Ubi Getuk Frozen Jadikan Menu Minum Petang. Teringin Nak Makan, Bila-bila Boleh Dinikmati!

Buat mak-mak yang suka menyediakan menu minum petang untuk dinikmati seisi keluarga, bolehlah cuba sediakan ubi getuk yang difrozenkan ini. Tentunya bila sudah ada stok di dalam peti sejuk, kerja menyediakan hidangan semakin mudah dan cepat. Pantang rasa teringin, terus boleh goreng dan dinikmati bersama.

Ubi Getuk Frozen Jadikan Menu Minum Petang. Teringin Nak Makan, Bila-bila Boleh Dinikmati!

Ubi Getuk Frozen

Bahan-bahan:

2 kg ubi yang sudah kupas kulit

1 biji kelapa parut putih/ 350gm

2 cawan gula pasir( nak lagi manis boleh tambah sikit) terpulang pada citarasa masing-masing.

2 sudu besar tepung gandum.

 

Cara-caranya:

1.Rebus ubi hingga empuk ( isi garam)

2.Setelah empuk..tos kemudian hancurkan hingga lumat.

IKLAN

3.Tambah kelapa + gula + tepung gandum.

4.Gaul sebati.

5.Timbang setiap doh 20gm.

6.Bulat-bulatkan, pastikan sapu minyak dekat tapak tangan supaya mudah nak bulat-bulatkan.

Ekstra Info : Kuantiti dapat 140biji +-

Ubi Getuk Frozen Jadikan Menu Minum Petang. Teringin Nak Makan, Bila-bila Boleh Dinikmati!

Tepung salut

Bahan-bahan:

IKLAN

400 gm tepung beras

200 gm tepung gandum

1sudu besar garam

2 biji telur

1 cawan air kapur sederhana keruh.

21/2 cawan air biasa

Sedikit pewarna kuning.

IKLAN

 

Cara-caranya :

1.Satukan semua bahan hingga larut.

  1. Celupakan doh ubi dan kemudian goreng sekejap.

 

Tips

-Pastikan minyak betul-betul panas.

-Guna api sederhana.

-Setelah letak ubi dalam kuali segera kacau-kacau supaya tak melekat satu sama lain.

-Jangan goreng terlalu lama @ api besar  nanti ubi meletop pecah-pecah.

-Goreng sekejap dulu bila sudah sejuk baru beloh pack dan frozenkan.

Sumber : Kelas baking kek & roti percuma

Ubi Getuk Frozen Jadikan Menu Minum Petang. Teringin Nak Makan, Bila-bila Boleh Dinikmati!

Weekend ni tak tahu nak bonding time di mana bersama famili? Apa kata sertai Projek Parenting Care 2023  dengan pelbagai aktiviti menarik serta hadiah lumayan sesuai untuk seisi keluarga! Ibu ayah boleh ikuti Bual Sihat & Selamat serta Carseat Talk dan anak-anak boleh join pertandingan mewarna.
Klik link ini untuk mendaftar:
Mari Mewarna Sempena Bual Sihat Gigi & Mata 👇🏼
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI