“Unik Nama Baby, Comel Pula Tu. Pipi Gebu, Geramnya.” Tunku Azizah Kait Sendiri Selimut Untuk Cucu Angkat, Simple Tapi Cantik!

Share

Bukan mudah untuk seorang wanita menjalani rawatan kesuburan kerana mereka perlu kuat selain memerlukan banyak usaha dan pengorbanan wang ringgit.

Betapa dan tabahnya Tuanku Permaisuri Agong dalam usaha mendapat zuriat wajar menjadi sumber inspirasi dan contoh buat wanita di negara ini.

 

 

Dek kerana itu juga tertubuhnya Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAAFF) yang mana membantu pasangan yang telah mendirikan rumahtangga namun belum mempunyai zuriat dengan melalui rawatan IVF.

Bahkan, sehingga kini sudah ramai pasangan yang berjaya memiliki anak dengan bantuan TAAFF. Menerusi yayasan ini, pasangan yang terpilih akan ditanggung kos rawatan yang menjangkau puluhan ribu ringgit.

 

Setiap kali ada pasangan yang menimang cahaya mata, pasti Tunku Azizah tidak ketinggalan untuk meraikan dengan melawat dan memberi hadiah.

Terbaru, menerusi laman instagramnya, Tunku Azizah memuat naik sekeping gambar bayi yang merupakan cucu angkat baginda.

Bayi comel berketurunan cina itu diberi nama Audrey Azizah Chua. Momen yang pasti diingati keluarga ini apabila Tunku Azizah memberikan hadiah istimewa berupa selimut yang dikait sendiri oleh Tuanku Permaisuri.

 

Menerusi perkongsian itu juga, Tunku Azizah memuji kecomelan cucu angkatnya itu. Bertuah badan kan, bukan semua dapat peluang seperti ini. Untung baby Audrey dan keluarganya.

Rata-rata turut bersetuju dengan Tuanku Permaisuri dan memuji si kecil yang cukup comel ini.

Masyaallah. Cute, senyum smp x nmpk mata
Ya Allah Cute nyaa cucu tuanku..Alhmdulillah
 Nicenya blanket🤩 cute baby cucu Tuanku 😍❤️
 Cantik sangat blanket tu Tuanku😍

Comel.. Semangat cucu Tuanku
 comel…semangat ya cucu tuanku😍
 My late mum would call such adorable bulat babies as “My baby tomato” like how she did with my second so. Jared. Congratulations my Permaisuri and the royal family
AWWWW CUTE🌈🌻😍nak picit ii je pipi tu,labuh sangat 😍
 Comel nya tuanku… Hilang mata dia…. 😍😍😍😍😍😍😍😍😍

Pattern blanket yang simple.. Warna pun soft.. Cantik sangat..
She is the most precious little baby!!! So cute!! And the blankie….Awwww.
Pattern blanket yang simple.. Warna pun soft.. Cantik sangat.. 😍


 Ya Allah comelnyaa. Pipi nak pergi mana tuh 😆 . Mata mana mata.
 Masya Allahhhh… geboooo nya cucu Tuanku… ❤️❤️❤️❤️ geraammmm betulllll tgk..

Sumber: airtangan_tunkuazizah

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

IKLAN