Anak adalah anugerah yang amat bernilai buat pasangan suami isteri. Kehadiran anak-anak memberikan kebahagiaan buat keluarga termasuk rezeki. Bak kata orang, setiap kelahiran anak itu punya rezekinya sendiri.
Malah anak ini adalah amanah tuhan kepada kita untuk mendidik mereka menjadi khalifah yang soleh dan solehah di muka bumi ini.
Justeru, untuk menjemput rezeki melimpah ruah, berbuat baiklah kepada anak-anak. Mereka ini adalah punca rezeki kita. Usahlah menjadi seorang selfish untuk membeli barang keperluan sendiri tanpa menghiraukan anak-anak.
Ikuti perkongsian oleh Mohd Fhais yang begitu terkesan dalam hati.
Rezeki Bocor Bila Ibu Bapa Selfish
Beli phone harga 3k cakap phone tu keperluan tapi mainan 3 ringgit untuk zuriat sendiri tak boleh alasan nanti anak manja minta mainan selalu.
Kadang kadang Allah turunkan dulu rezeki pada kita untuk uji kita. Bila kita sendiri tidak agihkan rezeki itu sebaiknya maka Allah tarik semula rezeki tu.
Contoh apa yang terjadi pada saya sendiri.
Tahun pertama full time bekerja sendiri dapat rezeki lebih saya beli iphone 6 plus dengan alasan reward diri sebab bisnes yang di buat berhasil.
Selama setahun guna elok je tapi lepas habis waranty penyakit aneh berlaku.
Saya penguna apple tegar dari dulu sebab kagum dengan OS dan ketahanan peranti dari rosak, phone yang lepas-lepas tak pernah rosak pun.
Penyakit aneh berlaku tiba-tiba sampai pakar repair iphone pun cakap tak tahu apa puncanya.
Ads
Penyakit aneh tu ialah bateri phone akan rosak setiap 4 bulan. Bateri jadi kembung, phone akan reboot sendiri.
Solution yang ada hanya tukar bateri setiap 4 bulan. Setiap 4 bulan kena keluar duit RM150.
Cukup 10 kali tukar bateri boleh dapat Oppo F7 baru sebab dah bocor RM1500.
Kalau dulu saya tak Selfish konon nak reward diri sendiri, sebaliknya reward anak dan isteri sekali mungkin rezeki tak bocor.
7 Amalan yang saya praktik selepas kebocoran ini supaya jadi peringatan jangan selfish :
1. Sentiasa peluk cium anak-anak sekurang-kurangnya sekali sehari. Boleh buat masa balik kerja atau masa jemput anak dari sekolah.
2. Jauhkan telefon dan kerja lain semasa di rumah dengan anak-anak.
Ads
3. Tumpu perhatian dan buat Eye-Contact dengan anak masa anak nak bercakap dengan kita.
4. Ubah diri kita jadi budak-budak masa bermain dengan anak-anak.
5. Cipta permainan atau aktiviti yang anak-anak seronok main bersama.
6. Jangan selfish nak ada Me-Time je. Anak-anak tak tahu pun benda tu, walaupun penat jangan abaikan mereka.
7. Bawa mereka ke tempat yang mereka boleh Explore, Learning & Sosial tapi Happy. Contoh play center, kids gym dan play house.
.
Mainan memang sinonim dengan budak, kekang macam mana pun mereka tetap akan teruja, gembira dan kenang budi bila dapat mainan kesukaan mereka.
Sama macam perasaan kita teruja bila dapat phone baru, sayang phone mesti tambah casing dengan screen protector takut phone calar.
Ads
Kalau di perhati betul-betul cara kita layan phone sama macam anak kita layan mainan dia.
Bercakap, belai dan bawak tidur mainan kesayangan tu.
Bukan mainan tu topik utama tapi perasaan mereka yang nak di highlight kat sini.
Jika mereka puas gembira maka anda senang puas dengan rezeki yang hadir.
Jika anak tidak puas gembira, rezeki turun setinggi gunung pun ada manusia yang tak pernah puas.
Anak-anak sejak dari dalam kantung ibunya lagi sudah disediakan rezeki untuk mereka, cepat atau lambat sahaja.
Janganlah kita terlalu taksub dengan maslahat mencari rezeki.
Yakinlah bahawa rezeki yang turun pada kita bukan atas usaha kita semata-mata tapi ia adalah pemberian Allah SWT kepada kita untuk disalurkan pada anak dan isteri.
