Sebelum berakhirnya sesi persekolahan guru-guru di setiap sekolah akan mematikan setiap anak muridnya dibekalkan dengan buku-buku teks untuk kegunaan di tahun hadapan. Kebiasaannya juga, buku-buku tersebut diberikan kepada anak-anak kita terikat  kemas dalam satu ‘bundle’. Ada yang masih elok balutannya dan ada pula sesetengah buku ‘togel tanpa berbaju. Lebih menyedihkan jika buku yang diperoleh uzur keadaannya; terkoyak, hilang muka surat, bercontengan dan sebagainya.

Bila Anak Dapat Buku Teks Koyak Atau Rosak, Apa Ibu Ayah Perlu Buat? Ni Ada Cara Paling Win!

” Cikgu! Kenapa bagi buku koyak kat anak saya ni? Nanti akhir tahun cikgu salahkan anak saya dan anak saya yang kena denda pula. Saya nak tukar buku lain yang elok dan baru!” Tegas dan tinggi suara seorang bapa mengadu.

 Jika anak dapat buku teks sebegini, anda perlu tahu sebabnya.

  1. Murid tahun lepas hantar buku satu ‘bundle’. Dah ikat siap-siap.
  2. Cikgu kira dari tepi sahaja. Tanpa buka ikatan. Bila bilangan buku cukup dan nampak dari sisi elok, maka dianggap semua elok. Maka diserahkan pada murid untuk kegunaan tahun depan.
  3. Kalau buka setiap ‘bundle’, anda bayangkan nak kira dan ‘check’ satu-satu dan ikat semula. Kalau murid 2000 orang, dan setiap murid terima 20 buah buku, cikgu tu kena kira 40,000 buah buku, kepenatan cikgu tu nanti.
  4. Itu kecuaian murid tahun lepas sebenarnya. Murid itu tak jujur waktu serahan buku teks. Dan guru terlepas pandang hal ini.
  5. Buku percuma ni ramai sangat orang tak hargai. Sebab bukan beli guna duit mak ayah dia. Murid tak jaga, ibu ayah pun jarang bagi ingatan pada anak supaya jaga buku tu elok-elok.
  6. Sampai satu masa, buku rosak lebih banyak dari murid yang memerlukan. Nak tunggu stok buku baru, mungkin sampai lewat. Maka, solusinya bagi jelah buku walau rosak sedikit asal murid boleh belajar.

Apa perlu buat bila buku anak begini?

IKLAN
  1. Hubungi guru, bagitahu dia elok-elok. Jangan marah-marah, jangan bernada sinis.
  2. Tanya jika masih ada buku elok, jika ada tukarlah. Jika tiada, anda balut buku elok-elok dan bagi tahu guru yang itu bukan silap anak kau. Jadi akhir tahun nanti dia tak perlu ganti.

Bila Anak Dapat Buku Teks Koyak Atau Rosak, Apa Ibu Ayah Perlu Buat? Ni Ada Cara Paling Win!

Cara penyelesaian PALING AGUNG.

Anda pergi kedai, beli buku teks baru untuk anak. Balut elok-elok dan cermat. Akhir tahun nanti  jumpa guru sambil hantar buku dan cakap,

IKLAN

” Cikgu, sebenarnya akhir tahun lepas anak saya dapat buku teks koyak. Saya belikan baru agar anak saya selesa guna. Dan ni, saya nak wakafkan untuk pihak sekolah. Semoga banyak memberi manfaat pada murid-murid yang gunakan buku ini nanti.”

Kan hebat tu. Guru pun pandang anda dengan hormat. Murid lain pun dapat manfaat. Anda pun dapat saham akhirat. Lengkap!

Daripada anda pergi ke sekolah marah-marah hanya kerana sebuah buku teks yang harganya tak sampai RM10 pun. Mana lagi elok:-

IKLAN

– Kerana sebuah buku koyak martabat anda sebagai ibu bapa hebat jatuh.

– Kerana menggantikan sebuah buku, anda dipandang sebagai ibu bapa yang cakna.

Dan, hargailah buku percuma yang diberi saban tahun. Didik anak jaga dengan baik. Balut dan susun dengan elok agar buku tahan lama.  Didikan sebenarnya bermula dari rumah. Dan kita ibu bapa merupakan guru pertama dan selamanya untuk anak-anak kita. Ingat tu.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI