Jarang-jarang berkongsi gambar peribadi, perkongsian pelakon cantik manis, Lisa Surihani yang memuat naik gambar bersama suami dan ketiga-tiga anaknya mendapat perhatian ramai.
Menerusi Instagramnya, Lisa memuat naik beberapa keping gambar bersama Yusri serta tiga anak mereka, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Paling menarik pastinya gaya sedondon Yusri bersama dua anak lelakinya, Yusof dan Yunos yang mengenakan kemeja t sama. Memang nampak comel.
Ads
Tidak kurang comelnya Lisa dan anak sulungnya, Yahaira yang mengenakan baju berwarna merah jambu pekat.
Bonding keluarga ini yang dikongsikan ini menerima lebih 45 000 tanda suka dari peminat kedua-dua penyanyi dan pelakon ini. Apa lagi melihat aksi comel mereka berlima.
Ads
Bahkan anak-anak Lisa dan Yusri turut dipuji comel dan cantik, gabungan wajah ibu dan ayahnya.
Meninjau diruangan komen rata-rata wargamaya turut mendoakan agar keluarga ini sentiasa dilindungi malah terus berkasih sayang dan bahagia sampai syurga.
Terdahulu, Lisa dan Yusri mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari konvokesyen sememangnya saat paling istimewa bagi setiap mahasiswa yang berjuang bertahun-tahun demi segulung ijazah dan biasanya diraikan bersama keluarga dan orang tersayang.
Bagaimanapun kita hanya mampu merancang dan adakalanya perancangan itu tidak kesampaian.
Sebagaimana dikongsikan Ayeesha Hisham, 25 menerusi Instagram, dia terpaksa meraikan hari bahagia itu tanpa kehadiran keluarga tersayang.
Video linangan air mata ketika membuat panggilan video bersama ibu tersayang pada hari konvokesyennya Julai lalu cukup menyentuh hati netizen.
Ayeesha berjaya menamatkan pengajian dalam bidang psikologi di Universiti Bangor, United Kingdom.
“Kejadian ini berlaku dalam masa kurang dua bulan sebelum mama meninggal dunia disebabkan kanser paru-paru yang didiagnos pada Mac.
“Ia merupakan hari penuh dengan emosi bagi saya. Saya menunggu dua tahun untuk majlis istimewa ini tetapi tiada seorang pun daripada ahli keluarga boleh datang sebab mama tengah sakit.
“Pihak universiti membuat pengumuman mereka mengadakan majlis itu beberapa hari selepas kami tahu mama sakit. Dia berkeras memaksa saya untuk pergi,” ujar Ayeesha.
Untuk rekod sepanjang pengajian Ayeesha belajar secara hibrid dengan mengikuti pembelajaran di rumah dan hanya menghadiri kuliah secara fizikal selama enam bulan terakhir di universitinya.
Bagaimanapun Ayeesha bersyukur apabila teman lelaki serta ibunya hadir memberi semangat pada hari graduasi berkenaan.
Bercerita lanjut, Ayeesha berkata keadaan ibunya yang tidak menentu pada ketika itu membuatkan dia berasa takut untuk berjauhan walaupun untuk beberapa hari.
“Tapi mama sentiasa minta saya pergi untuk hari konvokesyen. Tak kira apa pun.
Ayeesha menamatkan pengajian dalam bidang Psikologi Universiti Bangor, sebelah utara Wales.
“Saya akhirnya memutuskan untuk pergi apabila tahap kesihatan dia bertambah baik pada pertengahan Mei. Tetapi apabila kesihatan dia merosot semula pada Jun, saya kembali rasa teragak-agak untuk pergi,” katanya lagi.
Difahamkan ibu Ayeesha meninggal dunia sekitar September lalu.
Mengenai video yang dikongsikan di media sosial baru-baru ini, Ayeesha berkata ia merupakan momen paling bermakna dan akan diingati sampai bila-bila.
“Waktu itu mama tak ingat di mana saya berada, jadi saya terpaksa jelaskan perkara itu setiap kali saya bercakap dalam telefon dengan dia.
Ayeesha (tengah) bersama Arif dan ibunya.
“Tetapi panggilan singkat saya dengannya selepas saya terima ijazah saya ini terpahat di minda dan hati saya. Saya senang hati apabila perbualan menerusi panggilan video (VC) ini saya berjaya dirakamkan.
