Tidak dinafikan mengajar anak untuk membuat kerja sekolah memang kita sebagai ibu memerlukan kesabaran yang tinggi. Bukan mudah itu semua mengakui, ada sahaja cabaran dan halangannya yang sekali gus membuatkan kesabaran boleh menjadi ‘senipis kulit bawang’.
Apatah lagi bila diajar berkali-kali anak masih tidak mampu memahami dan mengingati pelajaran yang kita diajar. Ketika itu mulalah daripada hendak mengajar terus jadi membebel dan marah-marah sahaja.
Tapi tahukah anda, selain marah-marah adalah lebih baik kita belajar untuk mengurus emosi diri dan amalkan mengulang baca sepotong ayat yang dikongsikan oleh Aminat Matt Yusof dan semoga ianya bermanfaat.
Cara uruskan emosi ibu ayah ketika bantu anak belajar
1. Saya sangat memahami situasi ibu ayah yang mengajar anak-anak di rumah. Allah sahaja yang tahu betapa sukarnya kita nak memastikan anak-anak akur dengan arahan. Betapa peritnya kita nak duduk dan tekun dengan anak-anak apabila memikirkan banyak kerja hakiki yang belum selesai. Itu tak masuk lagi rutin harian yang banyak terbengkalai.
2. Kenapa kita stres, emosi dan rasa tertekan? .. Kerana kita memikirkan banyak perkara dalam satu masa. Kita bukan tidak mampu tapi kita terlalu mengasak diri untuk menyelesaikan banyak perkara. Teringat peribahasa ” Yang dikejar tak dapat.. Yang dikendong berciciran” Oleh itu kita selesaikan satu-satu. Susun mengikut priority. Be cool.
3. Emosi dan perasaan tertekan menyebabkan kita rasa tidak adil dan menyalahkan pihak yang lain. Bila kita mula membuka pintu syak dan buruk sangka, tidak ada lagi keberkatan dalam usaha kita. Jika rasa penat.. Berhenti sekejap, pergilah berwuduk dan lakukan solat sunat taubat dua rakaat. Yakinlah ibu ayah.. Allah akan ringankan tekanan yang kita sedang alami.
4. Mesti ada Komunikasi Yang baik antara ibu ayah dan guru. Cadangkan kepada orang yang tepat. Tidak akan berakhir kepenatan kita jika sekadar meluahkan secara umum di sosial media, malah menimbulkan pelbagai komen negatif dari natizen. Lain yang kita harap, lain pula yang kita dapat. Bincang elok-elok, cadang elok-elok.. Pasti Allah beri jalan keluar untuk kita.
5. Ulang-ulang baca ayat pertama surah Al-Fath. Moga terangkat segala kesulitan dan kesukaran yang kita hadapi.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Bertangas Guna Bahan Dapur, Mak-mak & Anak Dara Elok Amalkan Dua Minggu Sekali
Bertangas sebenarnya elok diamalkan seawal remaja. Kaum wanita digalakkan bertangas bagi mendapatkan kesihatan dalaman yang lebih baik. Bertangas sangat mudah. Hanya guna bahan di dapur sahaja.
Bertangas baik untuk kesihatan dalaman wanita sama ada yang sudah berkahwin dan wanita yang masih bujang. Bagi wanita yang telah berkahwin dan sudah melahirkan anak, lagi-lagilah digalakkan melakukannya.
Bahan-bahan di dapur yang tidak habis digunakan jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk bertangas. Amalan bertangas boleh dilakukan dua minggu sekali untuk menghilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim.
Ini perkongsian Shahmila Radha yang boleh dijadikan panduan.
BAHAN:
3-4 helai daun sirih
Halia tua*
Kunyit hidup*
Serai*
Asam jawa*
Asam keping
Biji manjakani (kalau ada, tidak letak pun boleh)*
Halba
SEDIAKAN:
Pasu saiz besar/kerusi bertangas
Batu sungai/batu saiz besar (batu sungai paling baik)/boleh juga guna batu biasa
CARA-CARA:
1. Tidak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan bahan yang digunakan untuk memasak di dapur. Boleh kisar semua sekali bahan bertanda *untuk dijadikan ‘paste’ pekat.
2. Panaskan batu atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.
3. Letakkan ‘paste’ yang sudah dikisar tadi. Jika ada kerusi bertangas lebih selesa.
4. Sediakan kain batik, tutup seluruh badan dan sedia untuk bertangas.
5. Pastikan wap herba sampai pada seluruh tubuh.
KEBAIKAN BERTANGAS UNTUK WANITA:
1.Menaikkan seri wajah. Apabila peredaran darah berjalan dengan lancar, kecantikan semula jadi wajah akan lebih terserlah.
2.Menghilangkan keletihan dan lesu pada tubuh.
3.Mengurangkan masalah keputihan.
4.Melancarkan haid.
5.Bagus untuk kesihatan dalaman wanita terutama rahim.
