Alangkah bersyukurnya bila membayangkan suatu hari nanti bila usia kita mencecah 60 tahun ke atas, masih kekal sihat, bertenaga untuk tunai ibadah dengan sempurna dan tidak lelah melayan cucu-cucu. Bahagianya saat itu!
Pun begitu, sekadar berangan dan mengharap sahaja tanpa berbuat sesuatu tentunya hal ini tidak mudah terjadi. Apatah lagi berkenaan kesihatan, apa yang kita makan hari ini tidak dinafikan akan memberi kesan pada tahap kesihatan kita di masa akan datang.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Umpamanya melalui perkongsian Mardzi Abu Bakar ini, gemar makan ulam-ulaman dan makanan yang direbus menjadi antara petua yang diamalkan olehnya untuk kekal sihat meskipun kini telah berusia 109 tahun.
Wanita hebat ini dilahirkan pada 1913 dan diiktiraf sebagai wanita tertua di Kedah dalam sambutan Hari Kanak-Kanak dan Orang Kurang Upaya (OKU) dan Hari Warga Emas Peringkat Negeri Kedah baru-baru ini.
Menurut ibu kepada lapan orang anak ini, dia tidak mempunyai petua istimewa kecuali menjaga pemakanan dan mengelak makanan yang berminyak.
Ads
“Selain ulam-ulaman saya suka makan asam pedas dan kerabu, makanan berminyak saya kurang makan apatah lagi makanan yang diproses.
“Yang penting sebagai seorang Islam kita perlu menjaga solat fardhu dan banyakkan berzikir dan solat sunat, itu yang lebih baik bagi menunjukkan rasa syukur dengan nikmat yang diberikan Allah,” katanya ketika ditemui selepas menerima sijil penghargaan dan wang saguhati pada majlis berkenaan yang disampaikan oleh Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff.
Turut berangkat ke majlis itu Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.
Memetik sumber daripada Harian Metro, nenek kepada 30 cucu dan 11 cicit ini berkata dia rasa bersyukur dan berterima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang memilih beliau untuk menerima pengiktirafan itu.
“Alhamdulillah sehingga sekarang saya tidak mempunyai penyakit kecuali masalah tulang kerana faktor usia…dulu zaman muda saya banyak membanting tenaga di sawah bersama arwah suami untuk membesarkan anak-anak.
Ads
“Kehidupan pada zaman dulu amat susah apatah lagi saya pernah melalui kehidupan pada zaman penjajahan Jepun. Sebab itu saya selalu nasihatkan anak-anak supaya belajar jika mahu mengubah kehidupan,” katanya yang ditemani anak bongsunya Mohammad Asri Marzuki, 50.
Dua anak Mardzi meninggal dunia ketika kecil, bagaimanapun enam orang anaknya berjaya termasuk menjadi pegawai kerajaan serta mempunyai perniagaan sendiri.
Sementara itu, Mohammad Asri berkata ibunya masih dapat berjalan di rumah dengan menggunakan tongkat.
“Ibu saya selalu amalkan solat sunat dhuha selain dia juga tidak suka bercerita hal orang lain, dia selalu pesan supaya kami usaha sendiri jika hendakkan sesuatu, jangan ambil hak orang lain tanpa izin.
“Mak saya kata perkara-perkara seperti ini akan membuatkan hati menjadi tenang,” katanya
Kisah pergolakan rumah tangga pasangan Ude dan isterinya Intan Liyana menimbulkan pelbagai persepsi masyarakat. Rata-rata mengecam dan mencerca keputusan Ude yang juga suami kepada pelakon Izreen Azmindar kerana mahu menceraikan Intan.
Mengetahui pasangan berlaku curang memang satu perkara yang menyakitkan hati. Hati mana yang tidak terluka dan rasa tertipu bila mengetahui kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan dibalas dengan kecurangan.
Tapi isteri yang bijak tidak akan emosi terus menyerang suami atau ‘skandal’. Meski hati panas tapi mereka tenang dan akan melakukan perkara ini. Berikut beberapa tip untuk panduan dalam berdepan dengan pasangan yang curang:
1. Kawal emosi dan belajar terima hakikat
Kenyataan tetap kenyataan, anda tetap perlu berhadapan dengan kecurangan yang dilakukan. Ketika mendapat tahu berita kecurangan pasangan, anda mungkin merasa begitu lemah sekali, sakit hati, terasa dikhianati, marah dan ingin membalas dendam. Ini adalah respon normal setelah mengetahui ketidakjujuran dilakukan pasangan. Anda sendiri memang layak untuk marah dan juga berasa sakit hati.
