“Ujian Berat Bagi Keluarga Arwah.” Anzalna Nasir Simpati Kisah Arwah Nur Surya, Mahu Beri Bantuan!

Share

Kisah kematian remaja perempuan, Siti Nur Surya Ismail mengejutkan semua pihak apabila ditemui mati dibunuh dengan kejam. Dalam perkembangan terbaru, rakannya ditahan reman kerana suspek utama kematian Arwah Siti Nur Surya.

Kejadian pembunuhan tersebut mendapat perhatian ramai termasuklah pelakon cantik Anzalna Nasir yang baru-baru ini meluahkan hasratnya untuk membantu keluarga mangsa.

Hasrat tersebut dinyatakan oleh pelakon berusia 32 tahun itu menerusi perkongsian di Instastory yang meminta bantuan ramai untuk membantunya bagi menghubungi keluarga mangsa.

Menerusi laporan Media Hiburan, ibu kepada  seorang cahaya mata lelaki ini meluahkan rasa simpati dan mahu menghulurkan bantuan.

Menurut Anzalna, niatnya sekadar ingin meringankan beban keluarga mangsa terutama ibu arwah yang menghidap kanser otak.

“Apa yang kita akan rasa andai kita ditimpa musibah dan ini adalah ujian berat buat keluarga arwah. Saya berbincang dengan suami dan dia turut terbuka dengan niat ini…”

“Benar dalam situasi sekarang tidak mungkin saya boleh bertemu atau ke kediaman mangsa. Tetapi memadai andai kami dapat berhubung untuk sekurang-kurangnya membantu keluarganya terutama ibu arwah…”

Menurut Anzalnya lagi, pihaknya menerima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Namun masih belum berjaya mendapatkan individu yang betul-betul sahih untuk dihubungi.

“Saya ada terima banyak mesej mengenai hal yang berkaitan. Cuma setakat ini masih belum dapat nombor yang betul-betul sahih untuk dihubungi…”

“Terima kasih atas ikhtiar semua. Semoga keluarga arwah kuat menghadapi dugaan ini dan saya berdoa agar semuanya dipermudahkan…”

 

Terdahulu, mangsa ditemui tertiarap di ruang tamu rumah di Kampung Lubok Batu, Telemong oleh adiknya, Siti Nur Syuhada, 15, yang baru pulang dari sekolah.

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

IKLAN