
Sebelum ini, pelakon, Rita Rudaini mendedahkan bahawa anak sulungnya, Airit Rayyan sedang dalam proses menghafaz kitab suci, Al-Quran.
Terbaru, Rita dilihat memuat naik sebuah video di mana dia sedang menunggu kedua-dua anak lelakinya di masjid tatkala mereka sedang menunaikan solat Jumaat.
“Simpan kenangan ni sampai akhir hayat kamu ye anak-anak. Mommy tuggu kamu dalam kereta. Tugas mommy untuk anak-anak lelaki akan selesai bila kamu dah ada keluarga sendiri. Doakan mommy sihat selalu.” tulisnya di ruangan komen.
Menurut Rita, video tersebut sengaja dirakam untuk dijadikan kenangan buat anak-anaknya nanti. Sebagai ibu tunggal, Rita berkata sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membawa anak-anak menunaikan solat Jumaat di masjid. Ujar Rita lagi, dia mohon kepada Allah agar diberi kesihatan yang baik supaya dapat membesarkan anak-anak.
@ritrud727 #Repost ♬ original sound – Rita Rudaini
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat pengorbanan Rita dalam mendidik anak-anak. Bagi mereka, bukan senang untuk seorang ibu tunggal membesarkan dua orang anak lelaki tanpa kehadiran suami di sisi.
Sumber: Rita Rudaini
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Reaksi Comel Bayi Dengar Ayah Mengaji Curi Tumpuan. Wargamaya Doakan Jadi Anak Solehah

Isi Kandungan
ToggleMembesarkan anak-anak di zaman serba moden ini memang sangat mencabar. Pelbagai cara dan teknik keibubapaan digunakan demi untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang baik dan berakhlak.
Dalam pada ibu bapa sibuk mempelajari pelbagai teknik keibubapaan, jangan sesekali melupakan keampuhan doa sebagai senjata seorang mukmin.
Ada pelbagai surah-surah dalam al-Quran yang boleh menjadi amalan doa terbaik dalam kehidupan setiap manusia.
Perkongsian video di akaun TikTok n.dibsy mendapat perhatian wargamaya apabila ramai kagum dan memuji cara seorang ayah mengalunkan ayat suci al-Quran kepada bayinya yang baru berusia dua bulan.
Dengan kapsyen yang ditulis, “Ingat tak dulu Uwais 3 bulan surah Ad-Dhuha, now adik dia Maryam 2bulan surah Taha” menunjukkan bahawa ibu dan ayah anak ini sememangnya sudah biasa membacakan surah-surah al-Quran kepada dua orang anaknya.
@ndibsyIngat tak dulu Uwais 3bulan surah Ad-Dhuha, now adik dia Maryam 2bulan surah Taha♬ original sound – N Dibsy
Surah Taha Untuk Lembutkan Hati
Pesanan untuk para ibu bapa, daripada kita asyik membebelkan anak lebih baik kita buat amalan doa surah Taha ayat 1-6 sebagai salah satu usaha untuk melembutkan hati anak dan mudah mendengar kata.
Menurut sumber dalam Hijabista, surah Taha adalah surah yang ke-20, juzuk 16. Surah yang baik untuk melembutkan hati yang keras terutama sekali dibacakan kepada ahli keluarga yang keras hati, malas, degil untuk beribadat kepada Allah SWT.
Boleh diamalkan sebagai ayat pendidinding diri. Ayat 1 hingga 5 yang dibaca oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a yang pada masa dan ketika itu belum lagi memeluk agama Islam, tersentuh hatinya dan beliau terus memeluk IIslam pada hari tiu juga di hadapanan
Nabi Muhammad SAW.
Kelebihan Surah Taha
Rajnlah amalkan ayat 1-5 Surah Taha. Ini adalah salah satu doa untuk melembutkan hati suami, isteri dan anak yang kurang mendenar kata, yang tak mahu solat, mudah marah dan berhati keras.