Apa yang paling utama, jangan terlalu ikutkan hati dan terus ingin meninggalkannya. Berfikirlah tentang baik dan buruk tindakan anda sebelum melakukannya. Sesungguhnya memang sukar tapi inilah realiti yang perlu diterima.
2. Tidak menyalahkan diri sendiri
Kecurangan adalah petanda besar bahawa sesebuah perkahwinan itu bermasalah. Oleh itu adalah penting anda tidak menyalahkan diri sendiri dalam hal ini. Sudah tentu ia bukan berpunca daripada anda seorang. Bahkan jika pasangan anda berasa tidak gembira dengan perkahwinannya kecurangan bukanlah jalan keluar atau penyelesaiannya. Masih banyak perkara lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki rumah tangga dan bukannya dengan mencari pasangan lain.
3. Mencari sokongan daripada orang yang boleh dipercayai
Dalam hal ini rakan dan keluarga selalunya menjadi tempat anda mengadu nasib. Tapi sebelum anda berbuat demikian, hati-hati rakan yang anda ajak untuk berbicara tentang kecurangan pasangan. Kesilapan memilih rakan kadang kala memakan diri sendiri. Apatah lagi jika rakan itu jenis suka membawa mulut dan membesar-besarkan cerita yang ada.
Carilah sokongan daripada orang yang anda percayai dan kenali luar dan dalam. Selain itu pastikan juga rakan yang anda pilih adalah seseorang yang dapat memberi sokongan dan pendengar yang baik. Bukannya memperdebatkan kembali apa yang anda katakan. Selain itu, boleh juga dapatkan nasihat dan pandangan daripada orang-orang yang berpengalaman seperti ibu bapa, kaunselor atau pakar dalam masalah rumah tangga.
4. Pertimbangkan pilihan secara rasional
Kecurangan pasangan sememangnya sesuatu yang cukup menyakitkan hati. Kalau diikutkan hati yang marah dan sakit anda tentu mahu memutuskan saja hubungan. Biar hidup sendiri dari terus memakan hati. Tapi ingat jangan membuat keputusan mengikut emosi marah. Berikan masa untuk perasaan anda kembali tenteram.
Selepas itu fikirkanlah pilihan anda. Mahu cuba kembali, bermadu ataupun berpisah? Namun begitu, perpisahan seharusnya menjadi perkara terakhir dalam fikiran anda terutama sekali jika telah dikurniakan cahaya mata.
5. Cinta pada Ilahi
Perkahwinan adalah suatu ikatan yang mulia. Berusahalah untuk terus menggapai erat ikatan perkahwinan yang dibina atas dasar cinta pada Ilahi bukan pada manusia semata-mata. Perbanyakan mendekatkan diri pada tuhan, sentiasa berfikiran positif dan berusaha memaafkan pasangan dengan ikhlas. Meskipun rasa sukar, anggaplah kecurangan pasangan itu sebagai salah satu ujian dan gerhana di dalam perkahwinan. Walaupun pada suatu ketika keadaannya gelap dan sukar, namun sinar bahagia pasti akan menerangi kembali.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zaman serba mencabar dengan pelbagai pengaruh media sosial dan gajet, pastinya sukar untuk mendidik anak suka membaca Al-Quran. NamunjJika jiwa mereka didik untuk mencintai Al-Quran sejak kecil ia menjadi mudah.
Bagaimanapun, masih belum terlambat untuk kita mendidik anak-anak suka membaca Al-Quran setiap hari. Pasti ada caranya. Apa yang pasti kita perlu istiqomah dalam semasa mendidik anak-anak.
Ikuti perkongsian ibu ini yang pernah tular apabila anaknya mahir membaca Al-Quran. Moga kita muhasabah diri untuk menjadi ibu bapa yang hebat mendidik anak-anak.
Dengan itu, ikuti perkongsian ilmu oleh puan Siti Aminah Sulaiman bagaimana mendidik anak suka membafca Al-Quran.
Sebenar tak susah nak dapat anak yang ‘ketagih’ baca Al Quran. sepanjang pengalaman saya menjagar anak-anak hafaz Al Quran. Saya lihat ada beberapa faktor yang menjadikan anak itu MUDAH untuk dididik cinta Al Quran
Saya kongsikan apa yang perlu kita buat suapaya mudah nak ajar anak SUKA baca dan hafaz al Quran:
1) BIAH AL QURAN
Saya perasan anak-anak saya ni, bila time saya rajin baca Quran. Mereka pun rajin ambil sendiri al Quran nak baca. Tak perlu saya suruh2 atau paksa lagi.
