Sebagai ibu bapa kita memainkan peranan berperanan dalam mendidik mereka supaya pastikan anak-anak jadi insan berguna.
Justeru, dalam menghadapi zaman yang serba mencabar ini, sebaiknya bekalkan anak-anak dengan Al Quran.
Itu dah jadi satu kewajipan buat kita sebagai mak ayah. Bagi diri kita sendiri, kita kena cari masa untuk cuba bertafakur setiap hari. Rasa tak tenang, tak bahagia dan celaru dengan pelbagai perkara, kita kena periksa diri kita sendiri.
Lima perkara yang dinyatakan Ustazah Norhafizah Musa melalui sebuah program di Tv ini patut kita amalkan.
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
1. Ayat-ayat Quran. Setiap hari baca Quran. Baca walau satu ayat dan tadabbur bagaimana ia mempengaruhi aqidah kita, ibadah kita dan akhlak kita.
2. Pandang apa-apa disekeliling kita dan ingat akan kebesaran ALLAH. Semua tu Allah yang ciptakan!
3. Fokus pada kesyukuran. Celik mata kena syukur belum berada dalam kubur. Syukur hari ni masih lagi hidup, masih lagi boleh bertaubat, masih diberikan peluang tambah amal, masih boleh lihat orang-orang tersayang, masih lagi ada keluarga. Ukur kesyukuran kita.
4. Renungi kesalahan dosa-dosa kita. Ya ALLAH aku ni emosional sangat la. Ya ALLAH aku ni suka mengumpat. Aku ni suka ujub, aku ni suka check in check out, aku ni suka feeling bless feeling ohsem asyik upload FB. Nak puasa pun ambik gambar syukur rezeki sahur hari ni. Nak buka puasa upload gambar syukur ni menu buka puasa aku hari ni. Dah riak takabbur tunjuk amalan kat orang. Tengok balik kita punya posting, kita punya percakapan di FB, IG, Whatsapp ada tak kita ujub, riak, takabbur atau bajet bagus.
5. Renung tanggungjawab kita. Aku ni buat ke tak tanggungjawab aku sebagai seorang anak, sebagai isteri, sebagai suami, sebagai ibubapa, sebagai menantu, sebagai mertua, sebagai majikan, sebagai pekerja.
Ads
Lima perkara ni kena renungkan setiap hari terutama selepas solat, ketika kita dalam keadaan bersih hati kerana aura energy positif kita adalah selepas solat dan sebelum kita tidur.
Bila setiap kali kita renung ayat-ayat Allah, kita akan jadi hamba yang taat. Bila tengok apa-apa yang berlaku ingat Allah. Mata hati kita jadi lebih terang bila kita sedar akan kuasa Allah di mana-mana.
Apabila kita bersyukur, kita juga semakin kurang merungut setiap hari. Kalau kita lihat silap dan dosa diri, kita sibuk nak perbaiki diri sendiri, tak ada masa nak tengok berita nak lihat nak cari salah orang.
Kalau kita renungi tanggungjawab kita, kita akan jadi orang yang amanah yang menjalankan tanggungjawab. Insyaallah hidup kita akan jadi lebih tenang dan bahagia.
Nak tahu status hati kita tengok status ketenangan. Kalau kita solat tapi hati tak tenang ada something wrong dengan solat. Ada something dengan solat, takut ada something wrong dengan wudhuk.
Ads
Mekap yang tak dicuci dengan sebersihnya menggunakan makeup remover menyebabkan wudhuk tak sah. Wudhuk tak sah mengakibatkan solat tak sah. Bila solat kita Allah tak terima, hati tak tenang, hidup tak bahagia.
Begitu kata Ustazah Norhafizah.
Jadi kita kenalah muhasabah diri dan periksa diri kita setiap hari sepertimana yang disarankan oleh beliau.
Sepuluh ayat ni juga boleh anda amalkan setiap hari untuk jadi insan yang lebih baik. Usahakan diri untuk berubah.
10 Surah Yang Baik Di Amalkan Setiap Hari
1. Surah Al Fatihah – Baca ketika hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh dari gangguan syaitan.
3. Surah At Dhuhan -Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita selamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. Surah Al-Waqi’ah -Baca setiap malam, insyaallah tidak akan miskin.
5. Surah Al Khausar -Allah SWT akan mengabulkan hajatnya termasuk rezeki.
6. Surah Al-Khafirun -Perumpamaannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan.
7. Surah Al-Mulk – Lepas dari siksa kubur.
8. Surah Al Ikhlas -Terlepas kesusahan duniawi, dimudahkan gelombang sakratulmaut dan dihindarkan dari kegelapan kubur.
9. Surah Al Falaq -Terlindung dari godaan syaitan dan kejahatan manusia.
10. Surah An Nas – Buat hati lebih terang dan dilindungi daripada syaitan dan jin.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sakit sendi dan gout antara sebahagian sakit yang sering dialami oleh suami kita. Isteri mana yang tak susah hati bila tengok suami mengadu sakit sendi setiap kali selepas makan. Hati pasti rasa tak sampai hati setiap kali suami menahan sakit.
Selain pengambilan ubat yang dibekalkan, ada baiknya anda mencuba jus ini untuk encik suami. Selain memulihkan gout, masalah sakit sendi terutama sakit lutut juga akan dapat diatasi. Bonus berganda untuk suami anda. Anda sendiri pun boleh amalkan jus ini untuk kesihatan. Jadi kena cuba!
