Meskipun anaknya sudah menginjak ke umur 9 bulan, namun hasrat untuk mengadakan majlis aqiqah akhirnya terlaksana jua. Demikian perkongsian Betty Rahmad menerusi perkongsiannya di laman Instagram miliknya.
Alhamdulillah dah selamat majlis aqiqah & kesyukuran @ardywira_ walaupun dah umur 9 bulan baru sempat buat.
Dalam masa yang sama, Betty turut memuji akan dekorasi pelamin aqiqah buat anaknya itu. Rupa-rupanya, dia menggunakan orang yang sama ketika majlis malam berinai.
Ads
Rasa macam pengantin pun ada harini duduk atas pelamin @weddingsbyemma dulu panggil buat pelamin malam berinai, harini pelamin aqiqah pulak. Cantik sangat, puas hati! 💙 #ardywira
Betty dan suaminya Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Ardy Wira yang dilahirkan pada 19 Januari lalu.
faridahamid I love the colour combinations…very sweet…
_zulaikhazakaria anak i pon buat aqiqah umo dh setahun .. buat skali birthday💓
ue_fyn94 Eeeii geram betul ngan ardy wira ni, senyuuumm manjanggg. Ni masa dalam perut mom dia ni, mesti mom dia kuat gembira n senyum always ni.. Sooi cute la… 😍😍😍🙌🙌
safurara Tahniah!! Pasni majlis khatan wira pulak.
Sungguh indah sebuah perkahwinan apabila pasangan sentiasa romantis walaupun sudah bergelar nenak atau tok wan. Kasih sayang yang utuh bukan sahaja kala diusia muda, namun masih segar sehingga ke akhir hayat.
Perkongsian yang dipaparkan oleh Siti Suryani Yaakop dilaman facebooknya mengenai kisah romantis nenek dan arwah Tokwan begitu mendalam maknanya bagi mereka yang bergelar suami isteri. Malah sikap saling tolong menolong pun juga diterapkan dalam bagi menghangatkan lagi hubungan suami isteri. Lebih menarik, teladan yang dipaparkan ini, diikuti oleh anak-anak dan cucu-cucunya. Moga perkongsian ini bermanfaat bersama.
Bila ayah jadikan sang ibu seperti permaisuri,anak lelakinya akan jadikan isteri seorang puteri.
Arwah Tokwan saya ada satu sifat istimewa dalam mengistimewakan kedudukan nenek saya.
Arwah dulu kerja nelayan.2-3 hari dekat laut baru balik rumah.Bawa ikan besar-besar dan sedap-sedap.Ada ikan pari,ikan aji-aji,ikan merah.Paling sedap,ikan lumi.Berebut makan.Seronok!
Sebaik saja balik dari laut,Tokwan dan nenek duduk sama-sama selesaikan lauk di sinki.Kadang nenek halau Tokwan suruh mandi.Yelah.Kan baru je sampai.
Itu biasa. Ramai lelaki rajin urus lauk basah.
Yang ini bahagian yang luar biasanya!
Saya selalu perhati yang arwah Tokwan ni suka betul berkepit dengan nenek. Mana nenek duduk situlah Tokwan duduk.
Kalau nenek pergi angkat baju di ampai,Tokwan ikut. Sama-sama angkut baju masuk dalam rumah.
Masa nenek lipat baju,Tokwan akan duduk disebelah. Kadang beliau tolong lipat.Kalau tidak,saja-saja duduk layan nenek berbual.
Bila nenek nak masak,biasanya nenek bawa barang masak ke ruang tamu.Kat situlah nenek kupas bawang,sayur,cili kering.Kalau Tokwan rajin,dikupasnya bawang seketul dua.
Adakala Tokwan penat.Beliau nak baring-baring.Pun begitu,nanti diangkat bantal dan baringlah Tokwan disebelah nenek.
Ada masa nenek hilang dari pandangan. Kadang sedang mengutip limau dibelakang dapur.Tidak pun sedang sibuk bagi ayam makan di laman.Masa ni Tokwan akan memanggil…’Ah,awak kat mana?’
Ah tu panggilan manja untuk nenek.
Selagi tak jawab,selagi tu Tokwan akan panggil tanpa henti.
‘Saya kat sini.Kenapa?’ Kadang naik angin nenek dibuatnya. Tak boleh hilang kejap.
Tinggal pun bila nak ke laut,atau ke surau,atau atas urusan jemputan yang Tokwan perlu pergi sendirian.
Manis sekali…..
Begitulah saya tengok pakcik-pakcik saya diperturunkan sifat yang sama.
Dekat mana isteri lepak,situlah suami ada.Walau punya anak ramai pun (family kami memang besar),masih punya ruang dan masa berbaring di riba.
Bagaimana tidak lokeknya Tokwan memberi masa pada nenek,begitu saya lihat pada ayah dan pakcik-pakcik saya.
Balik dari pasar,terus ke dapur.Semua lauk siap dibersihkan,diselawat dan disimpan.
Setakat masuk dapur masak bila isteri sedang bekerja,out station atau saja kepenatan,tak jadi masalah.Selesai.
Kalau hari raya,ada lauk yang makcik masak,ada lauk yang pakcik masak.Kami anak saudara tukang order,tukang makan.
Apa saja urusan rumahtangga pun begitu.Tiada istilah itu kerja isteri,ini kerja suami.Mana yang tak siap,sama-sama bantu.
Sekarang sikap begitu jatuh pula pada sepupu sepapat lelaki saya.Yang dah kahwin masih macam orang bercinta.Selalu duduk berdua.