Tapi kalau time saya sendiri tak sentuh al Quran, memang liat nak suruh anak baca Al Quran. Ini yang saya belajar dari pengalaman 8 tahun mengajar anak hafaz al Quran dirumah
Betapa pentingnya mewujudkan suasana al Quran itu dirumah. ini yang dipanggil BIAH AL QURAN. Anak-anak perlu melihat ibu atau ayah mereka sentiasa istiqamah membaca al Quran
Tanpa sedar anak akan terdorong untuk menjadi ‘RAJIN’ membaca al Quran. Adakah kita sudah membaca al Quran hari ini?
2) HIDUP TANPA TV
Part ni paling susah. Jujurnya saya memang ‘hantu’ TV dari kecik lagi. Cakap je apa-apa cerita mesti saya akan melekat depan tv, drama sambung-sambung lagi saya suka
Tapi saya perasan bila saya cuba ajar anak saya al Quran, TV menjadi satu masalah BESAR
Saya susah nak fokus ajar anak dan masa saya menjadi sangat singkat bila ada TV sebab ada je cerita yang saya nak tonton
Akhirnya saya buat keputusan untuk potong siaran di rumah dan itu berlaku 5 tahun yang lepas.
Alhamdulillah rupanya ianya pengorbanan yang berbaloi. Saya punyai lebih banyak masa untuk mengajar anak dan saya juga punya masa untuk diri sendiri belajar al Quran.
3) SENTIASA ISI GELAS ILMU
Untuk berjaya dalam mendidik anak,perlu sentiasa mengisi gelas ilmu. Bagaimana kita nak tumpahkan ilmu pada anak jika gelas kita sendiri kosong
Saya sedar diri saya yang serba serbi kekurangan ilmu al Quran, lalu saya terus ambil pakej kombo 10 kelas untuk belajar Ibrah al Quran dengan uztaz Syaari Ab Rahman. Mulai tahun ini dan seterusnya akan menyaksikan saya menjadi pelajar al Quran bersama dengan anak-anak saya
Lebih banyak kita belajar, lebih banyak rupanya kita tak tahu. Jangan malu mengakui kelemahan diri, terus belajar untuk tambah ilmu.
4) DOA
patut saya letak ini kat atas sekali. Ini paling penting! Saya mula dengan berdoa dulu pada Allah supaya Allah tunjukkan jalan bagaimana nak jadikan anak saya cinta AlQuran, dan Allah Maha Baik memang tak pernah hampakan hambaNya
Lambat atau cepat Dia akan beri, pada waktu yang paling sesuai. Berdoalah wahai ibu ayah
Jangan berharap pada manusia, tapi letak harapan spenuhnya pada Allah. Pelbagai keajaiban akan berlaku dengan izinNya.
VIDEO ANAK MEMBACA AYAT AL-QURAN
Sebenar tak susah nak dapat anak yang 'ketagih' baca Al Quran sepanjang pengalaman saya menjagar anak-anak hafaz Al Quran,Saya lihat ada beberapa faktor yang menjadikan anak itu MUDAH untuk dididik cinta Al Quran Saya kongsikan apa yang perlu kita buat suapaya mudah nak ajar anak SUKA baca dan hafaz al Quran:1) BIAH AL QURAN Saya perasan anak-anak saya ni, bila time saya rajin baca Quran Mereka pun rajin ambil sendiri al Quran nak bacaTak perlu saya suruh2 atau paksa lagi.Tapi kalau time saya sendiri tak sentuh al Quran, memang liat nak suruh anak baca Al Quran Ini yang saya belajar dari pengalaman 8 tahun mengajar anak hafaz al Quran dirumahBetapa pentingnya mewujudkan suasana al Quran itu dirumahini yang dipanggil BIAH AL QURAN Aanak-anak perlu melihat ibu atau ayah mereka sentiasa istiqamah membaca al Quran Tanpa sedar anak akan terdorong untuk menjadi 'RAJIN' membaca al Quran Adakah kita sudah membaca al Quran hari ini?2) HIDUP TANPA TV Part ni paling susahjujurnya saya memang 'hantu' TV dari kecik lagiCakap je apa-apa cerita mesti saya akan melekat depan tv, drama sambung-sambung lagi saya sukaTapi saya perasan bila saya cuba ajar anak saya al Quran, TV menjadi satu masalah BESARSaya susah nak fokus ajar anak dan masa saya menjadi sangat singkat bila ada TV sebab ada je cerita yang saya nak tonton Akhirnya saya buat keputusan untuk potong siaran di rumah dan tiu berlaku 5 tahun yang lepas.Alhamdulillah rupanya ianya pengorbanan yang berbaloiSaya punyai lebih