Rumah dengan barang minima pastinya nampak lebih kemas dan tersusun. Bahkan pandangan mata juga tambah selesa.
Namun ada dikalangan kita terutama golongan ibu yang masih menyimpan barangan tidak perlu dan bersifat toksik ini di dalam rumah.
Sudahnya rumah nampak berserabut dan tidak kemas. Jadi belajarlah melepaskan barangan yang tidak perlu ini kepada orang lain yang lebih memerlukannya.
Pakaian
Bila dibuka almari di rumah pasti ada baju, seluar dan tudung yang sudah tidak dipakai lagi tapi terus disimpan kemas di dalam almari. Masukkan sahaja dalam kotak dan jual sebagai barangan ‘preloved’.
Altenatif lain boleh sahaja mendermakan kepada yang memerlukan. Tak perlu disimpan lagi!
Alat solek dan penjagaan diri
Kalau perasan di meja solek kita pasti ada barangan alat solek yang sudah tidak digunakan malah telah tamat tarikh luputnya tetapi sayang hendak dibuang. Rumah kita bukan muzium jadi buang sahaja alat solek dan penjagaan diri yang lama.
Barangan elektrik
Ini satu hal lagi. Pergilah ke mana-mana rumah pasti ada perkakasan elektrik yang dibiarkan terabai tanpa digunakan untuk tempoh lama. Berikan sahaja kepada mereka yang amat memerlukan. Jangan simpan lama-lama.
Bekas makanan
Bekas makanan plastic antara koleksi wajib ada bagi mak-mak. Apa kata sisip hanya bekas makanan yang benar-benar diperlukan sahaja di rumah. Selebihnya buang sahaja. Tabiat menyimpan bekas-bekas makanan ini perlu dihapuskan. Dapur nampak sangat sesak!
Prop hiasan
Jangan terkejut ada rumah yang masih menyimpan hiasan-hiasan lama seperti bekas hiasan dari majlis perkahwinan atau hiasan-hiasan kecil lain yang tidak perlu. Apa kata buang sahaja nampakkan perbezaannya. Barang-barang kecil ini selain memerangkap habuk turut juga membuatkan pandangan jadi semak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
sebenarnya untuk wajah kembali berseri biarpun tanpa solekan boleh saja menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Bahkan inilah yang diamalkan oleh orang-orang tua kita satu ketika dulu. Daripada menggunakan bahan kimia, mari kita praktikkan petua mak-mak dan nenek kita. Nak cantik kena usaha! Jom sama-sama kita amalkan;
1. Naikkan seri muka
Guna air basuhan beras
Ketika hendak masak nasi untuk keluarga, simpan air basuhan beras yang ketiga. Cuci muka dengan air basuhan beras sambil selawat tiga kali.Lakukan secara konsisten.
Basuh muka dengan air kelapa
Seminggu sekali, cuci muka dengan air kelapa,biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri muka dan tegangkan wajah tanpa botoks.
Bancuhan serbuk kunyit & madu
Campurkan satu sudu kecil kunyit dan satu sudu besar madu asli. Bancuhan kunyit dan madu ini untuk dijadikan masker muka. Amalkan seminggu sekali. Kesannya, parut jerawat hilang dan muka bersih berseri .
Sapu yogurt asli
Sapu yougurt pada wajah, kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus.
2. Hapuskan blackhead & whitehead
Bancuh baking soda & jus lemon
Bancuh dua sudu kecil baking soda dan 2 sudu besar jus lemon, kemudian sapu pada kawasan bermasalah terutama sekali pada bahagian hidung dan biarkan dalam 3 minit.
Selepas itu balut kedua-dua jari telunjuk dengan tisu bersih dan picit keluar whitehead & blackhead.Kemudian bilas bersih.
3. Hilangkan tanda penuaan pada wajah
Guna air mawar sebagai toner
Air mawar mengandungi banyak khasiat antaranya mengandungi ada vitamin A,C dan E. Semburkan air mawar pada kulit wajah selepas cuci muka setiap hari. Hasilnya, pori pori muka semakin kecil dan wajah semakin berseri-seri.
INFO EKSTRA!
Tukar cadar dan sarung bantal Sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali sebulan. Ini kerana minyak asli daripada rambut ketika tidur boleh menyebabkan salah satu faktor muka berjerawat.
Ketika mandi, sila pastikan cuci rambut dahulu baru cuci muka. Ini kerana selepas mencuci muka cuci liang pori wajah akan terbuka, kandungan bahan yang ada pada shampoo ketika membilas rambut akan terkena muka.
Sekaligus membuatkan pori wajah tersumbat dan boleh mengakibatkan jerawat.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Han Keong maut dalam nahas tragis di Kuala Terengganu selepas van dinaiki bersama bapanya dirempuh kereta terbabas. Pemergiannya meninggalkan kesedihan mendalam buat keluarga.