Bertangas Guna Bahan Dapur, Mak-mak & Anak Dara Elok Amalkan Dua Minggu Sekali
Bertangas sebenarnya elok diamalkan seawal remaja. Kaum wanita digalakkan bertangas bagi mendapatkan kesihatan dalaman yang lebih baik. Bertangas sangat mudah. Hanya guna bahan di dapur sahaja.
Bertangas baik untuk kesihatan dalaman wanita sama ada yang sudah berkahwin dan wanita yang masih bujang. Bagi wanita yang telah berkahwin dan sudah melahirkan anak, lagi-lagilah digalakkan melakukannya.
Bahan-bahan di dapur yang tidak habis digunakan jangan dibuang sebaliknya boleh digunakan untuk bertangas. Amalan bertangas boleh dilakukan dua minggu sekali untuk menghilangkan angin dalam badan dan paling penting untuk kesihatan rahim.
Ini perkongsian Shahmila Radha yang boleh dijadikan panduan.
BERTANGAS GUNA BAHAN DAPUR DI RUMAH
BAHAN:
3-4 helai daun sirih
Halia tua*
Kunyit hidup*
Serai*
Asam jawa*
Asam keping
Biji manjakani (kalau ada, tidak letak pun boleh)*
Halba
Ads
SEDIAKAN:
Pasu saiz besar/kerusi bertangas
Batu sungai/batu saiz besar (batu sungai paling baik)/boleh juga guna batu biasa
CARA-CARA:
1. Tidak perlu beli baru semua bahan. Guna lebihan bahan yang digunakan untuk memasak di dapur. Boleh kisar semua sekali bahan bertanda *untuk dijadikan ‘paste’ pekat.
Ads
2. Panaskan batu atas api. Lapik permukaan pasu dengan sirih. Letakkan batu yang panas atas sirih tadi dan lapik sehelai daun sirih atas batu.
3. Letakkan ‘paste’ yang sudah dikisar tadi. Jika ada kerusi bertangas lebih selesa.
4. Sediakan kain batik, tutup seluruh badan dan sedia untuk bertangas.
KEBAIKAN BERTANGAS UNTUK WANITA:
1.Menaikkan seri wajah. Apabila peredaran darah berjalan dengan lancar, kecantikan semula jadi wajah akan lebih terserlah.
2.Menghilangkan keletihan dan lesu pada tubuh.
3.Mengurangkan masalah keputihan.
4.Melancarkan haid.
5.Bagus untuk kesihatan dalaman wanita terutama rahim.
Orang selalu kata, air tangan seorang isterui adalah pengikat kasih sayang dalam sesebuah rumah tangga. Kerana itu nak jaga suami terlebih dahulu kena jaga perutnya.
Namun bukan semua orang pandai memasak. Namun itu bukan alasan untuk berusaha. Tambah-tambah lagi sekarang ini segalanya dihujung jari. segala info dan ilmu dapat diperoleh, janji kena rajin. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.
Demikia juga dengan pelakon kecil molek ini. Biarpun sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata, namun bab memasak memang dia tak pandai. Tetapi bagusnya isteri kesayangan Dr Mohd Izzar Anwari mahu belajar.
Ummi Nazeera dalam satu perkongsian semalam jujur mengakui dia tidak pandai memasak. Malah, video yang dimuat naik memasak Salmon mendapat perhatian netizen.
‘Perlahan Lahan belajar memasak. walaupun tak Pandai?. Pan Fry Salmon with Spinach + Cream Cheese . Lol,” tulis Ummi Nazeera yang turut menerima beberapa tip dan nasihat dari pengikutnya.
Rata-rata netizen memuji akan kesungguhan Ummi biarpun tidak pandai memasak namun tetap mahu menyediakan hidangan buat suami tersayang.
Pengalaman diurut tubuh badan tentunya semua antara kita pernah alami. Berurut selain bertujuan untuk menghilangkan rasa kelesuan dan ketidakselesaan tubuh, diakui ramai antara berurut untuk satu terapi yang menenangkan.
