Penghibur Lagenda Tanah Air, Datuk Jamal Abdillah, 63 dan isteri, Zai Izzati Khiruddin, 27, sepakat memilih tarikh cantik, 22 Februari depan bagi menyambut kelahiran cahaya mata kelima mereka.
Bukan hanya berkongsi tarikh kelahiran, tetapi bapa kepada empat cahaya mata ini juga sudah memilih nama yang istimewa buat cahaya mata kelimanya itu.
Menurut Datuk Jamal, isterinya dijangka akan bersalin pada 28 Februari ini, namun isterinya sanggup melahirkan anak secara pembedahan kerana mahu dapatkan tarikh kelahiran ‘cantik’ itu.
“Jika diikutkan, isteri akan bersalin pada 28 Februari. Namun, Insya-Allah, Zai melahirkan anak secara pembedahan pada 22 Februari ini.
Ads
“Tarikh 22 Februari dipilih kerana angka cantik. Tetapi sebagai manusia, kita hanya mampu merancang,” katanya berkongsi.
Iskandar Rayyan Yamani Penyeri Baru Dalam Keluarga
Bukan hanya berkongsi pada umum tarikh kelahiran, malah Datuk Jamal dan isteri juga berkongsi nama yang dipilih untuk si comel putera kesayangan mereka iaitu Iskandar Rayyan Yamani.
Ads
“Pada mulanya hendak letak nama Iskandar Zulkarnain. Namun, nama itu sudah biasa didengar. Jadi, kami pilih Iskandar Rayyan,” katanya.
Walaupun usianya sudah 63 tahun, namun Datuk Jamal tidak lokek membantu isterinya menjaga dua anak mereka dan kini kembali bersedia untuk menimang cahaya mata baru.
Terdahulu, Datuk Jamal mendirikan rumah tangga dengan Zai Izzati pada 1 April 2017 dan dikurniakan dua cahaya mata Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamani berusia setahun lebih. Datuk Jamal juga mempunyai dua anak lelaki iaitu Osama Yamani, 21, dan Ahmad Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan terdahulu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum mengetahui, kalau ada ahli keluarga kita yang jatuh sakit mesti kita akan membawa mereka ke hospital atau klinik untuk membuat pemeriksaan. Pun begitu, ada satu perkara yang sering kita terlepas pandang dalam bab pemilihan pakaian yang sesuai untuk berjumpa doktor. Biasanya, capai sahaja baju yang ada dan terus bergegas ke klinik.
Pun begitu ada juga segelintirnya bila diberikan tarikh temujanji untuk membuat pemeriksaan lanjut, siap datang dengan penuh bergaya. Namun tahukah anda, tersalah pemilihan pakaian akan menyukarkan proses untuk doktor memberi rawatan dan sekali gus menyukarkan anda juga.
Oleh itu, ada baiknya kita dengar nasihat daripada Doktor Muhammad Izzat ini yang turut dimuat naik di akaun fbnya untuk manfaat bersama.
Ini pesanannya….
Kalau nak pergi check doktor, tak payah la pakai tudung lilit-lilit, kan payah dah nak cek telinga, nak cek leher nak periksa thyroid. Pakai tudung biasa-biasa dah.
Kalau nak pergi cek mengandong pula takyah la beriya nak pakai jubah. Pakai baju biasa-biasa sudah. Bila suruh selak perut nak scan segan pula. Kalau nak juga pakai jubah, sila lah pakai kain satu lagi di dalam, atau leggings ke, senang la nak selak perut untuk check perut dan scan.
Baju jubah lip lap berlabuci dan tudung Siti Nurhaliza ka Ramlah Ram ka Fazidah Joned ka Sanisah Huri ka, tudung artis suam-suam kuku tinggalkan kat umah bila pergi jumpa doktor.
Pakai biasa-biasa sudah, tudung mak jah pun dah cukup, melainkan lepas jumpa doktor tu hangpa ada konsert atau nak buat persembahan kat Royal Albert Hall London.
Kalau pakai tudung makcik bawang macam kat bawah ni pun dah ok dah, tudung makcik bawang takpa, jangan perangai makcik bawang je.
Hak korang la nak pakai tudung instant ke tudung 3 in 1 ke, asalkan bila doktor nak periksa tu senang la, takda la nak tunggu 10 jam nak tanggalkan pin satu satu.
Posting daripada doktor ini juga menarik ramai netizen memberi pandangan dan berkongsi pengalaman berkenaan hal pemakaian ketika berjumpa doktor. Ini antara yang menarik untuk dikongsikan.
Baru-baru ini Farid Kamil menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 40 tahun.
Walaupun diadakan secara sederhana dengan sambutan bersama isteri dan anak-anak namun tetap bermakna dan penuh kasih sayang.
Sambutan hari lahir itu dimuat naik oleh Diana Danielle menerusi laman instagramnya. Menerusi perkongsian tersebut, Diana memuat naik satu video di mana dia dan anak-anak Muhammad dan Nur Aurora menyanyikan lagu hari jadi buat Fraid Kamil.
Di dalam kapsyen yang dmuat naik itu, Diana menjelaskan kenapa ia dibuat beberapa hari lewat dari tarikh sebenar iaitu 5 Mei yang lalu. Menurut Diana, suaminya tiada di rumah kerana terbabit dalam penggambaran siti TV terbarunya.
Usai kepulangan suami tersayang, Diana menyediakan sepotong kek batik moden dengan lilin di atasnya untuk sama-sama meraikan hari jadi suaminya bersama anak-anak.
