Seminggu dua ini tular nama bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin apabila beliau menerima tawaran untuk menjadi DJ di HOT FM minggu lalu dan sempat berseloroh ketika itu bahawa beliau ‘tiada kerja’ semasa menyemak jadual hariannya.
Berikutan itu, ramai yang mengambil peluang untuk menemu bual beliau, antaranya DJ terkenal iaitu DJ Nazz.
Dalam temubual tersebut, DJ Nazz turut bertanya tentang keunikan nama anak-anak KJ iaitu Jibreil Ali Jamaluddin, Timor Abdullah Jamaluddin dan Raif Averroes Jamaluddin.
“Jibreil Ali dinamakan selepas Malaikat Gabriel, Ali pula diambil daripada nama pak cik isteri saya. Jadi nama itu sangat bermakna dan dia (Jibreil Ali) merupakan anak pertama kami.
Ads
“Ramai yang kata ‘Timor’ itu diambil daripada ‘Amir Timur’, seorang pejuang daripada Uzbekistan. Sebenarnya tidak, kami sukakan bunyi nama itu dan ‘Abdullah’ diambil daripada datuknya, ‘Pak Lah’.
“Raif (Rev) tiada sebab. Kami cuma sukakan nama itu. Dan ‘Averroes’ sudah tentu diambil daripada ‘Ibnu Averroes’, seorang pemikir yang saya hormati,” terang KJ kepada DJ Nazz.
Selain menjadi DJ di Hot FM, KJ juga kini memegang dua portfolio di kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebagai Penasihat Belia Johor dan Lembaga Pengarah JDT.
Siapa yang tidak mengenali Zalina Azman yang merupakan bekas pengacara program ‘Money Matters’ yang cukup dikenali era 90an.
Wajahnya yang cantik, petah berbicara dan bijak menjadi tarikan untuk penonton terus melekat di depan kaca TV. Malah fasih bertutur bahasa Inggeris dalam rancangan berkenaan membuatkan personaliti ini raih perhatian.
Namun semalam berita kehilangan bekas pengacara itu telah mengejutkan ramai pihak.
Difahamkan, polis sedang mencari bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya pada 29 November tahun lalu.
“Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.
“Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.
“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.
“Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Justeru itu Mohd Iqbal berkata, hari ini pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan mangsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.
Di dalam maklumat hebahan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta maklumat mengenai iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.
Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.
Bekas rakan sekerja turut mohon bantu
Dalam pada itu, bekas rakan sekerja, iaitu Yang Berhormat Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi turut meluahkan rasa sebak atas kehilangan yang pernah bekerja di syarikat yang sama dahulu.
Ras Adiba dalah perkongsiannya memohon agar mencari sahabatnya. Juga merayu agar rakannya itu pulang kembali ke pangkuan keluarga.
Sejak sambutan Hari Kebangsaan yang ke-65 pada 31 Ogos lalu nama ‘abam bomba’ telah menjadi sebut-sebutan selepas aksi mereka menunjukkan otot sasa ketika perarakan berjaya memukau tumpuan umum.
Lantaran itu tidak hairanlah carian berkenaan abang-abang bomba ini popular di media sosial, ramai ingin mengetahui siapa gerangan lelaki sasa tersebut.
Antaranya adalah mengenai satu perkongsian video dari @tyqaheykaa yang sedikit sebanyak menjawab teka teki netizen berkenaan status salah seorang abang bomba tersebut.
Aksi video suaminya mendukung anak ternyata menarik perhatian wargamaya hingga videonya mencatat jumlah tontonan 351.9K yang telah dimuat naik baru-baru ini di aplikasi tiktok.
Jelas tyqahaykaa, di rumah suaminya auto jadi bapak-bapak seperti suami orang lain juga yang saling membantu manjaga anak. Bahkan katanya aksi posing di atas kenderaan bomba tempuh hari adalah atas arahan semata-mata. Di rumah tak ada nak posing-posing begitu,” tulisnya pada bahagian kapsyen sambil meletakkan emoji ketawa.
Turut menambah bahawa ketika perarakan tempoh hari dia suka menonton perarakan melibatkan anggota tentera tapi sebaliknya anggota bomba pula yang menjadi viral. ‘Aghh ghisau’. Nasib baik ada video ni. Kalau tak mesti ramai tidak tahu,” tulisnya lagi sambil tertawa.
Menjengah di ruangan komen, netizen menyifatkan dirinya sebagai seorang isteri yang cool meskipun ramai gadis-gadis membuat carian siapa anggota bomba yang terlibat dalam perarakan kerana tertarik dengan tubuh sasa anggota keselamatan tersebut.
“Akak paling chill eh bila satu Malaysia crush kat suami akak HAHAHA 🤣,” tulis salah seorang wargamaya.
