut usianya.
Melalui hantaran bergambar dari Prof. Dr Mohammad Aziz Shah yang merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, terdapat kaedah berbeza yang boleh diterapkan mengikut kategori umur kanak-kanak. Ini yang perlu mak ayah tahu.
Tips melatih anak kecil berpuasa. Bina memori indah berpuasa penting untuk menerapkan nilai puasa. Mendidiklah nilai puasa dengan gembira.
1. 2-4 tahun
Selalu cerita indahnya puasa dan gembira berbuka dengan orang berpuasa.
2. 5-7 tahun
Ajar anak bangun sahur, niat puasa dan boleh berbuka puasa jam 9.00 pagi atau 12.00 tengah hari.
3. 8-9 tahun
Cuba puasa penuh dengan sukarela, tetapi benarkan anak buka puasa jika tidak tahan lapar kerana masih kecil.
4. 10-12 tahun
Digalakkan puasa penuh tetapi jangan paksa jika anak terlalu menderita lapar. Jangan marah dan ugut tidak boleh berhari raya.
Didiklah anak berpuasa dengan cara paling indah dan menggembirakan mereka. Biarkan momen itu tersemat dalam jiwa.
Sebagaimana yang dilapurkan oleh Mstar, Harry Zulkifli, 26, sentiasa berdoa agar dipertemukan semula dengan bapa kandungnya, Zulkifli Harun yang terpisah ketika berusia setahun. Oleh sebab itu, dia tidak pernah melihat wajah bapanya selepas kedua orang tuanya berpisah kira-kira 25 tahun lalu.
Namun, tarikh 20 Julai 2018 menjadi detik paling bermakna dalam hidup Harry apabila dia ditakdirkan bertemu semula dengan bapa kandungnya. Dan detik ini turut dikongsi melalui akaun ig miliknya dan ditonton hingga kini seramai 520,915 orang.
Inilah detik pertemuan menyentuh hati yang berlaku di tempat parkir sebuah pusat membeli belah di Larkin, Johor dikongsi Harry di Instagram.
Dan tentunya daripada perkongsian tersebut menimbulkan banyak persoalan daripada orang ramai tentang bagaimana boleh terpisah, kenapa ingin bertemu semula, cara menjejaki dilakukan, apa perasaan dan berbagai-bagai lagi terus ingin diketahui akan kisah sebenarnya.
Antara isi kandungan video tersebut adalah seperti :
Harry dilahirkan di Hospital Johor tetapi sijil kelahirannya direkodkan lahir di Kuching, Sarawak.
Ibu bapa berpisah kerana konflik dan akhirnya Harry dibawa oleh ibunya ke Sarawak.
Sepanjang membesar sering menanyakan perihal ayah kepada ibunyanya. Namun ibunya menunjukkan perasaan marah. Disebabkan hormat dengan perasaan ibu, Harry tidak lagi terus bercerita tentang hal ini dengan ibunya.
Bila sudah bekerja dan makin besar, selalu cakap nak cari ayah. Bila main fb atau ig cuba search nama Zulkifli bin Harun. Memang banyak tapi saya tak tahu wajahnya, jadi usaha mencari tidak dapat dibuat.
Bila balik raya ke Kuching, baru-baru ini ibunya tunjukkan sesuatu di fb, iaitu wajah ayahnya yang selama ini dicari.
Bila balik KL, Harry cuba stalker fb ayahnya dan ikhtiar terus dilakukan untuk dapat bertemu.
Alhamdulillah, potret ini menceritakan segala-galanya. Usahanya selama ini dipermudahkan Allah.
Dalam 11 orang adik beradik. Dia ni yang paling bungsu. Orang panggil dia baby. Dah besar pun masih panggil dengan gelaran baby. Comel jee. Sempat bawa dia pergi mall. Katanya rindu nak main game.
Saya pernah ada adik sebelum ni. Lama saya tenung adik2 saya. Sayang semua kerana Allah. Masing2 dengan peragai mereka sendiri. Kebanyakan adik2 saya mirip muka saya sikit2. Gembiranya.
Yang buat saya teruja. Hubungan kami semua seolah olah sudah kenal bertahun lama. Tak rasa kekok, tak rasa jangal. Sikit2 tu biasa. Mungkin hanya pada awal pertemuan. Bila dah duduk semeja. Makan semeja. Tidur serumah. Semua jadi akrab.! Masing2 bercerita tentang latar belakang masing2. MasyaAllah. Saya tahu Allah yang bantu semua ni. .
Alhamdulillah, sempat berkongsi banyak perkara dengan adik2. Keluarga memang sporting. Mereka juga paham siapa saya sebelum ini. Mungkin ada sebab kenapa Allah temukan kami sekarang. Tapi tidak semasa saya jahil dahulu. Saya yakin semua ini jadi sekarang ada sebab. Ada hikmah.!