Insyaallah rezeki yang bocor tadi akan di tambah berlipat kali ganda.
Jangan gadaikan akhirat dengan habuan dunia sementara ini, sebaliknya berlaku adil pada anak isteri dan beli mengikut keperluan dan bukan kemahuan kerana itu adalah sunnatullah.
Semoga bermanfaat.
P/s : Tolong jangan selfish, sampaikan juga pengajaran ini pada pasangan kita supaya keluarga anda dijauhkan dari kebocoran rezeki.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila anak kena rotan memang ibu ayah akan berlagak garang tapi dalam hati tetap sayang anak. Begitu juga penyanyi Siti Sarah Raisuddin yang menyakat anaknya yang dikenali Ariq Matin.
Video yang dimuat naik oleh Siti Sarah, tersebut memaparkan ayah kepada Siti Sarah sedang memarahi anak penyanyi itu.
Malah isteri kepada pelakon dan pelawak Shuib ini sempat turut berpura berpura menangis untuk menyakat anaknya. Jom kita lihat video ni. Mencuit hati!
Hubungan suami isteri sentiasa panas? Rasa tak selamat atau semakin hari rasa makin bertambah sayang? Itulah secebis emosi yang hadir daripada keserasian dengan pasangan kita. Soalnya benarkah kita serasi dengan pasangan?
Walaupun dah berkahwin lama hingga berbelas-belas tahun lamanya, kadang baru perasan yang kita tak serasi dengan pasangan. Ini bukan terjadi disebabkan sudah tidak lagi sefahaman tetapi mungkin disebabkan oleh beberapa perkara lain.
Serasi atau tidak, hanya kita yang mengetahuinya. Namun untuk membuktikan kita serasi atau tidak dengan pasangan kita atau bakal jodoh (bagi yang belum berkahwin), Ustazah Norbahyah Mahmood berkongsi 7 tanda bagi mengenal keserasian ini. Serasi ke tak jodoh kita? Jom periksa list ni.
1. Rasa bahagia dengan suami. Tiap kali berada bersamanya, kita akan sentiasa rasa gembira, sayang dan sentiasa rasa semuanya baik-baik belaka.
2. Boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikap. Serasi tidak semestinya semua perkara sama dengan pasangan kita. Contoh isteri dan suami rajin, sama-sama suka masak dan lain-lain.
Boleh bertolak ansur walaupun berbeza sikapnya, misalnya suami suka masak sementara isteri pula lebih suka kemas rumah. Kalau masing-masing boleh bertolak ansur macam ni, serasilah maksudnya.
3. Rasa tenang. Cuba check bakal suami kalau telefon rasa tenang tak. Bila kahwin pula kalau tengok muka dia kita rasa tak berserabut, rasa tenang dan tak rimas. Kalau suami telefon lagi kita rasa best!
Gambar hiasan.
4. Selalu ada di sisi kita lebih-lebih lagi dalam keadaan memerlukan. Kalau kita demam ke tak sihat dialah paling utama risaukan kita. Kalau dilanda masalah lagilah, dia orang pertama yang tampil selamatkan kita.
5. Kita rasa selamat bila berada di sisinya. Bila suami ada kat rumah, isteri rasa selamat. Bila duduk di rumah sentiasa rasa takut macam takutkan pada raksasa, itu kena nilai semula. Mungkin anda bukan pasangan yang serasi.
6. Perkenalan kita dengannya akan buat kita semakin dekat dengan Allah. Selepas berkahwin kita mula solat, pergi masjid, baca Al-Quran, tahajud, qiamullail bersama-sama pasangan. Kita berubah menjadi semakin dekat dengan Allah. Ini tandanya jodoh kita serasi.
Gambar hiasan.
7. Ketawa dan menangis pun bersama. Orang kata susah dan senang bersama-sama. Inilah keserasian hakiki dalam rumah tangga.
Jadi bagi yang dah lama berkahwin, kita kena nilai semula. Mana tahu kita boleh memperbaiki hubungan kita menjadi lebih baik untuk di masa akan datang.
Bagi yang belum berkahwin, periksa samada anda serasi atau tidak dengan bakal pasangan kita. Pilihlah jodoh yang baik, yang boleh memberikebahagian dunia dan akhirat.
Gambar hiasan.
Pilihlah suami atau isteri yang mempunyai agama, keturunan, cantik atau kacak dan memiliki harta untuk menyara kita.
