Setiap kali menyambut bulan Ramadan, kurma dijual di merata negeri malah pelbagai jenama dapat diperolehi buat juadah sahur dan berbuka untuk semua umat Islam.
Kurma kaya dengan nutrisi untuk tubuh, malah ia turut dibuktikan apabila tubuh kekal bertenaga bulan Ramadan. Buah kurma mempunyai pelbagai khasiat yang baik untuk kesihatan.
Selain di makan begitu aje, air rendaman kurma atau juga dikenali sebagai air nabeez sangat berkhasiat.
Namun, sebelum makan kita perlu memastikan kebersihannya. Bukan sekadar membasuh dengan air tetapi dengan campuran garam.
Ia membantu mengeluarkan ulat yang tidak dapat dilihat secara mata kasar. Sebagaimana perkongsian TikTok ini oleh @Azween_Muzani. Tular sehingga cecah 3.6 juta tontonan.
Ikuti cara gadis ini menunjukkan cara-cara membersihkan buah kurma.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah meramalkan negara akan berhadapan dengan hujan lebat berterusan dan risiko banjir berskala besar mulai pertengahan November.
Sudah pastinya ramai antara kita sudah siap sedia berdepan menghadapi musim banji dan perubahan cuaca ini.
Rata-rata di media sosial ramai yang berkongsi persiapan yang perlu dilakukan untuk memastikan keselamatan keluarga.
Menerusi perkongsian, Taufiq Razif berkongsi gambar bahawa telah bersiap sedia untuk menghadapi banjir apabila membeli bot untuk tujuan kecemasan apabila berlaku sebarang bencana.
Katanya ia pertama kali dia serius bersiap sedia menghadapi musim banjir. Bak kata perpatah sediakan payung sebelum hujan, ini yang patut kita lakukan.
“Serius ni kali pertama saya bersiap sungguh sungguh untuk hadap musim banjir.”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Serius ni kali pertama saya bersiap sungguh sungguh untuk hadap musim banjir.
Bila baca berita gajah sampai naik bukit saya rasa tak sedap hati sangat. Lagi lagi bila fikir mak ayah di Terengganu. Dah la tak jauh mana pun rumah mak ayah dengan empangan Kenyir tu. Aduh! Seram!
Saya pula di Melaka. Walaupun kawasan rumah saya agak tinggi tapi tepi rumah ni ada sungai buatan. Risau pulak kalau air melimpah sampai ke rumah.
Walaupun rumah saya ni dua tingkat tapi tak pelik pun kalau banjir besar tiba-tiba sampai tenggelam naik ke tingkat atas kan.
Saya beli bot ni pun sebenarnya untuk test dulu sebelum nak belikan pada mak ayah di kampung. Nampak macam okay. Ringan dan kuat badannya.
Ingat nak beli yang jenis kaca gentian tu tapi kang tak pasal pasal jadi merapu nak pergi mancing pulak kang
Yang mana ada kemampuan kewangan tu pakat beli lah satu untuk mak ayah di kampung.
Ada yang murah, ada yang mahal. Belilah ikut kemampuan masing masing lagi lagi di tempat yang memang selalu kena banjir tu.
Ingatlah orang yang tersayang dan bak kata pepatah sediakanlah payung sebelum hujan!
RAMAI MENGAKU SERIUS BUAT PERSIAPAN HADAPI MUSIM BANJIR
Meninjua di ruangan komen rata-rata bersetuju dengan perkongsian saudara Taufiq Razif yang melakukan persiapan awal.
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mendambakan kehadiran si kecil bergelar anak dalam melengkapi hidup mereka. Namun jika belum tertulis rezeki buat pasangan tersebut, redha dan bersyukur adalah cara terbaik dalam memujuk hati. Mungkin belum masanya lagi untuk anda dikurniakan anak.
Begitu pun, sikap sesetengah masyarakat yang memandang sinis kepada pasangan yang belum memiliki anak seolah-olah itu menjadi satu kesalahan buat mereka.
Salah seorang pengguna Facebook Farhad Hassan baru-baru ini berkongsi luahan hati dan kisahnya apabila sering mendapat pertanyaan sedemikian daripada sanak saudara. lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitiri.
Perkongsiannya menerusi akaun Facebooknya telah mendapat lebih 5 ribu tanda suka sejak dimuat naiknya. Ikuti kisah dan luahan hati suami ini.
AIDILFITRI TANPA CAHAYA MATA
Aku percaya bila hari raya je, mesti akan banyak soalan pasal anak ni oleh saudara mara/kawan. Aidilfitri tahun 2019 ni tahun kelima aku beraya tanpa cahaya mata dengan cik isteri. Berdua kemana-mana.
Bila orang tanya, dah habis rasanya template jawapan ni nak jawab. Usaha sudah, berubat sudah, jumpa pakar pon sudah. Tapi belum ada rezeki lagi. Kalau Allah belum berkehendakkan benda tu jadi, buat macam mana pon takkan jadi.
Berendam air mata
Banyak benda yang orang luar tak nampak . Rasanya da berpuluh test da di beli. Tiap-tiap kali negative, cik isteri senyum je geleng kepala. Habis berendam air mata aku tengok.