Dalam 11 orang adik beradik. Saya No 2. Macam tak percaya kan.? Riuh rendah satu rumah bila berkumpul macam ni. Seronok sangat. Kenagan yang saya tidak boleh lupakan sampai bila2. .
Kadang2 saya selalu terfikir, mana datang kekuatan saya sekuat ini. Dengan banyak masalah dan dugaan yang datang. Dengan sehabis upaya nak berhijrah. Nak istiqomah lagi. Bukan mudah bagi saya. Jujur saya kata berat. Tapi sekarang saya rasa betul2 lega. Rasa tenang.
Yang bermain di fikiran saya sekarang ialah, ” macam mana ibu saya terlampau kuat mengharungi hidup membesarkan saya selama 26 tahun.? ” maknanya, sekuat sekuat saya, kuat lagi ibu saya. MasyaAllah. Dialah ratu. Dialah princess. Dialah nyawa. Allah bantu ibu jadi kuat. Jelas lagi ibu saya selalu cakap baru2 ini. . ” bukan soal aku kuat.! Tapi aku TERPAKSA KUAT ”
.
Bila saya dengar ibu saya cakap ni. Saya sentap. Sekarang baru saya nampak jelas pengorbanan seorang ibu tunggal membesarkan anak nya. Sahabat semua, bagi saya. Ini rezeki paling besar yang Allah bagi kat saya. Dan ini juga satu tanggungjawab baru untuk saya. Saya kena nekad berubah. Saya kena maju ke depan. Kalau boleh, jangan pandang belakang dah. Betul tak.?
sumber : fb & ig Harry Zulkifli
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ibu bawa anak ke balai Polis, biar jadi pengajaran sebab selalu ganggu rakan sekolah. Oleh kerana anaknya sering menganggu rakan-rakan di sekolah, seorang ibu mengambil langkah drastik dengan membawa anak lelaki berusia 7 tahun ke balai polis.
Ibu Bawa Anak Ke Balai Polis, Biar Jadi Pengajaran Sebab Selalu Ganggu Rakan Sekolah
Suri rumah, Aisyah Hamzah, 42, berkata, tindakan tersebut untuk memberi pengajaran sekali gus mendidik anaknya supaya tidak mengulangi kesilapan sama walaupun sudah ditegur berkali-kali.
“Saya sudah tidak tahu cara lain untuk menyedarkan dia. Sebagai ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak saya.
“Saya rasa pengajaran inilah yang terbaik untuk dia belajar dan tidak mengulangi kesilapannya,” katanya.
Tambah Aisyah, dia sering menasihati anak bongsu daripada dua adik-beradik itu, namun kata-katanya tidak dipedulikan walaupun Muhammad Ziqri merupakan murid cemerlang di sekolah.
Aisyah yang mengambil Muhammad Ziqri sebagai anak angkat sejak berusia lapan hari memberitahu bahawa anaknya suka mengganggu murid lain dan sering ditegur guru.
“Cikgu dia memang selalu beritahu saya yang Ziqri suka kacau murid lain, tapi tidaklah begitu teruk.
“Tetapi, hari itu sudah melampau kerana kawannya terjatuh dan dahi terkena bucu meja. Itulah sebabnya saya bawa dia ke balai polis untuk beri pengajaran,” ujarnya.
Ditanya mengenai maklum balas daripada pihak polis berkenaan, Aisyah berkata, itu semua lakonan yang dilakukan semata-mata untuk menakutkan anaknya.
Aisyah (kanan) bersama anak bongsu, Muhammad Ziqri (kiri).
Menurutnya, pihak polis di balai itu juga memainkan peranan untuk memberikan pengajaran kepada anaknya selepas dimaklumkan perkara sebenar.
“Memang banyak kali saya beritahu Ziqri untuk jaga perangai, kalau tidak saya nak hantarnya ke balai polis.
“Sampai saja di balai, saya terus beritahu pegawai itu untuk ‘tangkap’ Ziqri dan mereka pun sama-sama membantu bagi menjayakannya,” tambahnya.
Bagaimanapun, selepas kejadian tersebut, Aisyah memaklumkan bahawa Muhammad Ziqri sudah tidak membuat perangai nakal dan mengganggu rakan-rakan sekelas lagi.
“Alhamdulillah, sekarang dia tak ganggu kawan-kawan lain. Mungkin dia ambil pengajaran dengan apa yang saya dah buat,” katanya.
Selain itu, Aisyah turut menyarankan kepada ibu bapa lain supaya sentiasa sabar dalam mendidik anak-anak terutama mereka yang terlalu aktif.
“Saya faham memang sukar untuk kita jaga anak-anak yang aktif, tetapi setiap anak itu membawa sebuah amanah dan tanggungjawab,” tambahnya ringkas.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Che Ta bukan mak mentua cerewet - "Nanti menantu takut nak balik rumah kita." Pelakon popular, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, mengakui dirinya bukanlah seorang bakal ibu mentua yang cerewet dalam mendidik keharmonian rumah tangga.