“Nnti bila ank akak dh besar boleh ckp mcm ni “dulu satu malaysia minat kat ayah, tapi ayah pilih mama tau”😂😂😂😂,” tulis warganet menyakat sambil tertawa.
Komen yang lain pula, “akak la pemenang sebenar HAHAHHA”
“Macam ni lah cara suami bersenam. Dukung anak 😆,” puji netizen pula apabila melihat abam bomba sebagai suami di rumah.
“Patotlaaa sadoo, duk exercise angkat anak kat rumah 🤣🤣🤣,” komen yang lain.
Kuasa doa bagi kita orang Islam memang hebat kerana kita yakin Allah adalah tempat pergantungan yang Maha Agung. Keyakinan berdoa ini hakikatnya mempunyai potensi besar dalam mengubah segalanya.
Pun begitu, dalam kita berdoa bersungguh-sungguh dengan penuh yakin seban waktu, tahukah anda sebenarnya cara kita berdoa juga mempengaruhi apa yang kita perolehi?
Melalui posting Puan Sarah Bakhtiar ini ada menjelaskan dengan tukar cara berdoa melalui 6 formula ini, INSYA ALLAH siapa yang betul-betul amalkan, The Power of Doa ini, boleh mengubah hidup kita menjadi yang lebih baik. INSYA ALLAH..
Formula 1
Sebelum ini kita selalu berdoa, ” Ya ALLAH berikanlah aku kekuatan.” Jika kita berdoa begitu, maka ALLAH akan sentiasa uji untuk test kekuatan kita. Faham?
Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
” Ya ALLAH lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi ini, Ya ALLAH keluarkan aku dari kesulitan ini, Ya ALLAH bantulah aku)’.
Formula 2
Selain daripada itu, kita sebelum ini mungkin selalu berdoa, “Ya ALLAH berilah aku…”. Jadi, selepas ini kita tukar sikit doa iaitu,
” Ya ALLAH *kurniakanlah* aku…”
Kerana apa? Jika kita sebut *beri* maka bila-bila masa ALLAH boleh ambil balik. Namun, jika sebut *kurnia*, maka ALLAH akan kurniakan kita sesuatu sampai bila-bila INSYA ALLAH.
Formula 3
Satu lagi, selalu saya dengar dan nampak orang doa begini, “semoga DIMURAHKAN rezeki”. Selepas ini, latihkan baca doa begini,
” semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”
Nampakkan dua perbezaan doa itu? Doa kena betul, sebab setiap doa kita ALLAH dengar dan yakin ALLAH makbulkan doa kita. Jadi dengan doa ini saya nampak betapa pentingnya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian.
Formula 4
Selain itu, selalu kan kita berdoa seperti ini, contonya, “Ya ALLAH, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah.” Dan setiap kali itu jugalah kita akan berasa kecewa, stress bila doa tidak dimakbulkan ALLAH.
Kalau selama ni kita hanya minta pada ALLAH sekadar nikmat sahaja. Kita tak benar-benar ikhlas meminta padaNya supaya diberikan nikmat yang lebih bernilai. Maka hari ini, ayuh kita tukar cara berdoa seperti ini, contohnya,
“Ya ALLAH, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan aku dengan diriMu maka makbulkan ya ALLAH..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku ya Allah, maka kurniakanlah..
Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah nikmat ini Engkau pinjamkan padaku ya ALLAH..
Kerana Engkau sahajalah sebaik2 perancang dan Engkaulah Rabb Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku.”
Amin Ya Mujib.
Sebabnya, bilamana kita berdoa seperti di atas ini, matlamat dan objektif dalam doa itu bukan terfokus pada nikmat semata, tapi lebih ikhlas kerana hubungan kita pada ALLAH yang memberikan nikmat itu.
Formula 5
Selalu juga, bila kita berdoa kita minta macam-macam pada ALLAH.. Hingga kita lupa nak bersyukur atas segala nikmat yg telah ALLAH beri.. Kita lupa nak bersyukur dengan rezeki yg sudah ada di hadapan kita..
Jadinya, bersyukur dulu atas apa yg ALLAH dah beri, maka ALLAH akan tambahkan lagi.. Sebagai contoh,
“Ya ALLAH, aku bersyukur umurku masih panjang lagi pada hari ini, maka Engkau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepada Mu. Dan redhalah kepadaku ya ALLAH..’
Formula 6
Satu lagi cara berdoa adalah dengan mendoakan orang lain. Kerana bila mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita.. satu contoh,
“Ya ALLAH, sahabatku ini dalam kesulitan dan kesempitan ya ALLAH.. bantu lah dia ya ALLAH, lapangkan kesulitannya.. permudahkan perjalanan hidupnya ya ALLAH..’
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.