Maksudnya:
1. Taa. Haa.
2. Kami tidak menurukan al-Quran kepadamua (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.
3. Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut yang melanggar perintah Allah.
4. Al-Quran diturunkan dari Tuhan yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5. Iaitu Allah Ar-Rahmaan yang bersemayam di atas ‘Arasy.
Ayat ini seeloknya dibaca tiga kali. Kemudian hembuskan ke muka atau ubun-ubun anak dan pasangan yang sedang tidur nyenyak. Hembus pada waktu mereka sedang menarik nafas masuk.
Kenapa dibuat pada waktu malam? Ini kerana waktu tidur, jiwa anak-anak dan suami/isteri berada dalam keadaan tenang.
Semoga Jadi Anak Solehah
Meninjau ruangan komen, ternyata ramai mendoakan kebaikan untuk kedua ibu bapa yang mendidik anak mencintai al-Quran sejak usia bayi lagi dan turut mendoakan si comel membesar sebagai anak solehah dan terus mencintai al-Quran.
Untuk lebih banyak info terkini jom klik di sini
“Ini Ujian, Saya Muhasabah Diri. Sarah Isteri Yang Baik.” Tak Lagi Sebumbung, Syamsul Yusof Tak Mahu Cerai!

Kemelut rumah tangga pelakon dan pengarah terkenal Syamsul Yusof dan isterinya, Puteri Sarah Liyana yang mencuri tumpuan apabila Sarah dikatakan ke pejabat agama pada 20 September lalu.
Mengakui bahtera perkahwinan yang dibina sejak enam tahun lalu berdepan masalah, Syamsul, 36, akhirnya mengaku sudah tidak tinggal sebumbung bersama isterinya.
“Isteri saya dah merajuk jadi saya tinggal sendiri. Fans dan followers kami semua dah tahu, kini saya sibukkan diri dengan kerja,” kata Syamsul yang dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, dan Sumayyah, 1.
“Terus terang, saya tak mahu bercerai. Saya nak selamatkan rumah tangga dan saya percaya isteri saya pun begitu juga. Sekarang ini, saya dan Sarah masih lagi dalam proses cuba memperbaiki hubungan kami. Pada ketika ini, kami berdua perlukan masa.
“Lagipun, tak ada orang dalam dunia ini yang mahu bercerai. Termasuklah saya dan Sarah, tak mahu bercerai. Tapi, kami perlukan masa sebab kena fikirkan anak-anak juga.
“Siapa yang tak sayang keluarga. Saya sangat sayangkan keluarga saya, anak- anak dan sudah tentulah isteri saya. Ya, saya sayang mereka.
“Tapi ia tidaklah semudah itu. Ada banyak lagi faktor-faktor lain yang saya perlu fikirkan yang melibatkan hati dan perasaan,” kata Syamsul yang berharap peminat dan rakan-rakan mendoakan yang baik-baik buat mereka
Syamsul juga mengatakan walaupun memikul predikat pelaku seni, dia juga adalah manusia biasa yang mempunyai ujian hidup sendiri. Melalui fasa masalah dalam rumah tangga adalah ujian buatnya.
Meski demikian, anak penerbit, pengarah dan aktor tersohor Datuk Yusof Haslam ini tidak pernah mahu menuding jari dan menyalahkan sebelah pihak.
Dia percaya, apa yang berlaku, kekhilafan juga datang daripada pihaknya juga, bukan dari wanita yang dinikahinya pada 8 Mac 201 itu.
“Saya terima ujian saya. Isteri adalah ujian saya. Tapi apa-apa pun, saya taknak tuding jari pada isteri saya, saya anggap saya muhasabah diri, lihat balik diri saya, Sarah seorang isteri yang baik.
“Mungkin saya terlalu fokus dengan kerja. Banyak hal-hal dalam kain yang saya tak boleh nak cerita. Cukup saya kata, doakan yang terbaik,” ujar Syamsul lagi.