Apa yang istimewanya, selepas selesai menyanyikan lagu hari jadi, mereka sekeluarga sama-sama memotong kek tersebut kepada empat bahagian.
Farid kemudiannya menyuapkan sepotong untuk anak perempuannya Aurora, diikuti Muhammad dan kemudian isteri kesayangannya.
Selepas itu, giliran Diana dan anak-anak pula menyuapkan pada Farid. Sangat sweet dan penuh kasih sayang. Walaupun simple namun sambutan hari lahir yang cukup bermakna buat mereka sekeluarga.
Apa yang menyentuh hati apabila Farid kemudiannya memeluk anak-anak dan isterinya sambil mengucapkan terima kasih atas ingatan mereka terhadapnya.
Balik kerja dah tentulah kita penat seharian. Kerja pula bukan sekadar masukkan bahan dalam komputer dan simpan seperti dulu-dulu. Sekarang nak kena fikirkan dua tiga kerja yang terpaksa jalan sekali harung.
Sampaikan ada ibu nak tidur malam pun masih termimpi-mimpi pasal kerja. Malah ada juga yang sempat buat bahan ketika susukan anak jam tiga pagi. Ya..itulah cabaran ibu hari ini.
Nak masak? Ya soal masak memang jadi semakin mencabar bilamana kerja makin bertambah dan badan terlalu penat untuk masak. Akan tetapi yang semua ibu kena
tahu kuasa memasak sangatlah hebat bagi si kecil anda. Mengapa?
Momen indah dengan makanan
Dari kecil sampai besar makanan ibu nilah yang buat anak terkenang-kenang sampai bila. Sampai tahapnya sarapan pagi ibu misalnya akan jadi satu makanan tradisi yang tak mungkin si anak boleh cari di mana-mana walaupun hanya sekadar nasi goreng putih biasa tanpa ayam, bilis atau telur. Nasi Goreng Legend, Sedap sampai bila-bila.
Suasana kelam kabut
Balik rumah dah maghrib dan rumah jadi hingar bingar bila uruskan anak nak susu, mandi dan sebagainya. Ketika ini jugalah ibu berperang dengan periuk dan kuali di dapur. Tambah bingit bila si ibu hanya bagi arahan itu dan ini daripada dapur dan sesekali keluar menguruskan anak.
Itu belum masuk lagi anak nak berkepit dan pegang kaki ibu. Rimas tapi inilah momen yang akan dirindui satu hari nanti bila anak sudah mula memilih jalan mereka sendiri. Jadi jangan mengeluh.
Kenyang Perut
Bila perut lapar semua jadi tak kena. Anak meragam, ayah gelisah dan satu rumah boleh berdentum bila makanan tidak masuk ke dalam perut. Semua keadaan jadi tak tenang. Jadi sebaik balik ke rumah, cubalah memasak walau hanya berlaukkan telur kicap dan bilis goreng. Itu sudah memadai untuk buat perut kenyang. Bila perut dan kenyang, masing-masing boleh terlena dengan nyenyak.
Raikan hujung minggu
Hujung minggu jangan pula asyik makan di luar. Jadikan waktu hujung minggu waktu bersama dengan keluarga. Raikan mereka dengan makanan. Kalau nak hujung minggu saja tanyakan apa yang anak-anak nak makan supaya dia sendiri rasa gembira dan tak sabar.
Ajar anak-anak masuk dapur dan menikmati kesibukan kacau bilau dengan mereka dan kemudiannya makanlah bersama-sama. Itulah waktu emas bagi mereka. Semua ini momen indah.
Makanan tradisi
Ya..semua makanan ibu adalah makanan tradisi yang akan kita bawa bila sudah besar. Bila di rumah sewa kita asyik telefon ibu bagaimana nak buat resipi itu ini dan bila sudah berkahwin, kita minta ibu tolong ajarkan sampai sedap supaya kita nak suami dan anak-anak rasa sedapnya sama macam nenek buat. Kita nak anak-anak kita terkenang-kenangkan rasanya sampai besar.
Tahu apa anak mahu
Bila anak sudah besar, harus ada satu makanan yang memang dia suka sejak kecil. Misalnya nasi goreng atau sambal bilis ibu, air tangan ibunya sendiri. Kalau kita tak masak, macam mana nak tahu apa kesukaan anak-anak kita dan bagaimana menu tradisi nak disampaikan pada generasi akan datang.
Dan kerana itu jugalah kita perlu masak hari ini untuk anak-anak kita!
Tip Masak Ekpress
* Kisar bawang merah dan bawang putih pada hujung minggu dan simpan dalam peti ais.
* Ketika hendak pergi kerja, letakkan bahan basah seperti ikan di bahagian bawah supaya tidak perlu menunggu lama apabila hendak masak.
* Ikan pula simpan dalam bekas kecil untuk satu hidangan, supaya lebih cepat cair dan tak perlu tunggu lama untuk masak.
* Masak menu ringkas sahaja di malam hari. Pilih bertumis dan didih sahaja supaya lebih cepat.
* Tak perlu menu berat seperti bersantan atau yang dimasak lama seperti rendang dan sebagainya untuk anak-anak makan malam. Menu ringkas seperti masak
kicap, sayur tumis dan sebagainya sudah memadai.
* Fokus ketika memasak.
* Peruntukkan waktu hanya 30 minit atau paling lama 1 jam sahaja ketika masak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Michelle Yeoh mencipta pencapaian membanggakan apabila dinobatkan The Asian Filmmaker of the Year 2026 sempena Festival Filem Antarabangsa Busan ke-31.