Bila baca berita kanak-kanak dibuli, didera, ditinggalkan, bayi dibuang, teresak2 cik isteri menangis. Mungkin terkilan amanah Allah yang sangat-sangat diidamkan ibarat tiada nilai pada sesetengah orang.
Jangan pertikaikan Allah
Tapi aku selalu ingatkan jangan sesekali pertikaikan Ya Allah, kenapa Kau pilih aku? Kenapa aku yang belum dikurniakan cahaya mata? Sebab pernah tak kau cakap macam tu bila tengah happy?
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat cabutan bertuah Honda Civic ni?”
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat bonus 3 bulan gaji ni?”
“Ya Allah, kenapa aku yang dipilih dapat melancong free ni?”
Belum rezeki anak, Allah bagi rezeki lain
Sabar, Allah itu maha adil. Mungkin belum ada rezeki anak tapi Allah bagi rezeki dalam bentuk lain.
Jangan ingat yang tak de anak je yg diuji, yang dah ada anak lain pula ujiannya. Ada yang tiada me time, tiada masa dengan pasangan sendiri, tiada masa melepak, tak cukup duit dan macam-macam lagi.
Jangan jatuhkan darjat isteri
Tiada yang kurangnya pun perkahwinan korang kalau belum dapat cahaya mata. Jangan ada rasa kurangnya isteri tu bila dia belum dapat bagi zuriat. Jangan jatuhkan darjat isteri kau, dan jangan calarkan maruah lelaki lain dengan berfikiran naif macam ni.
Sibuk fikir salah pasangan tak dapat kurnia zuriat, tapi kau sendiri lupa nak bimbing bacaan quran isteri, perbetulkan solat sama-sama, tak tunaikan tanggungjawab sebagai suami.
Untuk pasangan yang belum dikurniakan cahaya mata, jangan bersedih. Mungkin Allah belum beri rezeki zuriat tu sebab tau kekangan wang yang kita ada?So guna masa yang ada untuk cari duit lebih banyak2 untuk simpanan masa akan datang. So bila ada rezeki anak tu, cukup semua makan pakai.
Beri sokongan moral pada isteri
Gunakan masa yang ada berbakti kepada ibubapa, pasangan, pergi melancong, pergi tengok marathon movie yang anda minat, spend masa dengan pasangan anda macam waktu bercinta dulu.
Kalau yang niat bertanya atau berkongsi pengalaman rasa tiada masalah. Jangan layankan sangat dengan AJK persatuan makcik bawang yang selalu menyindir. Biarkan mereka dengan mulut mereka. Sebenarnya diaorang cemburu dengan life honeymoon korang.
Sebagai suami, tugas kita bagi sokongan moral. Jadilah peneman yang bagi kata-kata semangat, menenangkan cik isteri. Jangan biarkan isteri kita keseorangan menahan tekanan tu. Kita dah janji nak sama-sama kan?
InsyaAllah saya doakan semua yang sedang membaca ni dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah. Semoga ada rezeki kita semua raya bertiga tahun 2020.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pastinya antara kita sedia maklum dengan kisah duka seorang wanita bernama Jahidah Nordin yang selamat melahirkan anak dalam keadaan koma secara pembedahan hujung tahun lalu gara-gara dianiaya oleh suami yang tidak berhati perut.
Kini anak lelaki yang diberi nama J Ehsan Nufail, usianya bakal genap setahun pada 30 November ini. Dapat dilihat melalui perkongsian daripada Fauziah, anak buahnya itu semakin bijak dan sihat walaupun ketika dalam kandungan doktor maklumkan kakinya agak kecil. Apatah lagi ibunya tidak pernah jamah apa-apa selain susu sepanjang koma dan terlantar atas katil.
Pun begitu, Fauziah menyatakan kerisauan dek kerana berat badan Nufail masih belum mencapai berat badan ideal. Apa tidaknya, sejak dalam rahim ibu lagi anak buahnya itu tak merasa makanan kecuali susu. Lantaran itu, Fauziah bertanyakan kepada warganet susu apa yang terbaik untuk menambah berat badan Nufail.
“Dah bulan 10 berat tak cantik lagi, semoga Nufail membesar sihat” kongsi Fauziah.
Nyata warganet begitu prihatin dengan Nufail, perkongsian video tersebut mendapat maklum balas dengan ramai yang berkongsi info dan mendoakan agar Nufail dapat membesar dengan sihat.
Selain itu, Fauziah Nordin ada berkongsi lagi kepada umum video yang turut menyentuh hati wargamaya. Dimana memperlihatkan gelagat Nufail yang sudah pandai mengesot meluru ke arah bilik ibunya. Seakan-akan anak kecil itu tahu di mana ibunya berada tanpa dibantu oleh sesiapa.
Mungkin siapa tahu, naluri anak merasakan ibunya sedang memanggilnya, “ibu..ibu…adik datang ni”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sayu menyaksikan tindakan anak tunggal Jahidah Nordin berkenaan. Dalam waktu yang sama, mereka turut mendoakan Nufail agar sihat membesar sekali gus dapat menjadi peneman setia serta ibunya.
kuat ye syg.. nanti bela nasib ibu mu.. semoga allah merahmati kehidupan mu syg🥰🥰🥰
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.