Pun begitu, untuk dapatkan kesan yang lebih baik elok kiranya sebelum berurut lakukan sebagaimana yang disarankan ini.
Tip Sebelum Berurut
Korang pernah tak rasa sakit ya amat masa pergi berurut refleksologi, tak kisahlah urut kaki je ke, pakej 1 badan ke.. Urutan 1 badan terutamanya, sepatutnya jadi pengalamanan menyeronokkan dan rasa lega tapi lain pulak cerita kalau pengalaman mengurut tu jadi pengalaman ‘ngeri’ akibat terlalu sakit. Tu belum lagi yang jadik demam bagai.. Akibatnya, dah serik nak berurut lagi..
Sebenarnya urutan refleksologi ni tak boleh diurut jadi terlalu sakit (perlu ada berselang-seli rasa sakit–lega–sakit–lega). Kalau tak..hilang segala nikmat dan tak rasa lega bila diurut (sebab sepanjang masa kena tahan sakit). Tapi masalahnya.. selalunya bila gi urutan refleksologi ni, badan diurut hingga jadi terlalu sakit..
🔻Faktor pertamanya – sebab badan jarang diurut/dipicit menyebabkan urat-urat dah tegang & sakit.
🔻Yang kedua – disebabkan kekangan masa (bayaran mengikut masa yang ditetapkan). Jadinya mereka terpaksa urut dengan agak kuat untuk complete kan pakej. Jika urut mengikut keselesaan pelanggan lak, kesan terapeutiknya agak lambat/sakit tak kurang & boleh menyebabkan pelanggan tak berpuas hati pulak kang..
Bukan maksud saya tak bagus dapatkan urutan profesional, tapi kalau tak kena caranya, boleh sebabkan kita tak dapat kebaikannya sepenuhnya – melegakan sakit badan & release stres. Bukannya kurangkan stres, lagi bertambah lak kang sebab sakit sangat, kang rasa nak marah jer..
Saya sendiri pun suka dapatkan urutan profesional terutama untuk seluruh badan tapi pengalaman sebelum ni buatkan saya lebih berhati-hati. Memang dah agak lama saya tak berurut, bila ambil pakej urutan 1 badan, sakitnya memang tak tahan. Bila reflexologist urut, urat semuanya dah tegang sangat. Jadinya urat-urat tu perlu dipicit kuat. Kesudahannya, bila balik rumah – semua tempat yang dipicit kuat tu.. jadi lebam & banyak urat jadi pecah-pecah (spider vein) akibat tekanan yang kuat sangat.
Demi nak elakkan korang dapat pengalaman ‘ngeri’ & serik dah tak nak berurut lagi serta elakkan berlakunya kejadian macam saya tu.. Bolehlah buat beberapa tip ni sebelum berurut (samada urutan refleksologi mahupun tradisional). Kalau nak urut refleksologi sendiri kat rumah pun, saya sangat sarankan buatlah tip-tip ni terutama kalau badan selalu sakit-sakit urat/kerap alami demam urat (rasa nak demam disertai sakit-sakit urat tiap kali suhu sejuk/malam). Tak perlu buat semua, salah 1 pun takpe.. Tapi kalau dapat buat air rebusan daun tu lagi bagus..
Mandi air rebusan daun pandan & serai.
———————————————————————
Rebus 7 atau 11 helai daun pandan yang dicarik-carik & 1-3 batang serai (diketuk) dalam lebih kurang 3 liter air. Renihkan sampai air tinggal ¾. Asingkan ½ cawan untuk diminum. Gunakan selebihnya sebagai bilasan terakhir mandian (ketika masih suam)
Daun yang sama boleh direbus sekali lagi. Untuk kali ke-2, gunakan 2 liter air & direbus hingga tinggal separuh. Sebaik-baiknya buat 3 hari berturut-turut. Mandi sebelum diurut untuk melembutkan urat saraf supaya tak terlalu tegang. Mandi selepas diurut untuk legakan sakit urat (akibat dipicit) & elakkan demam. Air ni elok juga dibuat mandian bagi wanita baru bersalin untuk segarkan badan.