“Saya rindukan senyumannya. Saya rindukan dia sangat. Semoga Allah merahmatimu dan menempatkan mama di syurga tertinggi. Saya sayangkan mama. Al-fatihah,” tulisnya di ruangan kapsyen video tersebut.
Musibah pandemik Covid-19 menyaksikan pelbagai ujian dan dugaan terpaksa dilalui bukan sahaja di negara kita bahkan di seluruh dunia. Namun, ada hikmah disebalik ujian yang hebat ini.
Selain barisan petugas barisan hadapan berjuang memerangi Covid-19, masyarakat juga turut berganding bahu membantu sedaya yang mampu kepada mereka yang memerlukan. Bahkan rakan selebriti juga tidak ketinggalan berbuat demikian.
Terpanggil untuk menyuntik keceriaan kepada ‘rider’ atau penghantar makanan, Zara Zya yang aktif melakukan kerja kebajikan merancang mahu menyediakan pek bungkusan istimewa kepada golongan berkenaan.
Bagaimanapun aktres yang menggerakkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Prihatin Tanpa Sempadan memerlukan sejumlah dana bagi merealisasikan niat berkenaan
“Kalau ikut kemampuan diri saya boleh sediakan pek makanan, minuman beserta pelitup muka dan sanitasi tangan, namun terbatas untuk bantuan skop kecil.
“Namun saya berasakan lebih baik niat baik ini dilakukan bersama mereka yang sama sama sudi menyumbang. Lagi ramai yang beri sumbangan, insya-Allah lagi luas skala bantuan ini boleh dianjurkan,” kata Zara
Menurut Zara, golongan penghantar makanan juga menjadi ‘frontliners’ atau pekerja barisan hadapan selama ini demi perut pelanggan ketika zaman pandemik COVID-19.
“Mereka juga terdedah dengan pelbagai risiko, jadi saya rasa mahu menyumbang sesuatu untuk golongan ini. Kecil atau besar bantuan itu, pastinya tetap memberi makna tersendiri kepada golongan berkenaan.
“Saya sendiri antara yang turut menggunakan khidmat mereka. Pernah saya curi masa golongan itu dengan bertanyakan apa yang mereka perlukan sebenarnya. Kebanyakan memberi jawapan mereka perlukan pelitup muka dan sanitasi tangan.
“Daripada situ saya terfikir untuk menganjurkan bantuan ini. Pastinya ada di antara mereka pun tak sempat menjamu selera kerana terkejar kejar masa penghantaran. Jadi makanan dan minuman juga boleh membahagiakan mereka. Bahagian makanan yang akan diagihkan saya sendiri akan memasaknya di rumah seperti menu nasi ayam atau beriani,” katanya.
Sebagai permulaan, dia akan meletakkan pek sumbangan itu di beberapa lokasi stesen minyak di Setia Alam.
“Saya mensasarkan untuk meletakkan sekitar 30 ke 50 pek bungkusan di setiap stesen minyak.
“Jika ada sumbangan lebih kelak, boleh kita luaskan lagi kawasan pengagihan sumbangan,” katanya
Bagi yang ingin memberi sumbangan boleh berbuat demikian dengan ke Instagram @malaysia.prihatin. Atau terus ke akaun bernombor 8010356849 CIMB Bank di bawah nama Pertubuhan Prihatin Tanpa Sempadan atau WhatsApp ke talian 017-8218385
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pasangan suami isteri dan juga pelakon terkenal, Zahirah MacWilson dan suaminya Aiman Hakim Ridza kini membilang hari untuk menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Menyedari ramai peminat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai bayi yang bakal lahir, pasangan ini sering memuat naik perkembangan terbaru mereka.
Terbaru, pasangan ini menerusi posting di InstaStory pasangan ini memuat naik gambar berada di dalam pesawat ke Australia.
Menerusi perkongsian tersebut, pasangan ini mengucapkan selamat tinggal Malaysia dan akan kembali tahun hadapan bersama cahaya mata sulung.
Difahamkan, Zahirah yang dijangkakan akan bersalin dua bulan lagi mungkin pulang ke kediaman ibunya di Perth, Australia bagi menyambut kelahiran bayi di sana.
Sebelum itu, ibu kepada Zahirah iaitu Maslinda Yusoff turut memuat naik perkongsian yang mendoakan perjalanan anak serta menantunya dipermudahkan dan tidak sabar bertemu mereka dalam masa dua minggu dari sekarang iaitu selepas tempoh kuarantin diri tamat.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.