Biar sudah tidak tinggal sebumbung, Syamsul mengaku dia masih mempunyai kesempatan untuk bertemu anak anaknya iaitu yang dibawa Sarah untuk tinggal bersama ibu bapanya.
“Tengoklah tiga empat hari sekali mak saya bawa anak jumpa saya,” katanya lagi.
Mengakui dirinya tidak sempurna, Syamsul meminta maaf apabila dia tidak boleh menjadi versi Syamsul Yusof yang peminat mahukan sama ada watak ustaz Adam ataupun Shark.
Malah, dia menghargai peminat yang memberikan nasihat dan peringatan. Mungkin ada kalanya dia tidak bersetuju dengan sesetengah pihak yang memberikan komen melanggar batas namun dia mendengar segala nasihat yang baik.
“Jadi saya fikir apa yang mahu saya cakap, semua saya sudah share. Jadi ini sajalah dari saya,” katanya lagi mengenai kemelut rumah tangga yang sedang dilaluinya.
Sumber: Astro Gempak & Harian Metro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Ayuh sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan mendaftar di http://www.wasap.my/60169647520
Ustaz Azhar Idrus Kongsi 3 Nafkah Ini Suami Wajib Berikan Kepada Isteri. Nampak Biasa Tapi Jika Tidak Ditunaikan Besar Akibatnya. Deep!

Mendirikan rumah tangga bukan hanya ingin mengelak daripada melakukan maksiat. sebaliknya setiap pasangan perlu tahu tanggung jawab dan kewajipan masing-maisng.
Ini termasuklah bab pemberian nafkah kepada isteri. Apabila mendirikan rumah tangga wajib bagi seorang suami menyediakan nafkah untuk si isteri. Menurut Islam, seorang isteri berhak mendapat keperluan hidup dan nafkah yang mencukupi daripada suami. Suami perlu menyediakan nafkah zahir dan batin secukupnya mengikut kemampuan suami.
Nafkah isteri merupakan wang yang khusus diberikan oleh suami kepada isterinya untuk digunakan bagi kepentingan peribadi isteri. Wang nafkah merupakan kewajiban suami untuk membahagiakan isteri.
Wang perbelanjaan rumah tangga merupakan kewajipan suami sebagai ketua rumah tangga bagi memenuhi keperluan isteri dan anak-anaknya agar kehidupan menjadi lebih sempurna.
Persoalan ini turut diajukan kepada Ustaz Azhar Idrus bagi memberi kepastian berkenaan soal nafkah.
“Wajib seorang suami sediakan 3 perkara ini sama ada isteri miskin atau kaya, atau sebaliknya. Makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Jika tidak diberi dikira hutang dan sengaja abai berdosa dan tidak diterima amal ibadatnya.
“Adil tak Tuhan buat, jika isteri yang derhaka pada suami tak diterima solatnya, suami yang abai isteri juga tidak diterima solatnya. Jika suami telah menyediakan tiga perkara iaitu makan minum, pakaian dan tempat tinggal, maka dia telah dikira menunaikan nafkah isteri,”ujar Ustaz Azhar Idrus lagi.
Dalam pada itu,k jJika isteri duduk di rumah tak buat kerja apa-apa, tak masak, tak basuh baju, makan order dari restoran saja, baju hantar dobi, dia tak kemas rumah, dia tak melahirkan anak, tak jaga anak, tapi dia hanya main Facebook siang malam 24 jam, maka tak perlu lagi beri duit belanja setiap bulan.
“Tapi jika isterinya membuat kerja-kerja di rumah seperti memasak, membasuh baju, mengemas rumah dan sebagainya, maka suami kena lah beri duit untuk isteri setiap bulan. Tak perlu tunggu isteri minta baru nak beri, jadilah suami yang gentleman. Diakan isteri kita yang kita duduk tergila-gila sebelum akad nikah dulu. Jangan buat tak ingat pulak.