Ketahuilah bahawa Allah akan berjuang dan sentiasa akan menolong mereka yang berkahwin dengan niat untuk menjaga kesucian dirinya. Jadi tak perlulah risau akan disempitkan rezekinya selepas berkahwin.
Jadi serasi atau tidak, ingatlah bahawa kitalah yang menentukan hala tuju dan matlamat kebahagian dan keharmonian rumah tangga kita. Jadikan perkahwinan kita ini bahagia sampai syurga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam mendidik anak-anak, kita sebagai ibu ayah turut berasa bimbang andai apa yang kita lakukan selama ini tidak sempurna untuk membimbang anak-anak menjadi insan yang berguna. Besar harapan kita juga agar setiap pengorbanan yang kita lakukan akan dihargai oleh anak-anak bilamereka besar kelak.
Berkongsi tip untuk jadikan anak-anak akan berterima kasih kepada ibu ayah, Aminat Matt Yusoff ada berkongsi cara yang boleh dipraktikkan oleh yang lain. Nak tahu lanjut, ini perkongsiannya.
Anak akan berterima kasih pada ibu ayah. Jika..
1. Kejut mereka solat subuh, seperti mengejutkan mereka lari dari kebakaran. Inilah yang arwah ayah saya buat dulu. Sebelum azan subuh, ayah akan ketuk pintu bilik sehingga anak-anaknya bangun dan berwuduk . Permulaan memang agak seksa dan payah tapi ibu ayah kena kental. Setelah anak-anak ini menjadi dewasa, mereka tidak akan putus-putus berterima kasih kerana bersabar dalam mendidik mereka.
2. Paksa mereka belajar al-Quran. Ajar sendiri atau cari guru mengaji. Arwah ayah guru agama tapi tetap menyuruh anak-anaknya cari guru ngaji sampingan untuk cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Kat rumah waktu pagi wajib talaqi dengan ayah, malam bersama dengan kawan-kawan sekampung ke kelas ngaji. Sampai sekarang terasa indahnya zaman kecil-kecil dulu. Tiada perkara yang membosankan hidup, penuh dan bermanfaat. Kadang tu peristiwa yang berlaku dalam kelas ngaji buatkan kita belajar sesuatu dan kenangan itu terus subur hingga kini.
Ada kajian yang dilakukan pada tahun 2018 mengatakan bahawa ramai murid tidak menguasai bacaan al-Quran kerana mereka skip kelas mengaji.
3. Ajar mereka tentang ikhtiar hidup. Mula dengan tanam touge, pokok-pokok kecil sehingga kepada kemahiran dan aktiviti yang lebih mencabar. Jangan biarkan mereka hidup dalam dunia khayalan, mengisi masa dengan bermain semata-mata dan menjadikan phone teman sejati. Anak lelaki arwah ayah berikan mereka tanggungjawab dan tanamkan keberanian, anak perempuan arwah ayah akan sediakan kelas-kelas untuk tambah ilmu ketuhanan dan adab. Alhamdulillah syukur..
4. Bantu anak-anak berkomunikasi dengan baik. Banyakkan berinteraksi, bermunaqashah dan lakukan aktiviti bersama-sama. Sekarang, bila mengimbau kenangan lalu, buat saya senyum sendiri. Aktiviti yang saya anggap biasa-biasa dulu tapi hari ini ia memberi inspirasi. Berkelah tepi parit yang di kelilingi sawah padi, arwah ayah bentang tikar dan adik beradik duduk bersantai sambil melihat pepatung berwarna warni. Allahu.. Bila saya lihat gambar pepatung, kenangan tu datang menyapa.
5. Anak-anak akan sangat-sangat berterima kasih kepada ibu ayah yang tidak pernah jemu melakukan solat secara berjemaah, masak berjamaah, makan berjamaah dan kemas berjamaah. Semangat kekeluargaan akan lahir setiap kali ada unsur kebersamaan dalam setiap tindakan.
6. 10 tahun kemudian, kenangan ini makin segar dan subur dalam ingatan anak-anak kerana setiap suatu yang memberi kesan positif dalam hidup akan memberi moment terbaik kepada seseorang.
Selamat berusaha ibu ayah yang hebat. Sinsing lengan, ketatkan kilas..Anak-anak comel sedang menunggu.
Usahawan 36 tahun gigih duduki SPM demi cita-cita bergelar doktor. Demi merealisasikan impiannya dalam bidang perubatan, seorang usahawan berusia 36 tahun, Rusni Shafiya Ruslan, bertekad untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.