banyak masa untuk mengajar anak dan saya juga punya masa untuk diri sendiri belajar al Quran 3) SENTIASA ISI GELAS ILMUUntuk berjaya dalam mendidik anak,perlu sentiasa mengisi gelas ilmuBagaimana kita nak tumpahkan ilmu pada anak jika gelas kita sendiri kosongsaya sedar diri saya yang serba serbi kekurangan ilmu al Quran, lalu saya terus ambil pakej kombo 10 kelas untuk belajar Ibrah al Quran dengan uztaz Syaari Ab Rahman Mulai tahun ini dan seterusnya akan menyaksikan saya menjadi pelajar al Quran bersama dengan anak-anak sayaLebih banyak kita belajar, lebih banyak rupanya kita tak tahuJangan malu mengakui kelemahan diri, terus belajar untuk tambah ilmu4) DOA patut saya letak ini kat atas sekali..ini paling penting!saya mula dengan berdoa dulu pada Allah supaya Allah tunjukkan jalan bagaimana nak jadikan anak saya cinta AlQuran,dan Allah Maha Baik memang tak pernah hampakan hambaNyaLambat atau cepat Dia akan beri, pada waktu yang paling sesuaiBerdoalah wahai ibu ayahJangan berharap pada manusia, tapi letak harapan spenuhnya pada Allah,Pelbagai keajaiban akan berlaku dengan izinNya ..Ini antara amalan saya dalam mendidik Muiz dan Nur SolehahMoga ada manfaat bagi yang membacaSilakan SHARE untuk manfaat yang berpanjangan dan TAG pasangan untuk lebih mudah didik anak dirumah.Boleh FOLLOW atau set 'SEE FIRST' untuk ikuti lebih tips parenting akan datang nanti.#sitiaminahsulaiman#quranicparenting
Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah merasa paling bahagia bila dapat bercuti bersama anak-anaknya.
Tambah Watie lagi, dia mempunyai sebab tertentu bila mana lebih gemar bercuti bersama anak-anak.
Menerusi Instagramnya, Watie berkongsi cerita ketika bercuti baru-baru ini bila mana menerima pelbagai kiriman Whatapps dari anak-anaknya bila berjauhan.
“Antara sebab kenapa kalau boleh bila berjalan Mummy nak bawak anak-anak bersama. Mummy pulak sejenis hati tisu.
“Dapat mesej begini pagi-pagi terus berfikir sepanjang jalan. Lepas tu tu Mummy pulak tak boleh kena tinggal dengan Daddy. Membontot sahaja kerjanya. Terpaksalah tinggalkan anak-anak.
“Inilah anak yang hari-hari mesti tanya, Mummy lagi sayang siapa. Siapa anak favourite Mummy.
“Letih Mummy nak explain yang mak ayah ni tak ada istilah ada anak favourite. Mesti kena sayang semua sama rata. Tak ada lebih tak ada kurang,” katanya berkongsi.
Berusaha jadi ibu yang terbaik
Berkongsi kisah anak-anak yang sedang membesar, Watie juga turut berkongsi caranya mendidik mereka. Malah dia juga sama seperti ibu lain yang ada waktunya tegas dengan anak-anak.
“Mummy simpan sini buat kenangan. Mana tahu esok-esok hp hilang, data hilang.
“Nanti Dekta dah besar panjang, dah jauh dari Mummy, ingat tau yang you pernah rindu & sayang Mummy sangat dan Mummy love u soooo much too!
“Pada yang tanya Mummy tak pernah marah ke, tak pernah garang ke, Mummy garang jugak. Anak-anak pun tahu.
“Tapi Mummy bersyukur sangat sebab anak-anak boleh bezakan bila yang Mummy perlu garang macam mak-mak lain, bila yang Mummy akan manjakan dorang, bila Mummy perlu jadi kawan & bila yang Mummy pun kadang jadi kanak-kanak macam anak-anak.
“Mummy banyak kekurangan, sometime Mummy rasa Mummy tak pandai macam mak lain dalam mendidik supaya anak-anak jadi anak yang pandai. tapi Mummy belajar banyak dari Daddy bab kasih sayang.
“Daddy selalu cakap bila anak penuh kasih sayang, Insha Allah dia akan jadi anak & orang yang baik sebab dalam hidup ini menjadi orang yang punya hati baik adalah lebih baik dari yang selainnya,” katanya lagi.
Terdahulu Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023 di Putra Glass House, Putra Heights.
Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.