Bahan-bahan:
1 biji nenas
1 batang lobak putih
3 biji buah keras
Air secukupnya
1. Basuh kesemua buah ini bersih terlebih dahulu. Pastikan nenas dibuang putiknya hingga bersih.
2. Kemudian kisarkan bersama air secukupnya.
3. Tapiskan dan minum airnya setiap hari.
Amalkan jus ini setiap hari selama tiga bulan dan lihatlah hasilnya dalam tempoh itu. Jika keadaan makin berkurangan, amalkanlah jus ini secara berterusan. Jangan takut untuk mencuba kerana semua bahan yang digunakan berkhasiat dan tidak mendatangkan kemudaratan.
Selamat mencuba!
Foto: Petua Ibu
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memahami tugas kita sebagai isteri dan ibu, tentunya banyak kerja-kerja rumah harus dilakukan dan tidak hanya sibuk memastikan semuanya sempurna, bahkan kesihatan dan kecantikan diri juga perlu diambil kira.
Oleh itu, apa kata amalkan petua yang disenaraikan oleh Farah untuk info bersama. Jom semak.
Petua-petua untuk diamalkan.
✓ Semut benci timun, letakkan kulit timun berdekatan dengan lubang atau sarang semut atau di mana terdapat banyak semut.
✓ Untuk mengilatkan cermin, cucilah dengan minuman Sprite.
✓ Untuk menanggalkan chewing gum yang melekat pada baju, masukkan baju tersebut ke dalam freezer dan simpan selama 1 jam.
✓ Untuk memutihkan baju putih, rendam dengan hirisan lemon selama 10 minit.
✓ Untuk rambut nampak berseri, bubuh 1 sudu teh cuka makan dan sapu rata di bahagian atas rambut, kemudian terus dibilas.
✓ Untuk membanyakkan jus lemon, rendamkan lemon di dalam air panas selama 1 jam.
✓ Untuk menghindarkan bau busuk pada sampah di dapur, letakan sekeping roti ketika kita memasak.
✓ Kalau baju terkena dawat, untuk menghilangkannya, sapu ubat gigi pada tempat yang terkena dawat itu dan biarkan ubat gigi tersebut hingga kering kemudian baru cuci.
✓ Untuk menghindarkan tikus, taburkan serbuk lada hitam di mana tikus selalu ada. Tikus akan lari dan bermain jauh dari situ.
✓ Meminum air suam 1 atau 2 gelas sebelum tidur boleh mengurangkan 90% dari serangan jantung. Begitu juga bila bangun pagi.
Seperti yang kita maklum, air sangat penting pada sistem badan kita tapi kadang-kadang kita tidak ambil tau kenapa kita harus meminum air suam.
Meminum air pada masa yang sesuai dengan kadar maksimum yang diperlukan oleh tubuh manusia akan membawa kesan yang baik:
• Meminum 1 gelas air selepas bangun boleh mengaktifkan organ-organ dalaman.
• Meminum 1 gelas air 30 minit sebelum makan membantu penghadaman.
• Meminum 1 gelas air sebelum mandi boleh membantu mengurangkan tekanan darah.
• Meminum 1 gelas air sebelum tidur boleh menghindarkan stroke dan serangan jantung.
*Jangan kedekut ilmu. kongsi untuk manfaat bersama..
sumber : Farah Nur Fadzil
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Malang tidak berbau, pelakon otai Shahronizam Noor terlibat dalam kemalangan kecil yang menyebabkan jari kelingkingnya putus. Kejadian difahamkan berlaku ketika dia sedang memotong ayam untuk diberikan kepada kucingnya.
Memetik laporan daripada Harian Metro, suami kepada selebriti dan penyanyi tempatan, Safura Yaacob itu segera dikejarkan ke Hospital Ampang selepas melihat jari yang sudah terputus itu.
Kejadian ini turut disahkan oleh anak tirinya, Daniel Hairi yang menjadi saksi berkata insiden berlaku selepas mereka sekeluarga berbuka puasa di rumah.
“Abah mahu memotong ayam untuk diberikan kepada kucing peliharaan. Malangnya, pisau yang dipegang tersasar lalu terkena jari kelingkingnya ketika sedang memotong ayam,” tambahnya.
Melihat keadaan jari bapanya itu, mereka segera pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan berjaya menghentikan pendaharan. Namun, doktor pakar mengesahkan bahawa jari yang terkulai dan putus tersebut tidak dapat disambungkan semula kerana urat arteri yang telah terputus.
“Abah bernasib baik kerana mereka berjaya menghentikan pendarahan walaupun jari kelingking sudah putus. Petugas perlu tunggu pengesahan doktor pakar sama ada jari kelingking boleh disambungkan atau sebaliknya.
“Namun, doktor pakar mengesahkan jari kelingking tidak dapat diselamatkan kerana urat arteri sudah putus,” katanya.
Jelas Daniel lagi, meskipun sedih tiada lagi jari kelingking, bapanya tetap reda dengan ujian menimpanya pada bulan Ramadan ini.
“Keadaan abah semakin stabil dan kini sedang berehat sehingga luka dialaminya sembuh sepenuhnya,” ujarnya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.