Bukan setakat untuk orang dewasa tau, boleh juga dijadikan air mandian untuk anak yang selalu demam, selesema dan untuk upkan imun jugak. Kalau ada anak yang hyperaktif, asyik melompat, memanjat sana-sini, boleh juga mandikan dengan air ni. Kaki anak² ni akan mudah letih sebenarnya dari aktiviti melompat dan memanjat sepanjang hari. Dak Fydh ni sendiri ada isu sensori dan suka melompat-lompat jer. Sesekali saya mandikan jugak dengan air ni untuk hilangkan lenguh-lenguh kaki.
Bertungku/demah panas
—————————————————
Sesiapa yang ada tungku kat rumah tu, elok sangat ler gunakan tungku untuk tungku dulu 1 badan atau part yang sakit tu. Kalau takde sangat boleh jer guna hot pack/hot pouch. Bila kena tungku/demah panas ni, urat kita akan lebih relaks sebabkan haba panas tadi akan lancarkan peredaran darah.
Mandi air panas/suam
———————————————
Kelebihan yang ada water heater kat rumah, senanglah nak mandi air suhu panas sikit. Tapi kalau takde pun, boleh jer buat secara manual – jerang air panas & masuk dalam baldi je haa.. Tambahlah air ikut suhu yang korang selesa. Mandi air panas ni selain elok untuk relakskan urat, boleh tanggalkan kelemumur & kulit kepala yang dah mati sekali (kulit kepala sentiasa berpeluh & berminyak perlukan air yang panas sikit untuk tanggalkan kelemumur).
Minum air halia suam
————————————
Air halia ni elok sangat nak buang angin dalam badan. Halia segar yang direbus lagi bagus, tapi guna air halia readymade (serbuk/dalam sache) pun boleh gak.. Atau cara lain, boleh juga tambahkan hirisan halia dalam air rebusan daun tadi ketika masih panas.
Sesetengah pakej urutan badan ada sediakan air halia sebelum diurut, tapi kalau setakat urut kaki ni, memang ler takde.. So kalau nak gi berurut tu, minum sesiap dari rumah pun boleh. Sekurang-sekurangnya bila diurut nanti takdela buang angin berkoyan-koyan sampai orang mengurut kat sebelah pun naik pening..
Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, pastinya tak banyak masa di rumah, jadi sukar untuk fokus kepada kebersihan rumah. Hanya hujung minggu digunakan sepenuhnya untuk mengemas atau menukar atur letak perabot.
Bagi yang mempunyai anak yang sudah besar, apa kata ajak sekali untuk membantu. Begitu juga dengan suami, kenalah ringan tulang juga kan. Sambil mengemas boleh la bergurau senda satu keluarga. Bukan kah itu cara mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.
Jom semak 4 langkah mudah ini untuk memastikan kediaman anda dalam keadaan kemas dan cantik. Tip ini dikongsikan oleh Puan Nik Zainah Muhammad menerusi laman facebooknya.
PETUA RUMAH KEKAL WANGI
Kak Nik ni bukanlah ada masa banyak untuk mengemas rumah setiap hari. Cuma peruntukan hujung minggu je masa untuk mengemas dan mencuci apa yang patut.
So, Kak Nik kena cari cara mudah dan kekal lebih lama untuk rumah lebih bersih dan wangi.
Yang penting, bahan bahan yang nak digunakan tu ada dalam rumah kita je, tak susah kan. Jom follow 4 cara mudah ni.
1. Habuk Tak Melekat Pada Perabot 🌼
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum
2. Kilatkan Lantai Rumah 🌼
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!
3.Wangikan Rumah 🌼
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!
4.Segarkan Bilik Air
Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.
Selamat Mencuba 😊
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.