Tular Hingga 3.6 Juta Tontontan, Gadis Ini Kongsi Cara Betul Bersihkan Kurma Agar Bebas Ulat Sebelum Makan.

Share

Setiap kali menyambut bulan Ramadan, kurma dijual di merata negeri malah pelbagai jenama dapat diperolehi buat juadah sahur dan berbuka untuk semua umat Islam.

Kurma kaya dengan nutrisi untuk tubuh, malah ia turut dibuktikan apabila tubuh kekal bertenaga bulan Ramadan. Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.

Selain di makan begitu aje, air rendaman kurma atau juga dikenali sebagai air nabeez sangat berkhasiat.

Namun, sebelum makan kita perlu memastikan kebersihannya. Bukan sekadar membasuh dengan air tetapi dengan campuran garam.

Ia membantu mengeluarkan ulat yang tidak dapat dilihat secara mata kasar. Sebagaimana perkongsian TikTok ini oleh @Azween_Muzani. Tular sehingga cecah 3.6 juta tontonan.

Ikuti cara gadis ini menunjukkan cara-cara membersihkan buah kurma.

Cara bersihkan kurma

@azween_muzaniKurma ada ulat kena cuci dulu. #ramadhan #ramadhantiba
♬ original sound – Azween_Muzani

Kurma ada ulat kena cuci dulu. Rendam dulu dengan air garam antara 10 hingga 15 minit.

Tapis dulu airnya. Inilah hasilnya apabila kelihatan ulat.

Cara simpan selepas basuh

Keringkan airnya dan dap-dap dengan tisu. Untuk simpan lapikkan dengan tisu supaya supaya kekal segar.

 

@azween_muzaniReply to @aqilah12494 hi.. semoga membantu 🤗♬ original sound – Azween_Muzani

Pastikan basuh dahulu kurma sebelum makan. Selamat berbuka puasa!

Sumber: Tiktok azween_muzani

IKLAN