Hasil tangan seorang kanak-kanak melukis anime wajah Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri meraih perhatian ramai.

Perkongsian tersebut dimuat naik ayahnya Fizie Joe  menerusi laman facebook.

“Ya Lah… Macam Atuk Masa Muda Dulu.” Lukisan Wajah ‘Anime’ Raih Perhatian Perdana Menteri. Kreatifnya!

Amira : Papa, dia ni presiden Malaysia ke?

Papa : Ehh bukan, kita tak guna istilah presiden, kita guna istilah perdana menteri.. dia ni perdana menteri Malaysia.. Dato Seri Ismail Sabri nama dia..
Terima lah anime Pak Long Mail Ismail Sabri Yaakob by Nur Amira Hafizi ..

 

“Amira baru berusia  10 tahun. Dia memang minat melukis sejak umur dia 3-4 tahun lagi. Dia memang pandai sendiri..saya tak penah ajar dia melukis, ” ujar saudara Fizie lagi ketika ditemubual wartawan Majalah Keluarga.

IKLAN

Rata-rata yang melihat hasil karya adik Nur Amira ini tampak teruja dan turut memujinya kreatif dan cukup berbakat.

“Ya Lah… Macam Atuk Masa Muda Dulu.” Lukisan Wajah ‘Anime’ Raih Perhatian Perdana Menteri. Kreatifnya!

 

Wah kakak berbakat. Fuhhhh power mira, boleh asah bakat ni. Atok mail Ismail Sabri Yaakob nak jumpa amira tu. Cantiknya, Berbakat la

IKLAN

Lebih istimewa lagi, perkongsian tersebut turut mengundang perhatian daripada orang nombor satu negara ini.

“Ya Lah… Macam Atuk Masa Muda Dulu.” Lukisan Wajah ‘Anime’ Raih Perhatian Perdana Menteri. Kreatifnya!Menerusi akaun facebooknya, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada Nur Amira kerana sudi melukis wajahnya dalam bentuk anime.

Gambar atuk ke tu?
Ya lah… macam atuk masa muda dulu..
Terima kasih Nur Amira kerana melukis ‘anime’ atuk.
Atuk bangga dengan Nur Amira yang sangat kreatif dan berbakat.
Kalau Amira boleh beri gambar tu pada atuk, InsyaAllah kalau atuk ada kelapangan waktu, nanti atuk jumpa Amira.
Kita jumpa nanti…
Saudara Fizie tatkala ditanya mengenai perkongsian  Perdana Menteri mengakui  terkejut dan teruja.
Saya tengah kerja..baru sempat pegang hp..tu lah terperanjat saya. Mesti Amira  pun teruja.

“Dia tak tau lagi ni.. sebab dia sekolah hari ni..balik sekolah nanti saya cerita kat dia PM nak jumpa.” ujar Fizie lagi.

IKLAN

Sumber:


ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden

ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu

BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI