“Umur 9 Bulan Baru Sempat Buat.” Betty Rahmad Ibarat ‘Pengantin’ Di Majlis Aqiqah Anaknya

Share

Meskipun anaknya sudah menginjak ke umur 9 bulan, namun hasrat untuk mengadakan majlis aqiqah akhirnya terlaksana jua. Demikian perkongsian Betty Rahmad menerusi perkongsiannya di laman Instagram miliknya.

Alhamdulillah dah selamat majlis aqiqah & kesyukuran @ardywira_ walaupun dah umur 9 bulan baru sempat buat.

Dalam masa yang sama, Betty turut memuji akan dekorasi pelamin aqiqah buat anaknya itu. Rupa-rupanya, dia menggunakan orang yang sama ketika majlis malam berinai.

Rasa macam pengantin pun ada harini duduk atas pelamin @weddingsbyemma dulu panggil buat pelamin malam berinai, harini pelamin aqiqah pulak. Cantik sangat, puas hati! 💙 #ardywira

Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Ardy Wira yang dilahirkan pada 19 Januari lalu.

Rata-rata netizen turut memuji dekorasi berkenaan dan juga kecomelan anak Betty.

sendayu.tinggi_by.nina Alhamdulillah..mommy cantikkk n wira omellll sgttt💙💙💙

faridahamid I love the colour combinations…very sweet…

_zulaikhazakaria anak i pon buat aqiqah umo dh setahun .. buat skali birthday💓

ue_fyn94 Eeeii geram betul ngan ardy wira ni, senyuuumm manjanggg. Ni masa dalam perut mom dia ni, mesti mom dia kuat gembira n senyum always ni.. Sooi cute la… 😍😍😍🙌🙌

safurara Tahniah!! Pasni majlis khatan wira pulak.

bayapopo Cantik macam Wira nk kawen❤️

carameldrizl aduhhh cheeky nya his smile! geram!

Sumber: ig bettyrahmad

IKLAN