Yang kecil-kecil pula dah pandai masuk dapur.Setakat goreng ikan,telur,potong sayur,basuh pinggan…boleh diharap. Sebab dekat rumah,ayah-ayahnya rajin.
Rajin tolong. Rajin pesan juga,tolong mak!
Betul.Ibu boleh mendidik.
Tapi..bila sang ayah turut sama mengangkat darjat si isteri ditempat yang tinggi,impaknya lebih besar dan dalam.
Anak-anak memandang ibu seperti permaisuri.Arahannya perintah.Ia mesti dipatuhi.Tiada basa basi.
Dan akhirnya,selepas berkahwin,mereka melayan isteri dengan cara terhormat yang sama.Isterilah teman,isterilah suri.
Terima kasih Tokwan……. Kasih sayangmu berbekas sampai kini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila tiba hari raya, pastinya seronok dapt berkumpul ramai-ramai sambil berborak dan makan-makan. Yang dah lama tak jumpa waktu inilah nak eratkan kembali hubungan kan. Tak kisahlah saudara mahupun teman.
Bagi yang memiliki anak kecil, kena hati-hati.Dalam ramai-ramai begini pasti akan ada yang mahu mendukung, memegang dan sebagainya. Nak nak lagi jika anak kecil tersebut comel dan gebu. Lagi la ramai yang nak kerumun kan.
Tetapi ibu-ibu kena alert, bimbang nanti anak kecil itu tededah kepada bahaya terutama sekali kesihatannya. Maklum la kan masih kecil.
Kena baca perkongsian Dr Taufiq Razif kenapa tidak sesuka hati menggomol atau mencium anak kecil. Dan yang lebih penting, tak payah sesuka hati nak suap makanan kepada anak tersebut. Jom baca ni!
Pernah sekali tu saya nampak tuan rumah duk suap suap anak tetamu dia. Ya Allah. Bahaya betul!
Ni ada 5 benda yang kita tak boleh buat kat anak orang terutama sekali bila ziarah ataupun beraya kat rumah orang nanti.
1. Jangan Suap Anak Orang
▪ Kita tak tahu penyakit dan background anak orang. Entah-entah anak orang tu ada alergik teruk ke, eczema ke, G6PD deficiency ke
▪ Tahu tak kalau tersalah suap kacang parang kat anak yang ada G6PD deficiency ni anak tu boleh tiba-tiba jadi lemah, kencing jadi pekat, pernafasan jadi laju dan sampai tahap kena admit ward tau
2. Jangan bandingkan result peperiksaan anak anak
▪ Tanya result sambil puji dan bagi semangat ok lagi tapi kalau kita banding bandingkan tu memang boleh membuatkan tuan rumah ataupun tetamu berkecil hati
▪ Ada anak tu memang jenis Late Boomers. Banyak je anak-anak yang UPSR, PMR/PT3 dan SPM cukup cukup makan je pun tapi bila masuk Universiti dia lah yang jadi top student.
3. Jangan Perlekehkan Tetamu Kecil
▪ Walaupun anak-anak ni mungkin datang beraya hanya untuk dapat duit raya jangan sekali kali kita rendah rendahkan mereka
▪ Anak kecil juga ada harga diri dan maruah yang perlu kita jaga. Inilah nanti yang membentuk ‘self confidence’ dan ‘self esteem’ mereka suatu hari nanti
4. Jangan Marah Anak Orang Secara Berlebihan
▪ Kadang kala tu memang ada anak yang hyperactive meloncat ke sana ke sini sampai tahap pecahkan dan rosakkan barang tuan rumah
▪ Kita minta secara berhikmah kepada mak ayahnya untuk kawal anak anaknya sendiri kerana memang adab bertetamu adalah mak ayah kena kawal anak-anaknya sendiri daripada membuat tuan rumah gelisah dan marah
5. Jangan Cium Anak Orang Terutamanya Bayi Baru Lahir
▪ Sistem imun bayi baru lahir ni tak macam orang dewasa. Bayi cuma ada sistem imun yang sangat basic je
▪ Banyak kuman seperti herpes simplex virus pada orang dewasa yang boleh mengancam nyawa si bayi.
▪ Banyak je kes bayi dicium orang dewasa sampai kena mouth sore, masalah pernafasan hinggalah kepada jangkitan otak!
Ramai sangat mak ayah yang belum tahu tentang benda ni. Tolong bagitahu mak ayah dan orang luar sana yang belum tahu ye.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap kali dapat jemputan kahwin, selain nak tengok wajah pengantin tetamu juga tak sabar nak dapat ‘buah tangan’ dari majlis tersebut. Kalau dulu-dulu, tuan rumah akan kasi bunga telur.
Tetapi sejajar dengan peredaran zaman, pemberian cenderahati pada tetamu yang hadir berubah-ubah ikut situasi dan juga kemampuan tuan rumah.
Baru-baru ini seorang pelakon Zulkifli Ismail menerusi laman instagramnya berkongsi kisah dia menghadiri majlis perkahwinan anak rakannya.
Dalam majlis tersebut, dia diberikan roto Gardenia sebelum pulang. Wah, sungguh rare kan cenderahati yang disediakan. Belum ada yang berbuat demikian ni. Selain menjimatkan, roti ini juga boleh dimakan.
Para pengikut aktor ini turut memberi komen positif tak kurang ada yang menyatakan boleh cuba idea tersebut untuk majlis mereka:
Bekas isteri Safee Sali syukur dapat hak penjagaan Anak, selesai dengan persetujuan bersama. Perasaan syukur dan kelegaan menyelubungi Fitria Elfina Maharip, 44, apabila mahkamah memutuskan hak penjagaan anak diberikan kepadanya.