Ads

UNIQSAAS Rasmi Universiti Al-Quran Pertama Malaysia, Pahang Cipta Sejarah!

Universiti al-Quran pertama negara menerusi Majlis Pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS)

Negeri Pahang sekali lagi melakar sejarah apabila UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia, sekali gus menandakan satu pencapaian penting dalam landskap pendidikan tinggi Islam negara.

Majlis Pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) berlangsung di kampus universiti itu di Kuantan dan disempurnakan oleh Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah.

Keberangkatan baginda diiringi Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Timbalan Menteri Ekonomi, Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan.

UNIQSAAS Rasmi Universiti Al-Quran Pertama Malaysia, Pahang Cipta Sejarah!

UNIQSAAS Rasmi Universiti Al-Quran Pertama Malaysia

Menurut Setiausaha Kerajaan Pahang merangkap Pengerusi Sistem Pendidikan Islam Pahang Sdn. Bhd. (SPIPSB), Dato’ Sri Nazri Abu Bakar, pemasyhuran universiti berkenaan mencerminkan komitmen berterusan Sultan Pahang dalam memperkukuhkan pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.

Beliau berkata, penubuhan universiti tersebut selaras dengan aspirasi untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik, malah mempunyai akhlak mulia serta mampu menghadapi cabaran dunia moden.

Ads

“Penubuhan UNIQSAAS merupakan manifestasi visi jauh Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dalam memartabatkan pendidikan berteraskan al-Quran sebagai asas pembinaan modal insan yang berilmu, berakhlak mulia dan berdaya saing.

Selaras dengan aspirasi tersebut, Kerajaan Negeri Pahang terus komited memperkukuh pendidikan Islam melalui pembangunan prasarana, pemantapan akademik serta penerapan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran,” katanya.

RM20 Juta Untuk Memperkasa Pembangunan UNIQSAAS

Bagi memastikan universiti ini terus berkembang, Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sebanyak RM20 juta untuk pembangunan UNIQSAAS sebagai institusi pendidikan tinggi Islam yang unggul.

Selain itu, peruntukan awal sebanyak RM150,000 turut disediakan bagi melaksanakan gerak kerja penubuhan universiti tersebut sebelum ia dimasyhurkan secara rasmi.

Pelaburan ini membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dalam memastikan UNIQSAAS mampu berkembang sebagai institusi pendidikan yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.

UNIQSAAS Rasmi Universiti Al-Quran Pertama Malaysia, Pahang Cipta Sejarah!

Ads

Kerjasama Strategik Bersama Universiti Terkemuka

Transformasi UNIQSAAS turut diperkukuhkan menerusi kerjasama strategik dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Kerjasama tersebut memberi fokus kepada pembangunan akademik, penyelidikan, inovasi serta pembangunan modal insan bagi memastikan universiti ini mampu memenuhi keperluan pendidikan tinggi masa kini.

“Hasilnya, UNIQSAAS kini berkembang sebagai sebuah universiti yang meletakkan al-Quran sebagai teras pembangunan ilmu, penyelidikan, inovasi dan pembinaan tamadun, di samping terus menawarkan pelbagai program profesional yang memenuhi keperluan semasa,” ujarnya.

Bukan Sekadar Pertukaran Nama Tetapi Transformasi Pendidikan

Pemasyhuran ini bukan sekadar pertukaran nama atau status sesebuah institusi pendidikan, malah menjadi titik perubahan besar dalam sejarah pendidikan tinggi Islam di Negeri Pahang.

Universiti ini diharap menjadi pusat rujukan pengajian al-Quran yang dihormati, sekali gus menyumbang kepada pembangunan agama, bangsa dan negara melalui penyelidikan, inovasi serta pembentukan modal insan berkualiti.

Ads

Penubuhan institusi ini juga membuka lembaran baharu ke arah melahirkan graduan yang menguasai ilmu agama dan profesional secara seimbang berlandaskan nilai-nilai al-Quran.

“Patik juga menzahirkan harapan agar pemasyhuran yang penuh bersejarah ini menjadi pemangkin kepada kebangkitan baharu pendidikan al-Quran di Negeri Pahang, sekali gus mengukuhkan kedudukan negeri ini sebagai peneraju pendidikan al-Quran di Malaysia dan di persada antarabangsa, insya-Allah,” katanya lagi.

Pelancaran Al-Quran Kerajaan Negeri Pahang

Pada majlis sama, Sultan Pahang turut berkenan melancarkan Al-Quran Kerajaan Negeri Pahang serta mengisytiharkan pelantikan Canselor UNIQSAAS.

Baginda turut melantik Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Menteri Besar Pahang sebagai Pro-Canselor UNIQSAAS.

Harapan Baharu Kepada Pendidikan Islam Negara

UNIQSAAS bukan sahaja menjadi kebanggaan rakyat Pahang, malah mencipta sejarah penting buat negara.

Lebih daripada sebuah institusi pengajian tinggi, universiti ini membawa harapan besar untuk melahirkan generasi yang menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup, asas pembinaan keluarga, pemangkin pembangunan masyarakat serta sumber kekuatan dalam membina negara yang maju dan berteraskan nilai Islam.

BACA LAGI : “Ampun Tuanku…” Rayuan Keluarga 13 Tahun Tanpa Elektrik Akhirnya Didengari Sultan Pahang

Sumber : Pahang Media
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

Briskwalk Pagi Atau Petang, Mana Lebih Baik Untuk Jantung? Doktor Jelaskan...

Briskwalk pada waktu pagi atau petang, mana lebih baik? Ketahui pandangan pakar mengenai manfaat setiap waktu serta tip mendapatkan kesan maksimum untuk kesihatan jantung dan tubuh.